11/26/2010

Cemerlang, Cuma Tak Cukup Gemilang

Betul-betul boleh diharap.

Gambar dari Berita Harian

Ah, bagaimana saya mahu mulakan analisis ini.

Harapan setinggi Gunung Kinabalu, namun apakan daya, Pakistan terlalu utuh ibarat Osama bin Laden yang masih gagal ditumpaskan oleh CIA. Satu jaringan dari pukulan sudut penalti dan satu jaringan padang cukup untuk membolehkan Pakistan meraih pingat emas hoki Sukan Asia serta mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London. Anak-anak muda 1Malaysia kita terpaksa berpuas hati dengan pingat perak sahaja. Pencapaian terbaik sebenarnya sepanjang sejarah penyertaan di dalam acara hoki Sukan Asia.

Mungkin terlalu gugup pertama kali merasa aksi final, mereka tidak beraksi seperti biasa. Sukar menembusi pertahanan Pakistan yang kental. Berbeza dengan perlawanan sebelum ini di mana banyak gol berjaya dihasilkan melalui pukulan sudut penalti, semalam sedikit mengecewakan. Tidak silap saya 4 pukulan sudut penalti diperolehi, namun satu pun gagal diterjemahkan sebagai jaringan gol. Sedikit menghampakan jutaan rakyat 1Malaysia yang menonton di kaca televisyen dan juga Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah, Sultan Perak dan bekas Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) yang menonton di stadium semalam. Kelihatan seperti minum teh ginseng cina nampaknya Baginda semalam. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun.

Namun, usahlah dikecam mahupun dikritik mereka. Melayakkan diri ke perlawanan akhir itu sendiri sudah satu sejarah besar bagi sukan hoki negara. Harus diingat!!!!! Mereka menentang Pakistan yang bukan calang-calang pasukan. Pernah merasa kejuaraan Hoki Piala Dunia serta sudah beberapa kali memenangi pingat emas Olimpik. Apatah lagi, kebanyakan pemain kita masih lagi muda dan tidak pernah lagi merasa aksi di perlawanan akhir bagi kejohanan besar. Salut untuk mereka anak-anak muda yang berjiwa besar yang telah berusaha bersungguh-sungguh demi 1Malaysia yang tercinta.

Diharapkan kecemerlangan mereka berterusan di kejohanan-kejohanan seterusnya. Semoga berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 dan terus menggembirakan 1Malaysia dengan kejayaan-kejayaan di peringkat antarabangsa.

Akhir kata, terimalah serangkap pantun dari saya.

"Makan tengahari makan nasi bukhara,
Makan malam makan pula mekdi,

Hoki Malaysia sudah menang perak Sukan Asia,

Bola Malaysia tunggu apa lagi???"


Haji Deus Machina, dari Guangzhou China untuk Nadi Blogbusters. (sambil genggam tangan ke udara).

4 comments:

LORD ZARA 札拉 berkata...

Ho ho ho.

Kalau menang dapat tiket free ke Olimpik tu~

tapi takpe, bola tu penting... Jangan asyik skandal dengan artis je.
sigh.

Paan Ovrtd berkata...

Seperti yang sudah aku agak, pasukan Malaysia sukar untuk merobohkan benteng Pakistan.

But disappoint not, fellow lads.

At least pergi final, 2nd place dan lawan pasukan terer.

Bola sepak?

takky berkata...

boleh ganti karam sing walia...

iqbalhakimi berkata...

betol2..mereka dah buat yang terbaek dan jgn kerana mereka gagal difinal kita lupa aksi mereka sebelum menjejak final..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...