Memperkenalkan Tom Jennings (pengasas FidoNet, salah sebuah syarikat terawal yang menyediakan sistem buletin di Internet pada 1990-an) dan Jason Torchinsky (artis dan penulis). Dua orang malaun yang membuka kelas 'Good People Doing Bad Things' kepada kanak-kanak.
Kali ini En. Jennings dan En. Torchinsky mengajar kanak-kanak di sekitar LA, cara-cara untuk masuk ke kereta yang berkunci, cara untuk keluar dari trunk (atau boot kalau orang kita dan British panggil), dan yang paling best; cara 'hotwire' kereta (hidupkan kereta tanpa kunci).
En. Jennings dan En. Torchinsky bermula dengan menjelaskan bagaimana mekanisme pintu kereta berfungsi.
Kemudian mereka membawa kanak-kanak tersebut ke luar untuk 'demo' kat kereta orang.
En. Jennings dan En. Torchinsky menunjukkan cara untuk bukak pintu kereta yang berkunci; dengan sebuah putty knife, penyangkut baju dan playar.
Mereka membiarkan kanak-kanak itu untuk membuka sendiri (KBKK style) pintu kereta itu dan mereka berjaya membukanya!
Kemudian, En. Jennings dan En. Torchinsky menunjukkan pula mereka bagaimana untuk membuka 'boot' kereta kalau-kalau kita dikunci dari dalam. Kereta sekarang ada plastic red tag yang membolehkan mereka keluar dari dalam, tapi kereta old school masih tak ada lagi benda ni.
Sebaliknya, apa yang kita perlu buat adalah tarik kabel yang bersambung dengan kunci boot yang berada di sebelah seat pemandu.
Kemudian, masa yang ditunggu-tunggu - bagaimana nak hidupkan kereta tanpa kunci? Hotwiring a car macam Fernando Sucre dalam Prison Break.
En. Jennings dan En. Torchinsky tidak membiarkan kanak-kanak melakukan hotwiring ni; atas sebab-sebab keselamatan (voltage shock) tetapi En. Torchinsky ada demo beberapa voltage shock kepada dirinya sendiri; sesuatu yang membuatkan kanak-kanak tersebut tertawa.
Gua tak anggap En. Jennings dan En. Torchinsky nak mengajar kanak-kanak ni menrompak kereta, sebaliknya dengan pengetahuan baru ni, kanak-kanak akan lebih aware dengan aspek teknikal kereta dan menambah minat mereka dalam industri automotif. Macam si pembuat keris yang mengajar anaknya membuat keris. Tak bermakna dia ajar anaknya untuk membunuh orang dengan keris, bukan?
p/s: Beruntung gila budak-budak ni. Masa gua baya budak-budak ni, gua baru belajar teknik menerajang vending machine yang afdhal untuk mendapatkan air tin free.