11/25/2010

Menuju Puncak Kegemilangan

Hai hai hai salam 1Malaysia 1Hoki bersama saya Haji Deus Machina untuk analisis menjelang perlawanan akhir hoki Sukan Asia di antara Malaysia dan Pakistan. Seperti yang semua rakyat Malaysia tahu, perlawanan ini amat dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat Malaysia kerana ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia layak ke perlawanan akhir Sukan Asia. Harus diingat!!!Pemenang pingat emas Sukan Asia akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 dan Malaysia berpeluang untuk kembali ke pentas Olimpik selepas kali terakhir layak pada tahun 2000 di Sydney.

Laluan Malaysia dalam menuju ke perlawanan akhir ini boleh saya katakan agak mencabar juga, ibarat betapa berlikunya perjalanan dalam menuju ke puncak Gunung Kinabalu. Satu kumpulan dengan Oman, pasukan tuan rumah China dan juga pasukan handalan Korea Selatan. Oman sememangnya bukan tandingan buat Malaysia dalam sukan hoki, dengan mudahnya berjaya ditumbangkan oleh Harimau Malaya yang penuh dengan semangat 1Malaysia. Kejutan apabila berjaya mengikat Korea Selatan untuk keputusan seri, diharapkan ini bukan faktor yang menyumbang kepada situasi meruncing di Semenanjung Korea ketika ini. Perlawanan terakhir kumpulan menentang China. Situasi sama seperti ketika acara bola sepak, Malaysia hanya perlu seri dan China perlu menang untuk layak. Jutaan rakyat Malaysia mengharapkan insiden seperti ketika acara bolasepak tidak berulang. 3 kad merah dilayangkan dan pengadil Australia dikecam hebat. Mujur Malaysia menang 4-2 dan berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Separuh akhir menentang India sungguh mendebarkan dan sungguh epik. Saya jangkakan jutaan rakyat Malaysia turut merasakan perkara yang sama, sama seperti perlawanan akhir badminton Piala Thomas 1992. Anak-anak muda kita mendahului, kemudian disamakan jaringan, kemudian didahului, kemudian menyamakan jaringan, didahului kembali sebelum berjaya menyamakan jaringan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Bersungguh-sungguh anak muda 1Malaysia kita untuk mencipta sejarah baru dalam sukan hoki negara. Dan jaringan melalui pukulan sudut penalti pada masa tambahan berjaya membawa skuad negara ke pentas perlawanan akhir. Saya pasti ramai yang menjerit kegembiraan di rumah walaupun pada ketika itu waktu Maghrib, hah.

Namun, sekali lagi harus diingat, kita baru melangkah ke pentas kecemerlangan, belum lagi mara ke pentas kegemilangan. Anak-anak muda 1Malaysia kita akan berdepan Pakistan dalam pemburuan mencipta sejarah baru hoki negara. Andai menang, tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012 menanti. Habuan dan ganjaran juga pasti menanti. Andai tewas, pasti ada yang tetap memuji, pasti ada yang akan tetap memaki dan mencaci. Harap anak-anak muda 1 Malaysia kita akan tabah menghadapi sebarang kemungkinan dari rakyat Malaysia yang sungguh tipikal.

Jadi ayuh 1Malaysia, bersiap sedia untuk petang ini jam 5 petang. Siapkan goreng pisang, keropok lekor, kopi atau apa saja. Kemudian bersoraklah untuk anak-anak muda kita yang bakal menuju ke pentas kegemilangan petang ini.

Haji Deus Machina, untuk Nadi Blogbustas (sambil genggam tangan ke udara)


****Gambar hiasan******

6 comments:

Paan Ovrtd berkata...

"Saya pasti ramai yang menjerit kegembiraan di rumah walaupun pada ketika itu waktu Maghrib, hah."

Hahahahaha! Cilake! Lawak!

LORD ZARA 札拉 berkata...

ha ha ha~

aku kalau tengok Minarwan mesti ingat iklan Polident.

Mengapakah daging tak terselit di celah gigi lagi?!

Pfftt~

(Sebab gigi palsu dipakai selepas semua gigi patah dibelasah kayu hoki)

Yeay Malaysia!

KimiCnoL berkata...

semoga pasukan hoki dapat hadiah kan pingat emas ;)
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Dr Rozmey idola hatiku"

"2.Kelebihan Ayat Ruqyah"

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

bikin kami satu kejutan sudah cukup

rabiatuladawiyah berkata...

sayangnya pertahanan Pakistan terlalu kuat untuk dicerobohi..

FaizalSulaiman berkata...

lepas tgk game mlm tadi...aku speechless..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...