Pages

4/21/2011

Shorties : ‘Quentin Tarantino’

[still-zoom shot] Mulutnya terkumam-kumam, mengunyah makanan ringan. Ada sisa-sisa kekuningan di hujung bibir atas dan bawah. Ada ketika lidahnya menjilat-jilat sisa-sisa ‘cekedis’ itu.

[away shot] Anak matanya melilau. Ada biasan cahaya pada mata hitamnya. Oh, sedang berada di depan komputer. Sesekali bibirnya menguntum senyuman. Entah apalah yang mengusik hatinya. Sesekali juga dia tunduk memandang keyboard, mengetuk-ngetuk aksara-aksara pada papan kekunci, kembali memandang skrin dan disudahi dengan ketukan hujung jari hantu pada kekunci paling lebar; ‘Enter’.

[still shot] Tangan kanannya menggapai tetikus. Digagau, ketik, gagau, ketik, berkali-kali sehinggalah bergema sebuah lagu instrumental gaya melankolik berjudul ‘The Lonely Shepherd’, berkumandang melalui corong speaker. Dia bersandar di kerusi seketika, menikmati irama lagu. Tidak lama, dia memandang ke kiri meja komputer, memandang ke arah setin minuman Red Bull, lebih tepat. Dicapainya dengan tangan kiri, menggoyang-goyangkan tin tersebut. Barangkali memastikan baki minuman, sebelum dihalakan ke mulut dan menghirupnya. Tidak segera dia menelan minuman di dalam mulutnya, sebaliknya dikumam dan seolah-olah sengaja ‘bermain-main’ seketika, menikmati setiap perisa minuman tersebut dengan deria rasa. Matanya terpejam saat air minuman itu melintasi rengkung leher. Nikmat yang hanya dia merasa!

[back shot, zooming] Dia kembali menaip pada papan kekunci, sesekali memandang ke skrin, dan kembali memandang keyboard. Nyata dia sedang melayari internet, bersembang melalui Skype – sebuah pelantar ‘instant messenger’ yang melibatkan penggunaan webcam. Sesekali dia memandang ke arah webcam yang diposisikan di bahagian atas monitor komputer. ‘lol! bodoh sial ko ni Mr. Pink!’ tulisnya, disertai dengan ikon ‘XD’ lantas menekan butang ‘Enter’. Pantas caranya menaip.

[screenshot] Mr. Pink : ‘kah kah kah! betul la bodoh!’ - [Enter] - ‘cuba kau bayangkan kulit aku gelap’ - [Enter] - ‘pakai satu suit lengkap siap tie’ – [Enter] - ‘lepas tu pakai wig afro tengah ugut kau dengan pistol’ - [Enter]

[still shot, face] Dia tersenyum menyeringai, menampakkan barisan gigi yang memutih dalam kesamaran kamar tidurnya. Anak matanya turun-naik, sekejap-sekejap melihat skrin, sekejap-sekejap melihat papan kekunci. Ketukan jemari pada keyboard berselang-seli dengan lagu yang terpasang. Dahinya sekonyong-konyong berkerut. Senyuman di bibirnya berkecai.

[side shot] Tangan kirinya memegang perut, sementara tangan kanannya masih lagi di atas meja komputer. Perutnya memulas. Dia bingkas bangun dari kerusi meluru ke belakang. Kedengaran pintu bilik terkuak dan terbiar tidak dikatup. Kipas di siling berputar ligat.

[back shot, following] Langkahnya menderap laju menuruni anak tangga, membelok ke kanan, menuju bahagian dapur. Kelihatan pintu tandas yang terletak di hujung dapur terselak sedikit. Dia memetik suis lampu dapur pada dinding berhampiran peti sejuk bersebelahan meja makan, menunggu seketika sebelum lampu itu benar-benar menyala sepenuhnya. Sempat dia menjeling ke arah sebilah pedang bersarung ala samurai milik bapanya yang terbiar di dalam bekas bersebelahan peti sejuk tiga pintu.

[front shot] Dia melangkah beberapa tapak ke hadapan, setelah dapur itu diterangi cahaya, mengunjukkan tangan mencapai suis lampu tandas. Ditolaknya pintu tandas, dan…

[back shot, raising] Di hadapannya, seorang lelaki berkulit hitam, bermuka bengis dengan sorotan mata yang tajam, berambut kerinting, sedang mengacukan pistol ke kepalanya. Serta-merta ayat yang ditaip oleh ‘Mr. Pink’ di komputer tadi menghentam mindanya, bezanya lelaki di hadapannya tidak memakai suit.

[face shot] Dia tergamam! Sakit di perutnya bertambah. Bergelojak. Adrenalinnya terasa di segenap inci saraf. Denyutan jantungnya semakin tidak menentu.

‘BANG!’

 

[white out, monolog]

‘Aku tau aku tak sepatutnya buat deal palsu di internet. Aku tau aku tak sepatutnya jual nama bapak aku. Paling nyata, aku tak sepatutnya cerita pasal benda ni dengan kenalan internet yang aku sendiri tak pernah jumpa, cuma teman sebuah forum yang dah lebih 2 tahun aku follow up, meskipun tak pernah berjumpa.

Urus niaga palsu tu memang bahaya. Aku buat sebuah fake account atas nama bapak aku, dealer dadah bawah tanah yang memang famous. Aku tipu kawan internet yang kebetulan jugak buat account palsu semata-mata nak beli dadah. Aku tak boleh salahkan dia. Aku yang tamak. Haha! Aku masih boleh rasa kelakar. Kelakar sebab pertama – bapak aku rupa-rupanya dah kena approach dengan ‘Mr. Pink’, marah-marah kata ‘barang’ dia order masih tak sampai setelah lajak lebih seminggu. Kedua – aku tak tau macam mana ‘Mr. Pink’ boleh hijacked sistem security rumah aku – internet, telefon, etc.

Aku dapat jumpa bapak aku. Lepas tiga-empat hari dia tak balik-balik, hari ni aku tau segala-segalanya. Bapak aku dah mati kena bunuh rupanya. Hmm…’

[fade out]

4/10/2011

Cinta: Sebuah Kajian Lakon Layar


Salam

Sering kita terlalai mengejar apa yang belum pasti, hingga kita lupa meraikan satu satunya perkara yang menjanjikan kebahagiaan.

Cinta.. Yang lahir dari naluri.. Menagih pengorbanan.. Bersandar kesetiaan.. Akhirnya bersimpul mati..

Karya Kabir Bhatia ini merupakan karya kesukaan. Hidupnya mengesankan. Entry hari ini saja-saja mahu mengkaji seni lakonlayar ditulis isteri Kabir, Mira Mustaffa dan dibantu oleh Ara.

Setiap babak hidup cantik seperti babak seorang ibu muda, menghulur langkah pertama untuk melintas, lalu mengusap perutnya yang sedang hamil. Simbolik babak ini dengan konsep cinta.


Ditunjukkan pula bapa yang mengeluarkan dompet, terisi not satu ringgit di dalamnya, berhadapan dengan dua anak lelaki. Terkesannya lakon layar ini bilamana bapa mengeluarkan not satu ringgit, lalu ditunjukkan kepada dua anak isyarat berkongsi. Indah!



Babak sepasang tua, memaut bahu, menampilkan cinta memang tak kenal batas usia. Dan bila hasil gerak sinematografi Mat Nor Kasim close up pada pasangan tua, kedua duanya buta.

Cinta juga tak kenal bangsa. Diperlihatkan pula pasangan Cina sedang menikmati usia senja di sebuah kopitiam. Isn’t that nice?

Itu adalah klip 1 minit 20 saat yang dilihat pada tayangan awal Filem Terbaik Festival Filem Malaysia tak lama dulu. Gerak lakon layar, tanpa dialog saja sudah membuatkan sentuhan Kabir memang emas. Jarang kita dapat perhatikan lakon layar sesempurnah tulisan filem ini.

Dan dari filem inilah, aku memahami betapa pentingnya bahasa lakon layar dalam mencorak sesebuah jalan cerita. Silap percaturan, penonton takkan faham.

That’s why, Kabir Bhatia antara pengarah fevret aku ketika memilih list menonton filem di panggung. Baik Cinta, Sepi, Setem mahupun yang terbaru Nur Kasih The Movie, sentuhan Kabir memang lain dari yang lainnya…

4/01/2011

Sigur Ros

pernahkan anda mendengar lagu dendangan dari kumpulan ini sebelum ini? oh band ini berasal dari Reykjavik, Iceland. mereka memainkan lagu dari genre melodic, klasikal dan experimentalis.. kalau lu orang pernah menonton filem Penelope, kisah seorang gadis yang terkena sumpahan dan hidungnya tak ubah seperti hidung babi.. mesti lu orang perasan ada 1 lagu dimainkan selepas gadis itu pulih dari terkena sumpah itu.. tajuknya hippipolla



jadi gua persembahkan band terbaik yang gua pernah dengar walaupun liriknya gua tak paham..

p/s: try download 1 album band ni..gua harap tokey kedai ni tak marah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...