Pages

9/27/2011

Minggu konvokesyen

selamat hari graduasi bagi mereka yang sudah habis belajar, bagi yang belum habis. kita kenangkan semula kisah konvo time tadika, semua itu indah belaka bukan? andainya masa itu dapat diputarkan balik semula. :)

9/26/2011

Pengumuman: Penulis Baru

memperkenalkan wajah penulis baru di blogbuster. adik Adam Mikhail!

adik adam terpaksa mengambil alih tugas menulis blog dari abang tanaka kerana kesibukan urusannya yang mendapat panggilan haji di saat-saat akhir. jadi para pembaca berdoalah supaya abang tanaka berjaya melakukan haji marlboro. eh silap! haji mabrur.

seperti yang kita tahu, abang tanaka memang gemar menghisap rokok tapi rokok marlboro bukanlah kegemarannya. abang tanaka lebih cenderung membeli rokok indonesia seperti surya dan nusantara, jika ada duit lebih sikit abang tanaka akan membeli rokok yang dikenakan cukai. seperti Dunhill dan Lucky Strike, orang kabor american taste la abang tanaka ni!

okey adik adam dah melalut cerita bukan-bukan, jadi disini adik kepilkan sekeping gambar untuk dikongsikan bersama pembaca semua untuk mengenali diri adik adam ini dengan lebih dekat lagi. ceewwaaah!



nama: Adam Mikhail
tarikh lahir: -tiada dalam pengakalan data-
tempat lahir: -dirahsiakan-
kegemaran: -tidak gemar berkongsi kegemaran-

9/23/2011

Mona Fandey

Episod mengenai kes pembunuhan ahli politik paling kejam di Malaysia yang mengemparkan negara suatu ketika dahulu. Dipaparkan kronologi kes serta temubual dengan pihak yang terbabit dengan kes berprofil tinggi ini.

Maklumat dan detail disini


Berjimba Di Kamar Mandimu.





Tahi suci! I want these in my bathroom please.

Kisah perjalanan hidup Superhero Tua

Seorang Pelukis dari Sweden, Andreas Englundmenjadikan seorang watak tua sebagai seorang superhero yang tersangat Fail. Perjalanan kehidupan seorang superhero Tua dilakarkan melalui lukisannya yang sangat melucukan dan menarik sekali. 











LOL : Bagaimana Untuk Membalas Soalan Guru Yang Annoying

Apa-apa hal pun, JANGAN DERHAKA DENGAN GURU pulak ya?


Video : Muzik Dari.... KUALI?

What's happening, guys?

Aku tak tau nak describe macam mana. Layan aje lah. Cool music anyway.


9/22/2011

Pesanan Khidmat Masyarakat : Kanak-kanak Hilang


From DrKerongsang Dee' Facebook

"Kepada Rakan2 semua,

Anak kepada salah seorang rakan telah hilang tengahari semalam (14 Sept 2011) dihadapan Sek. Keb
Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat
pagi tadi tetapi masih gagal.
Laporan polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir
adik Najmi adalah seperti berikut:

Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)
Tinggi : lebih kurang 110cm
Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan
hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan
berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut
pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.


MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA
SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR
KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.

Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh
hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252
(Salleh).
Mohon disebarkan.

TERIMA KASIH"

Let's Eat The Lyrics.


Comixxx : LOGIC THINKER

What's happening, guys?

Komik agak panjang, tapi MENARIK dan KELAKAR. Enjoy.


Original source : Comixed

9/17/2011

Bosan Ketika Menunggu

Dua lelaki sedang duduk di dalam bilik menunggu, bosan dan tiba-tiba berlaku idea yang sangat memberangsangkan. hehe check it out.

9/16/2011

Sistem-Sistem Ke Neraka

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

9/14/2011

Band German suka Rock kangkang kita!!!!

Lagu dari kumpulan The Unwanted yg dinyanyikn balik oleh kumpulan rock german..iaitu darksky. Ini menandakan bahawa produk kita dipandang. Jadi apsal malu nak dengar lagu rock kangkang. Kalau m-pop baru boleh kasi ludah. haha.

9/13/2011

Gadis Melayu bukan tandingannya. Betul ke??

Aku tak pasti rancangan apa ini. tetapi bila dilihat ia seperti sebuah rancangan mencari jodoh. Lihat apabila seorang jejaka Korea melamar seorang gadis melayu. So Sweet. Wtfruit!!!!



Video: Asyiela Putri

ramai yang kenal upin dan ipin, tapi masih ada sesetengah mereka tidak kenal siapa si cilik yang membawa suara watak untuk upin dan ipin.

memperkenalkan adik Asyiela Putri. enjoice! :)



sumber video: Les Copaque

9/06/2011

Slow Down

 

Video: Gegaran Sendi

sebentar tadi kita baru saja merasai gegaran gempa bumi, habis semua kecoh di twitter dan facebook tapi takpelah gua bukan nak update pasal gempa bumi. tadi masa tengah gempa bumi tadi gua tengah melayan video yang agak mencabar. gua pasti kalau lu orang berada di tempat mamat ni lu turut merasai gegaran di setiap inci sendi anda. sila enjoice!

PETKNODE pusat menyiksa Haiwan


PETKNODE, sebuah asmara yang menempatkan haiwan-haiwan peliharaan yang ditinggalkan sementara oleh pelanggan yang pergi bercuti. Tetapi tuan punya tempat ini tak melakukan tanggungjawab dengan sebetulnya dengan membiarkan 200 ekor kucing dan seekor anjing hidup dalam kelaparan apabila tuan tempat tu tidak memberi makan. Fak Apabila mendengan bunyi-bunyi ngiauan kucing ini, masyarakat Maleis yang perhatin bergotong royong menyelesaikan masalah yang tak sepatutnya ini. Haiwan-haiwan ini dibiarkan terkunci tanpa makanan. Wang penjagaan telah dibayar tetapi tugas tidak dilakukan. Haiwan-haiwan ini hidup dalam kelaparan dan yang sadisnya ada yang dah mati. Inikah sikap manusia tempatan. Haiwan juga mempunyai perasaan. Tuan punya PETKNODE seorang yang gila duit. Tahu mengambil haiwan saja tetapi kebajikan dan amanat dari tuan empunya haiwan ini tidak dilaksanakan sehingga separuh dari haiwan diletakkan di rumah empunya PETKNODE ni.

Boleh lawat Facebook



Sumber FB, Blog Serius, Selamatkan Kucing Malaysia, Dan Masyarakat Setempat.

9/05/2011

From Punk Rocker to Mayor

Pada tahun 2008, ekonomi Iceland yang mempunyai KDNK (also known as GDP) sebanyak $13 billion meleset teruk apabila sebuah bank yang baru diswastakan kerajaan melaporkan kerugian $100 billion.

Pada Mei 2010, ketika Iceland masih belum pulih dari kemelesetan ekonomi, Jon Gnarr, 43 dipilih menjadi Datuk Bandar Reykjavic, satu-satunya bandar yang ada di Iceland yang juga tempat tinggal 2/3 populasi keseluruhan Iceland.

Sebenarnya, penduduk Iceland telah membuat perjudian masa depan bandar mereka dengan memilih Jon Gnarr untuk memimpin bandar itu keluar dari kemelesetan ekonomi. Ini sebab-sebabnya.

Jon Gnarr
Pada Disember 2009, Jon Gnarr menubuhkan parti politik yang diberi nama 'Besti Flokkurinn' yang bermaksud 'The Best Party'. Lagu Tina Turner 'Simply The Best' dijadikan lagu tema partinya. Parti ini dianggotai oleh ramai artis, pelawak, pemuzik dan orang-orang yang tiada latar belakang politik. Parti ini ditubuhkan untuk 'membuatkan kehidupan rakyat marhaen lebih ceria'.



Jon Gnarr sendiri seorang pelawak terkenal di Iceland. Di filem terakhirnya sebelum beliau menjadi Datuk Bandar, beliau berlari bogel menuju ke pantai dalam satu babak. Ketika berusia 13 tahun, beliau adalah seorang pemain bass bagi band punk rock 'Nefrennsli' atau 'Runny Nose' (alright, man!!). Ketika berusia 14 tahun, beliau dihantar ke sekolah budak bermasalah dan pada usia 16 tahun, beliau berhenti sekolah. Kemudian beliau bekerja memandu teksi, menjaga institusi sakit mental, menulis puisi dan buku.

Ketika kempennya untuk menjadi Datuk Bandar, Jon Gnarr mencadangkan pembinaan tugu Björk, artis terkenal Iceland di pelabuhan bandar Reykjavic, life-sized Mickey Mouse, polar bear display di zoo, pemberian tuala percuma di kolang renang awam dan polisi 'Drug-Free Parliament by 2020'.

Setelah menjadi Datuk Bandar, Jon Gnarr memperkenalkan 'The Good Day Day' dimana semua orang digalakkan mengucapkan 'good day' kepada sesiapa sahaja. Beliau juga memberi kemasukan percuma ke kolam renang awam kepada semua yang berumur bawah 18 tahun. Beliau pernah memakai kostum gorila dan sut merah jambu ke pejabat dan memakai lipstik ketika memberi ucapan. Gajinya cuma €7000, 50% lebih rendah dari gaji kebanyakan mayor di US dan tak tahu lah berapa banyak lagi rendah dari Datuk Bandar KL dan Ipoh.

Oh, dan dia mewajibkan semua pekerjanya menonton kelima-lima musim drama HBO 'The Wire' dan membuat catatan atau mereka akan dipecat.

Sehingga kini, beliau masih menjadi Datuk Bandar Reykjavic, popularitinya 10% melebihi Perdana Menteri Iceland sendiri dan berjaya menyeimbangkan bajet di bandarnya.

Well, I'm moving to Iceland. How 'bout you guys?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...