5/30/2011

Abu-Ya: Ketamakkan Kuasa

Rasanya macam ages tak berupdate disini. Damn, dah kena tegur baru aku gerakkan punggung malas mencari artikel.ahahahaha.

Kalini nak berkongsi dengan korang dengan trailer filem yang at first time aku tengok, looks promising. Actually semua trailer filem macam tu. At first glance, memang nampak sangat menjanjikan. Tapi apabila di prebiu, haram macam sampah. Not to say semua, but sometimes ada filem-filem macam tu.

Sila rujuk semua still yang directly aku ambil dari filem Abu-Ya ini. Basically, dari sumber yang aku dapat dari sini, filem ni tak banyak diceritakan umum pembikinannya tetapi daripada apa yang dilihat, ia mengganbarkan seorang pemimpin sesat bernama Abu Zakaria (lakonan pelakon Faizal Hussien: dah super senior baru dia dapat watak mencabar selepas a promising 'Bunohan'), berlagak seperti Firaun dengan ketamakkan kuasa, obsesi seks selain penyalahgunaan agama.

Of course ini pelaris. Marketing strategi..


obsess sampai jilat lantai!


yaa! Air kaki ini mengingatkan aku pada Ayah Pin


Ketamakan kuasa


Akulah raja…


Klik poster untuk ke trailer filem.

5/28/2011

Short Film : SIGNS

pernahkan anda menonton filem pendek ini? pernahkan anda fikir betapa manisnya berkenalan dengan seorang gadis blok sebelah dengan menggunakkan sehelai dkertas dan marker?

ya seharusnya filem pendek ini harus di tonton oleh anda semua, kerana kekuatan filem ini adalah, tidak mengunakan sebarang dialog dan hanya menggunakan sehelai kertas untuk menjadi medium perantaraan atau komunikasi kepada audiens.. ianya satu filem yang cukup istimewa yang saya pernah tonton..

'ini jason, takde awek dan hidup selalu kosong'

'setiap hari dia cuba mencari awek untuk lengkapkan kehidupannya'

'pada suatu hari dia terpandang gadis yang berkerja di blok sebelah'

'lalu si gadis menegur si jason dengan sehelai..(wah comelnya!)'

'lalu si gadis memperkenalkan diri sebagai stacey, sekali lagi pakai kertas!'

'jason memberikan tidak balas yang baik melalui sehelai kertas juga.'

'sekali lagi kertas menjadi agen perkenalan mereka'

sejak dari perkenalan itu, mereka kemain galak berinteraksi antara satu sama lain, dannnnnn (oke letih nak ulang) kertas lah menjadi agen utama dalam komunikasi mereka, gila apa nak bersembang dengan gadis blok sebelah pakai mulut? ntah dengar ntah tidak, ntah-ntah gadis tu bisu kot? oke kembali pada cerita pada filem ini, kita dah sampai pada tahap klimaks dah ni.

'setiap helaian kertas interaksi mereka akan dilekatkan pada fridge rumah jason'

'pada suatu hari gadis itu membuat satu pengakuan yang tak disangka oleh jason'

jika anda semua hendak tahu kesudahan cerita ini saya tinggalkan video filem pendek ini dibawah untuk menjadi tatapan anda semua, sebagai salah satu bukti yang video ni sangat menarik untuk di tonton oleh anda semua, satu lagi hampir 7 juta orang menonton filem ni di youtube jadi sila "enjoice this video!".



5/27/2011

Short Film : The Invigilator (Malaysia)

What's happening guys?

Siapa kata sinematografi tempatan kita sucks? Di bawah adalah sebuah short film yang ditulis dan diarahkan oleh Manesh Nesaratnam. Dibintangi oleh muka-muka teater seperti Tony Eusoff, Cheryl Samad dan Zahiril Adzim, short film ini berkisarkan tentang bidang pendidikan dan hubungan keguruan dengan murid-murid yang bermasalah. Sebuah short film yang aku rasa wajib ditonton oleh semua warga guru, terutamanya guru-guru yang sedang menjalani praktikal dan (malangnya) ditempatkan di sebuah sekolah yang rata-ratanya mengalami masalah disiplin.

This video just came out recently dan aku hairan kenapa tak ramai yang memperkatakan pasal short film ni. Ianya awesome, kau tau? Video agak panjang, tapi enjoyable. So, have fun watching!

Editor's rating : 4.5 / 5



LOL : Balasan Surat Yang Stylo


Balasan :


(klik kedua-dua imej untuk lebih jelas)

Selangor oh Selangor.

malam kelmarin yang lepas, saya telah ke stadium shah alam untuk menyaksikan perlawanan liga super diantara selangor dan harimau muda..sebenarnya ini adalah kali pertama saya ke stadium selepas hampir beberapa tahun tidak kesana, kali terakhir saya berada di stadium ketika zaman kemuncak selangor yang menangi 3 piala berturut-turut dibawah kendalian dollah salleh..pada waktu itu liga malaysia masih lagi membenarkan penggunaan pemain import dalam perlawanan..suasana di stadium pada ketika itu hiruk-pikuk dengan jeritan dan ketukan gendang dari penyokong selangor, malah jalan menuju ke stadium sentiasa sesak dan parkir sentiasa dipenuhi dengan kereta-kerata penyokong setia gergasi..

selepas beberapa tahun saya tidak kesana, malam kelmarin merupakan malam yang agak pelik bagi diri saya dimana jalan utama ke stadium tidak sesak seperti biasa macam beberapa tahun yang lepas, dan paling mengejutkan saya apabila saya masuk ke kawasan tempat duduk utama penyokong selangor, saya lihat lebih kurang dalam 40-50 orang sahaja yang berada disitu, ia amat menyedihkan dimana stadium yang boleh memuatkan hampir 80ribu orang cuma ada beberapa orang sahaja yang datang dan seperti biasa saya mengenang kembali zaman beberapa tahun lepas dimana kawasan duduk utama selangor dipenuhi dengan penyokong yang bersemangat memberikan sokongan tak terhingga pada pasukan selangor..

seperti anda semua maklum dalam perlawanan itu selangor tewas kepada harimau muda A dengan keputusan 2-1..ternyata perlawanan yang ditunjukkan terlalu membosankan dan tiada ciri-ciri menunjukkan bahawa selangor sebuah pasukan yang matang dan gergasi yang ditakuti liga tempatan, pada perlawanan kelmarin penyokong selangor bukanlah penyokong selangor yang dulu yang memberikan sorakkan dan kata-kata semangat..penyokong selangor sekarang lebih kepada mengeluarkan kata-kata kesat dan pelbagai hamburan yang disemburkan pada pemain perlawanan..bagi saya mungkin mereka dahagakan aksi-aksi yang menarik seperti selangor yang dulu..jadi disini saya ingin merumuskan apa yang berlaku terhadap pada skuad selangor pada malam kelmarin.

skuad selangor pada tahun 2010/11

skuad utama selangor 2010/11

1. ketiadaan safee sali dalam skuad selangor telah menampak kelemahan ketara dimana barisan depan selangor gagal berfungsi pada malam kelmarin..

2. tiada semangat melawan ditunjukkan oleh pemain selangor, tiada follow up dari pemain lain dan bola banyak berlegar-legar dikawasan sendiri dengan hantaran kebelakang sahaja..ini bukan main PES 2011!

3. khabar angin yang diceritakan oleh segelintir penyokong sebelum sepak mula bahawa pemain pasukan selangor tidak menerima gaji sudah hampir beberapa bulan, maka aksi yang hambar ditunjukkan oleh mereka adalah tanda protes mereka terhadap pengurusan..mengapa hal ini harus berlaku?

4. harga tiket yang dianggap terlalu mahal tidak kena pada standard permainan yang ditunjukkan pasukan selangor, ianya umpama satu pembaziran!

5. saya salute sama UltraSelangor yang tidak kenal erti penat memberikan lagu-lagu semangat dengan nyanyian ala-ala nasyid, tapi sayangnya pemain selangor main macam setan juga!

kerana sayangkan bola sepak selangor tak pasal-pasal saya taip sebegini panjang..maafkan saya ini cuma pandangan saya kalau tak boleh terima anda boleh keluar klik butang pangkah pada penjuru kanan browser internet anda..semoga bertemu di entry lebih jahanam tentang bola sepak.

5/25/2011

A Father's Amazing Love



kalau semalam kita bergelak ketawa dengan gamarjobat, hari ni kita lihat video ketabahan seorang bapa yang memenuhi impian anaknya yang cacat sejak lahir lagi untuk memasuki marathon, walaupun si bapa mempunyai penyakit jantung.ahh gua malas nak ulas panjang-panjang cukup dengan paparan video ni sudah mampu menceritakan 1001 cerita..anyway 'Selamat Hari Bapa!'

5/24/2011

Worst Feelings In Life


Tulis dari Tumblr aku.
Heh.








Okey, Ini Baru Betul Maharaja Lawak..Tahu Tak?



yeah gua sudah menonton video ni berkali-kali ternyata video ini berjaya membuatkan gua lupa seketika tentang segala masalah yang gua hadapi..kalau lu orang pernah tengok maharaja lawak minggu ke berapa ntah, gua syak Jozan ambil idea mereka ini..jadi sila 'enjoice this video!'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...