Tiga perkara yang menjerat aku untuk menulis entry ini. Tapi dasarnya satu.
Siapa suruh buat kontroversi?
Minta maaf cakaplah jika ada yang terasa.
‘Perlu ke setiap majlis penganugerahan di Malaysia wajib ada kontroversi?’
Pertamanya menerusi acara Festival Filem Malaysia ke 24 yang diadakan baru-baru ini. Setahu aku lah, criteria untuk sesebuah filem diangkat menjadi Best Picture adalah menerusi kemenangan (salah satu):
A) Best Achievement in Directing
B) Best Actor
C) Best Actress
D) Best Actor in a Supporting Role
E) Best Actress in a Supporting Role
F) Best Original Screenplay/Best Story/Adapted Screenplay
Ini selalu berlaku pada majlis Oscar dimana jika ada satu filem yang sangkut dua atau tiga anugerah utama, tak mustahil akan menang katergori Filem Terbaik.
Well, malam itu aku sebenarnya menjangkakan filem KL Gangster—walaupun Hikayat Merong sebenarnya menjadi pilihan peribadi--- (KL Gangster menang menerusi Best Actor in a Supporting Role:Sofi Jikan—Aku sebenarnya inginkan Syed Asri aka Ucop Wilca menang sebab kegilaan watak bekas penari kebudayaan itu mencetus fenomena cult dikalangan penonton.Siapa boleh lupa frasa ‘kite bako’ ‘sile angkat tangan macam saye’), selain Best Director dan Best Screenplay (kalau menang kategori ini menang boleh menang besar)
Itu belum masuk kemenangan Libas dalam katergori Cerita Asal Terbaik. Ini bagi penulis lawak-WTF-STYLE! Sama kesnya dengan kemenangan filem Aku Tak Bodoh dalam katergori yang sama dalam Anugerah Skrin lepas. Libas seakan-akan Shaolin Soccer versi tempatan! Aku Tak Bodoh pula (mungkin adaptasi) dari award winning ‘I am Not Stupid’ keluaran Singapura.
Mana datang original pulak?! Aku lebih katakan anugerah ini (Cerita Asal Terbaik) patut diberi kepada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem ini banyak mesej tapi sayang, tak dapat sebarang anugerah!
Itu belun masuk kontroversi trofi ‘Lagu Terbaik’ penyanyi berbakat Yuna (Penakut) ditarik semula di majlis Anugerah Industri Muzik. Anugerah ini umpama Majlis Anugerah Grammy per say menghargai karyawan muzik. Well, katanya tersalah kira sorts of.
Penulis boleh katakan, insiden ini cukup memalukan selain memberi perspektif buruk pada industri. Lepas ni boleh jadi dekat sesiapa pun. Yuna jadi mangsa keadaan. Well Yuna, anda tak menang anugerah di AIM, sumbangan anda pada peminat muzik tempatan sangat dihargai!Kami semua bangga dengan pencapaian anda di luar negara berbekalkan muzik terbaik anda.
Dan semalam (25/11/2011) berlangsungnya separuh akhir Muzik-Muzik dimana lagu talk-of-the-town ‘Cinta Muka Buku’ dipilih ke peringkat (akhir) seterusnya. Aku sebenarnya kurang faham dengan prosedur penjurian AJL tahun ni.
Menurut pengacara, tak semestinya lagu yang dipilih (5 lagu) akan terus masuk ke final. Aik? Ada competition separuh akhir lagi ke?
Rupanya di laman twitter, ramai juga yang kurang menggemari pemilihan CMB sebagai antara finalis lalu memberi kesimpulan, juri-juri AJL terdiri daripada pengguna tegar Muka Buku!
Well, aku nak lagu Kisah Dongeng masuk final boleh? Kahkahkahkah
Apa dapat dengan kontroversi?
Ce citer ce citer??