Tajuk : Tersungkur Di Pintu 'Syurga' : The Untold Truth and Inside Story of Al-Arqam & I.S.A
Pengarang : Zabidi Mohamed
Penerbit : Zabidi Publication
Tahun : 1998
Genre : Bibliografi
Yeah, aku akui buku ni sudah agak lama di pasaran. Tapi, pertama kali aku membaca buku ni, aku belum ada blog. Haha! Aku terpanggil untuk membuat review tentang buku ni disebabkan bahan bacaan yang limited buat masa ni (sigh... ok. Aku admit. Aku tengah 'kering' sekarang...)
Zabidi Mohamed, si pengarang buku ini, juga merupakan salah seorang bekas pengikut Al-Arqam dan merupakan salah seorang ahli tertinggi di dalamnya. Menyandang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang (2) Al-Arqam, beliau merupakan antara individu yang rapat dengan Allahyarham Ustaz Asaari, yakni 'quarterback' dalam Al-Arqam sendiri. Mungkin ini antara sebab mengapa buku ini penghasilannya jujur dan dekat dengan hati aku.
Buku ini menyelongkar dan menyingkap satu-persatu kisah, sebermula dari pengenalan serba sedikit tentang apa itu Al-Arqam berserta misi dan visi mereka, sehinggalah bermulanya detik-detik 'kejatuhan' kerana didakwa atas kesalahan pemesongan akidah mengikut ahli sunnah wal jamaah. Zabidi sendiri antara mereka-mereka yang pernah melalui pengalaman disoal-siasat dan 'soal siat-siat' di bawah akta I.S.A (International Security Act) di Sungai Buloh.
Bagi aku, buku ini mudah didekati meskipun sedikit hambar pada bab-bab terawal. Namun semua itu diolah dengan ayat yang mudah dan baik sekali garapan peristiwanya. Zabidi antara penulis yang berjaya membawa pembaca 'merasai' sendiri setiap babak-babak pengalaman dan kisah di sebalik kejatuhan empayar Al-Arqam - nama yang suatu masa dahulu pernah disanjung sehingga ke peringkat antarabangsa.
Personal rating : 8 / 10
Gambar kredit kepada Jualan Buku
2 comments:
best buku tu.mungkin ko boleh dapatkan buku keduanya(macam sekuel),pasal kes maunah,dia jadi peguam bela.
azri : yes. aku ada kedua2 buku. In fact, aku dah pernah review pasal dua2 buku ni dalam blog personal aku.
Catat Ulasan