1/25/2011

Bedtime Ghost Story

Jikalau anda gemar kan cerita-cerita alam ghaib, hal-hal mistik, kisah orang kene ganggu dek hantu, dan diskusi setan, boleh lah melayannya di MISTERI JAM 12, RIA fm setiap hari jam 12 tengah malam. Dengar online terus di sini.


Sebuah rancangan radio dari Singapura ini yang akan menegakkan bulu roma anda jika mendengarnya seorang diri, bersebelahan tingkap terbuka, dengan anjing menyalak tanpa panduan di luar, serta volume speaker sengaja di tinggikan, bertemankan Kopi Jantan Pre-Mix Coffee secawan dan mendengarnya sambil google gambar-gambar Justin Bieber. Dengar tepi kubur ada stail juga kalu.

1/22/2011

Ucapan Gigil Berry

Aktress Halle Berry sewaktu diumum menang Best Actress in A Leading Role menerusi filem Monster’s Ball pada Oscar 2002.

Teruja kut, first time menang, menjadikan dia antara actress African American pertama mengungguli kategori nih


TRIVIA:
Berry juga diumum Aktress Terburuk dalam Anugerah Razzie menerusi persembahan terburuknya dalam filrm Catwoman, tak silap setahun selepas menang Oscar

Antara aktres African American yang pernah memenangi kategori Best Actress tetapi menerusi Supporting Role seperti Whoppi Goldberg, Jennifer Hudson dan terbaru Mo’Nique. Aktress Gabourey Sidebe tewas di tangan Sandra Bullock menerusi persembahan mantap sebagai abusive girl dalam Precious, menerusi Oscar lepas.

Berry turut dicalonkan menerusi Best Actress In Motion Picture Drama dalam Golden Globe menerusi filem ‘Frankie and Alice’ tetapi tewas di tangan Natalie Portman menerusi psychological thriller, Black Swan

Berry turut dilapor bakal memegang watak penyanyi soul-mowtown Aretha Franklin, but I want at least Jennifer Hudson:P (ps: sumber terbaru, Berry menolak tawaran untuk memainkan peranan Aretha Franklin tu) SUMBER SINI

1/21/2011

Peminta Sedekah Kaya $1 Juta


Kalau apa yang dikatakannya benar, Craig Rowin adalah 'son of a bitch' yang paling bertuah di dunia.

Craig Rowin terkenal dengan siri-siri videonya di Youtube. Di dalam videonya, dia memohon ihsan jutawan-jutawan di seluruh dunia untuk memberinya $1 juta. Mesej videonya yang ringkas berbunyi:

‘Millionaires, listen up, I have a proposition. You have millions and millions of dollars. Please give me a million'.

‘I don’t need it for anything specific, but I think it would be awesome. I haven’t thought that through yet. I might at least go on a trip to start’.

Dia telah meminta dari beberapa jutawan termasuklah Lady Gaga, Warren Buffett, Nelson Mandela, James Earl Jones dan Will Smith. Dia juga meminta dari pelombong Chile dan meminta maaf terlebih dahulu sekiranya mereka buka jutawan seperti yang dia sangkakan. 

Dan baru-baru ni, dia mendakwa telah mendapat wang $1 juta tersebut dari seorang jutawan yang hanya mahu dikenali sebagai Benjamin. Dia akan menunjukkan bukti penerimaan duit tersebut pada 2 Februari - hari sama di mana dia dijangka akan menerima cek daripada Benjamin.

‘Do I deserve it? I have no idea. Maybe not. But there's so much wealth - let me have a chunk.’

Di dalam videonya yang terbaru, dia berkata dia takkan meminta lagi tetapi menyertakan alamat emailnya kalau-kalau ada orang yang nak baginya $1 juta lagi. LOL!

1/20/2011

Social Network dan Kepentingannya Dalam Pemasaran

Semalam tanya entire class, u all tau Koala Bear ni icon untuk negara mana?

Salam.

Selamat bercuti dan Selamat menyambut Hari Thaipusam, bagi mereka yang meraikannya.

Entry harini ilmiah sikit, tapi macam biasalah aku cuba rileks mengulasnya.

Semua orang tahu apa itu terma ‘social network’. Aplikasi jaringan social yang mempertemukan atau meperkenalkan kita kepada strangers dengan tujuan mencari kenalan ataupun networking yang baru.

Yang menjadi trend sekarang adalah aplikasi Facebook, selain Twitter, Formspring, Blogspot, Friendster, MySpace, Plurk dan beberapa lagi.

Semak di kamus wiki dan kita akan temui berpuluh lagi social network yang mempunyai tujuan yang sama.

Harini aku nak ulas dua sahaja. Sekadar perkongsian. Facebook-Twitter. These two have their own differences, pros and cons

FACEBOOK
1) Its like ‘talk of the town’. Takde facebook buat orang sekeliling jadik pelik. For me myself, ada pun OK, tak ada pun OK. We have the rights to minimizing our private life kan, so sometimes mengepos status yang terlalu peribadi dalam FB boleh mengundang rasa annoying some of us.

2) How does it relates to Marketing? Dengan aplikasi ‘taging’. We’ve seen a lot. Dari tag baju, tudung, kuih bahulu, kek, malah foot detox! For me myself, this is good. Mengurangkan kos promosi. Salah satu marketing mix adalah promotion, so by having FB account, ushawan-usahawan kecil di luar sana tak perlu bersusah payah nak buat pamphlet, advert mahal-mahal semata-mata mahu menarik perhatian pelanggan.

3) However, this tagging concept might cause some anger for some of us. Wall jadik semak dan peniaga yang menambah kawan (add as friend) cumalah mahu memprosmosi produk tanpa ada sebarang two way communication as other friends do. (Nasihat aku, wujudkan page lain untuk perniagaan.Kalau promosi sikit-sikit tak apalah).

FAKTA: Jangan tag aku dengan duit berkoyan, sebab aku tak suka. Apa produknya yang bleh dapat duit berkepuk-kepuk tu? Takkan sebab sign in je bleh dapat duit??


TWITTER
1) Short instant messages yang boleh menghantar instant updates kepada sender. Its like SMS,dengan limitasi 140 aksara saja.

2) Twitter lebih practical buat mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas dan cepat. Kalau nak lebih private, Twitter juga menawarkan aplikasi ‘direct message’ seperti PM di FB. Contohnya, kau orang boleh post di Twitter ‘Kek Lapis Sarawak Dengan Harga Murah’, for sure, people with same interest akan reply tweet kau tu. Mungkin dia tanya harga atau bagaimana nak mendapatkan kek tu. Twitter ni seolah mencipta satu curiosity dan disinlah ‘the art of flowery words’ perlu digunakan. hehehehe

3) Namun, aplikasi ni agak menjengkelkan terutamanya bila feed dah overload selain susah nak tahu member yang online.

FAKTA: Aku ada Twitter. Lama dulu, twits pun suda banyak..seronok apply twitter neh

Cukuplah dua saja. Banyak banyak kang ada yang tak terbaca:)

Konsep campuran pemasaran terdapat empat yang paling asas: Product, Price, Promotion and Place. Semakin meningkat tahun, empat ini boleh menjadi enam, malah boleh bertukar lapan.

Aplikasi social hanyalah sebagai pemangkin yang mempercepatkan proses mempromosi dan jual beli. Teknologi sudah ada depan mata, so why not we use it for our own good, kan?

However, peniaga atau marketers janganlah pulak menetapkan satu promotion yang sounds so promising sebab bila promising tu does not meet customer expectation, consumer will get upset.

Betul kan?

Ambil contoh filem ‘Dua Alam’ dan applykan dalm konsep ini:)


Aku suka lagu ni. Dengar 'S' yang disebut. Shaya dengar dia shebut macam Sheila Majid. Hahaha

1/18/2011

The Coolest Workshop Ever: Teaching Kids to Steal A Car



Memperkenalkan Tom Jennings (pengasas FidoNet, salah sebuah syarikat terawal yang menyediakan sistem buletin di Internet pada 1990-an) dan Jason Torchinsky (artis dan penulis). Dua orang malaun yang membuka kelas 'Good People Doing Bad Things' kepada kanak-kanak.

Kali ini En. Jennings dan En. Torchinsky mengajar kanak-kanak di sekitar LA, cara-cara untuk masuk ke kereta yang berkunci, cara untuk keluar dari trunk (atau boot kalau orang kita dan British panggil), dan yang paling best; cara 'hotwire' kereta (hidupkan kereta tanpa kunci).

En. Jennings dan En. Torchinsky bermula dengan menjelaskan bagaimana mekanisme pintu kereta berfungsi.



Kemudian mereka membawa kanak-kanak tersebut ke luar untuk 'demo' kat kereta orang.



En. Jennings dan En. Torchinsky  menunjukkan cara untuk bukak pintu kereta yang berkunci; dengan sebuah putty knife, penyangkut baju dan playar.



Mereka membiarkan kanak-kanak itu untuk membuka sendiri (KBKK style) pintu kereta itu dan mereka berjaya membukanya!



Kemudian, En. Jennings dan En. Torchinsky menunjukkan pula mereka bagaimana untuk membuka 'boot' kereta kalau-kalau kita dikunci dari dalam. Kereta sekarang ada plastic red tag yang membolehkan mereka keluar dari dalam, tapi kereta old school masih tak ada lagi benda ni. 



Sebaliknya, apa yang kita perlu buat adalah tarik kabel yang bersambung dengan kunci boot yang berada di sebelah seat pemandu.



Kemudian, masa yang ditunggu-tunggu - bagaimana nak hidupkan kereta tanpa kunci? Hotwiring a car macam Fernando Sucre dalam Prison Break.



En. Jennings dan En. Torchinsky tidak membiarkan kanak-kanak melakukan hotwiring ni; atas sebab-sebab keselamatan (voltage shock) tetapi En. Torchinsky ada demo beberapa voltage shock kepada dirinya sendiri; sesuatu yang membuatkan kanak-kanak tersebut tertawa.

Gua tak anggap En. Jennings dan En. Torchinsky nak mengajar kanak-kanak ni menrompak kereta, sebaliknya dengan pengetahuan baru ni, kanak-kanak akan lebih aware dengan aspek teknikal kereta dan menambah minat mereka dalam industri automotif. Macam si pembuat keris yang mengajar anaknya membuat keris. Tak bermakna dia ajar anaknya untuk membunuh orang dengan keris, bukan?

p/s: Beruntung gila budak-budak ni. Masa gua baya budak-budak ni, gua baru belajar teknik menerajang vending machine yang afdhal untuk mendapatkan air tin free.

Pic credit: BoingBoing

1/17/2011

The Classroom Blog: Say Good Bye to Boring Shits.

Bayangkan kalau korang pergi dan pulang dari sekolah tanpa homework. Harmoni kan hidup ni? Tapi tanpa homework, apa yang korang pelajari kat kelas akan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Jadi, apa kata kala kita substitute homework buku teks yang membosankan dengan blog post. Konsepnya masih sama dengan homework kecuali korang kena tulis homework korang di blog. Orang ramai akan baca dan bagi komen tentang hasil kerja anda. Dan korang tak boleh nak copy homework nerdies di kelas korang.


Kredit


Inilah yang dibuat oleh Miss Stacy Baker, guru Biologi dari sebuah high school di timur laut Amerika Syarikat. Di kelas Miss Stacy, korang tak tulis kerja sekolah di buku rampaian, tetapi di blog. Dan mungkin Cikgu Zara boleh berbuat perkara sama di kelas Kemahiran Hidupnya. Keh keh keh.

Di kelas Miss Stacy, pelajarnya diajar tentang aspek penulisan ilmiah. Lengkap dengan citation, rujukan dari maklumat yang berasas dan cara menulis artikel yang neutral. Semua hasil kerja pelajar, tidak diedit oleh Miss Stacy untuk memberikan pelajarnya ruang untuk memperbaiki hasil penulisan mereka.

Malah, pelajar Miss Stacy juga berpendapat konsep blog ni sangat cool.


Bagi gua, melalui blog ni artikel pelajar-pelajar boleh dibaca oleh real-life professionals sama ada professor, saintis, jurutera dan mungkin ibu bapa sendiri. Dan pembaca boleh komen di setiap homework mereka. Isn't that the coolest thing?

Paling menarik, empat pelajar kelas Miss Stacy telah dijemput untuk menulis artikel jemputan di sebuah laman sesawang jurnal sains terkemuka, Nature! Way to go, kids!

Jadi, singgahlah ke blog mereka, baca dan komen la sepam dua. Tapi jangan la buat perangai bodoh komen "First!", "Second!". Bukan dapat hadiah pun komen first.


1/13/2011

Masa Yang Akan Dihentikan

detik berganti saat,saat berganti minit dan minit berganti jam..

itulah kitaran kehidupan sebuah jam yang terlekat di dinding,ianya dipandang sepi oleh kita..

dari hari ke hari dunia semakin tua dan tenat cuma menanti hari untuk dimatikan..

adakah taubatku akan diterima lagi?

***********************

8 march 2010, pukul 1:15 pagi coretanhatisetanku

1/12/2011

Jersey Malaysia Kaler Biru Laris Di Pasaran

Spek mata hitam besar sengaja di pakai untuk mengelakkan sinaran laser hijau
menuju tepat di dalam bijik mata.

Setelah Malaysia memenangi acara Bola Sepak Piala Suzuki baru-baru ini, tidak semena-mena penjualan jersey kebangsaan telah laku mendadak dan pemakaian nya di katakan agak rambang pada masyarakat kini. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, penduduk awam lebih gemar akan memakai jersey negara luar dari barat. Tetapi akak Fasha di atas lebih gemar berbikini dari menyarung jersey negara apabila bercuti di Bali baru-baru ini, takut kes 'gengster bola' gamak nya.

1/07/2011

She's Gone



cilake punya vokalis, macam mana lu boleh tarik gila-gila babi? gua try tanya cikgu siti hajar pun dia tak boleh buat.

1/02/2011

Screwed New Year.


Screw happy new year. 
I'm wishing everyone a happy new decade!



The good thing in this photo is - MAKE MONEY. MAKE MORE MONEY.
Hell yeah.

So people, anyone here who don't need money?
Please donate to me and DON'T use BIG CARD to impress the media.
Pfft.

Again.
Happy new year.
I hate people asked me - What's your new year's resolutions?
I make new resolutions everyday, so, who cares on New Year anyway?

I'm celebrating new decades.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...