Pages

1/17/2011

The Classroom Blog: Say Good Bye to Boring Shits.

Bayangkan kalau korang pergi dan pulang dari sekolah tanpa homework. Harmoni kan hidup ni? Tapi tanpa homework, apa yang korang pelajari kat kelas akan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Jadi, apa kata kala kita substitute homework buku teks yang membosankan dengan blog post. Konsepnya masih sama dengan homework kecuali korang kena tulis homework korang di blog. Orang ramai akan baca dan bagi komen tentang hasil kerja anda. Dan korang tak boleh nak copy homework nerdies di kelas korang.


Kredit


Inilah yang dibuat oleh Miss Stacy Baker, guru Biologi dari sebuah high school di timur laut Amerika Syarikat. Di kelas Miss Stacy, korang tak tulis kerja sekolah di buku rampaian, tetapi di blog. Dan mungkin Cikgu Zara boleh berbuat perkara sama di kelas Kemahiran Hidupnya. Keh keh keh.

Di kelas Miss Stacy, pelajarnya diajar tentang aspek penulisan ilmiah. Lengkap dengan citation, rujukan dari maklumat yang berasas dan cara menulis artikel yang neutral. Semua hasil kerja pelajar, tidak diedit oleh Miss Stacy untuk memberikan pelajarnya ruang untuk memperbaiki hasil penulisan mereka.

Malah, pelajar Miss Stacy juga berpendapat konsep blog ni sangat cool.


Bagi gua, melalui blog ni artikel pelajar-pelajar boleh dibaca oleh real-life professionals sama ada professor, saintis, jurutera dan mungkin ibu bapa sendiri. Dan pembaca boleh komen di setiap homework mereka. Isn't that the coolest thing?

Paling menarik, empat pelajar kelas Miss Stacy telah dijemput untuk menulis artikel jemputan di sebuah laman sesawang jurnal sains terkemuka, Nature! Way to go, kids!

Jadi, singgahlah ke blog mereka, baca dan komen la sepam dua. Tapi jangan la buat perangai bodoh komen "First!", "Second!". Bukan dapat hadiah pun komen first.


3 comments:

takky berkata...

awesome gile....
senang nak pantau student dh buat kerja @ x....

Adib berkata...

xdpt aku bayangkan kalau thesis aku kena tulis mcm belog..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

ha ha ha.
kawan aku kat UTM pernah buat tesis begini.
untuk mata pelajaran ENglish.

Sumpah!
Susah nak suruh budak tulis even tu budak universiti.
Dan ya, sekolah?
Kekangan wifi kita semua adalah sangat menakjubkan hebatnya~

Tapi still, boleh dibuat.
XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...