Pages

5/27/2011

Selangor oh Selangor.

malam kelmarin yang lepas, saya telah ke stadium shah alam untuk menyaksikan perlawanan liga super diantara selangor dan harimau muda..sebenarnya ini adalah kali pertama saya ke stadium selepas hampir beberapa tahun tidak kesana, kali terakhir saya berada di stadium ketika zaman kemuncak selangor yang menangi 3 piala berturut-turut dibawah kendalian dollah salleh..pada waktu itu liga malaysia masih lagi membenarkan penggunaan pemain import dalam perlawanan..suasana di stadium pada ketika itu hiruk-pikuk dengan jeritan dan ketukan gendang dari penyokong selangor, malah jalan menuju ke stadium sentiasa sesak dan parkir sentiasa dipenuhi dengan kereta-kerata penyokong setia gergasi..

selepas beberapa tahun saya tidak kesana, malam kelmarin merupakan malam yang agak pelik bagi diri saya dimana jalan utama ke stadium tidak sesak seperti biasa macam beberapa tahun yang lepas, dan paling mengejutkan saya apabila saya masuk ke kawasan tempat duduk utama penyokong selangor, saya lihat lebih kurang dalam 40-50 orang sahaja yang berada disitu, ia amat menyedihkan dimana stadium yang boleh memuatkan hampir 80ribu orang cuma ada beberapa orang sahaja yang datang dan seperti biasa saya mengenang kembali zaman beberapa tahun lepas dimana kawasan duduk utama selangor dipenuhi dengan penyokong yang bersemangat memberikan sokongan tak terhingga pada pasukan selangor..

seperti anda semua maklum dalam perlawanan itu selangor tewas kepada harimau muda A dengan keputusan 2-1..ternyata perlawanan yang ditunjukkan terlalu membosankan dan tiada ciri-ciri menunjukkan bahawa selangor sebuah pasukan yang matang dan gergasi yang ditakuti liga tempatan, pada perlawanan kelmarin penyokong selangor bukanlah penyokong selangor yang dulu yang memberikan sorakkan dan kata-kata semangat..penyokong selangor sekarang lebih kepada mengeluarkan kata-kata kesat dan pelbagai hamburan yang disemburkan pada pemain perlawanan..bagi saya mungkin mereka dahagakan aksi-aksi yang menarik seperti selangor yang dulu..jadi disini saya ingin merumuskan apa yang berlaku terhadap pada skuad selangor pada malam kelmarin.

skuad selangor pada tahun 2010/11

skuad utama selangor 2010/11

1. ketiadaan safee sali dalam skuad selangor telah menampak kelemahan ketara dimana barisan depan selangor gagal berfungsi pada malam kelmarin..

2. tiada semangat melawan ditunjukkan oleh pemain selangor, tiada follow up dari pemain lain dan bola banyak berlegar-legar dikawasan sendiri dengan hantaran kebelakang sahaja..ini bukan main PES 2011!

3. khabar angin yang diceritakan oleh segelintir penyokong sebelum sepak mula bahawa pemain pasukan selangor tidak menerima gaji sudah hampir beberapa bulan, maka aksi yang hambar ditunjukkan oleh mereka adalah tanda protes mereka terhadap pengurusan..mengapa hal ini harus berlaku?

4. harga tiket yang dianggap terlalu mahal tidak kena pada standard permainan yang ditunjukkan pasukan selangor, ianya umpama satu pembaziran!

5. saya salute sama UltraSelangor yang tidak kenal erti penat memberikan lagu-lagu semangat dengan nyanyian ala-ala nasyid, tapi sayangnya pemain selangor main macam setan juga!

kerana sayangkan bola sepak selangor tak pasal-pasal saya taip sebegini panjang..maafkan saya ini cuma pandangan saya kalau tak boleh terima anda boleh keluar klik butang pangkah pada penjuru kanan browser internet anda..semoga bertemu di entry lebih jahanam tentang bola sepak.

1 comments:

bujal X berkata...

ada masalah dalaman barangkali~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...