12/27/2010
Malaysia 3 - 0 Indonesia
saya mengucapkan terima kasih pada SHAHRUL Idlan (pengatin Baru) yang berjaya menunjukkan aksi yang bermutu dengan 2 hantarannya berjaya menghasilkan gol..mungkin hasil puasanya di malam pertama yang membawa pada aksi yang cukup memberansangkan dan bukannya aksi teransang..perlawanan ini dicemari dengan insiden laser hijau yang dipancarkan kearah penjaga gawang lawan hingga memaksa perlawanan dihentikan selama 5minit dan Sultan bola turun dari tempat duduk khasnya.
cuma gua kecewa di 10 minit yang terakhir pemain negara sudah mula bermain dengan sambil lewa dan tidak menunjukkan semangat untuk melawan..kita berharap skuad negara bersiap sedia dari segi mental dan nafsu, "Biarin aja di curang pake laser... Nanti pas tanding di INA. Jupe pake BH doang biar pada buta tuh mata liat gunung kembar gue..." di petik dari twitter Julia Perez.. jika di bukit jalil pemain lawan kena pancaran laser mungkin di stadium Bung Karno pemain negara akan berhadapan dengan pancaran gunung kembar dari Julia Perez..jadi selamat menjaga nafsu, terutama Shahrul Idlan..
12/23/2010
Psikologi Warna
Merah
Warna yang kuat, tanda amaran, warna panas yang membangkitkan nafsu seks dan selera makan, simbol kebanggaan dan kekuatan (di gunakan pada bendera)
Jingga
Cerah dan hangat, riang, meningkatkan selera makan, meningkatkan bekalan oksigen ke otak dan merangsang aktiviti mental.
Kuning
Warna yang paling terang kepada mata manusia, gembira, sinar matahari, tenaga kecerian, selalu di gunakan pada mainan dan pakaian kanak-kanak.
Hijau
Warna alam dan kesihatan, pertumbuhan, duit, kesuburan, keselamatan, santai pada mata, mempunyai power penyembuhan.
Biru
Warna sejuk, menunjukkan kreativiti dan kecerdasan, warna koperat, hospital dan syarikat penerbangan. Kesetiaan, kebijaksanaan, kepercayaan.
Hitam
Melambangkan kejahatan, kesedihan, kematian, warna yang power yang mengambarkan keagungan dan kekayaan, boleh menampak kan seseorang itu kelihatan kurus jika di kenakan pada pakaian.
Putih
Warna murni, bersih, segar, baik, hospital, di guanakan pada organisasi non-profit dan kerja amal.
Merah dan Putih - UMNO
Hijau dan Putih - PAS
Biru muda - Keadilan
Hijau, Kuning dan Merah - PEKIDA
biblio - http://www.digitalskratch.com/color-psychology.php
Dark et Funny
Kandungan buku ini sangat memikat. Seriously!
Funny 1 Malaysia. Have a peek!
What do you think, anyway?
12/22/2010
Double Trouble
lupakan rock the world, ayuh ke konsert double trouble di Sunway surf beach 25.12 ni..tanpa Search siapalah noh & band hujannya.
12/18/2010
Akhirnya Berada Di Perlawanan Akhir
hal ini mengingatkan gua pada perlawanan bola sepak di zaman sekolah rendah gua dimana gua bermain di posisi pertahanan kiri, ketika itu pasukan gua mendahului pasukan juara bertahan dengan jaringan 1 gol di awal separuh masa pertama..bila half time, " asal dapat bola kamu sepak bola tu jauh-jauh dari kawasan pasukan kita nanti pandai-pandailah penyerang kita kejar " kata cikgu yang mengarahkan pemain pertahanan buang bola jauh ke kawasan lawan..gua syak K.Rajagobal pernah jadi coach bola cikgu gua..
disini gua mengucapkan beribu-ribu lemon terima kasih kepada penjaga gol negara kita yang bertindak cemerlang pada malam ini menangkis segala asakan dari pasukan vietnam..perlawanan pada malam ni tak ubah seperti perlawanan budak sekolah bawah 12 tahun, dimana kerja pertahanan negara mengeluarkan bola dari kawasan negara dan meletakkan seorang pemain untuk mengucar-kacirkan pihak lawan.
pemain perancang negara kita juga seolah-olah hilang idea untuk merencanakan gerakan yang menarik cuma di 15 minit terakhir perlawanan banyak gerakan yang menarik dari pasukan negara cuma penyudah dari penyerang negara kita agak tumpul.penyerang negara kita juga banyak menghampakan peminat bola di televisyen dengan gaya skil yang macam haram jadah, bajet macam 'Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi' dengan persembahan itu sudah cukup membuatkan gua benar-benar hampa..
walaupun negara kita sudah mencapai status negara maju malah lebih maju dari vietnam, tapi dalam permainan bola sepak, negara kita jauh ketinggalan dari vietnam..hal ini patut di ambil serius oleh sultan bola supaya sukan nombor satu negara kita tidak dipandang remeh oleh pasukan lawan.
12/17/2010
Mandarin As A Second Language (MESL)
12/15/2010
Eye Candies : Skala Alam Semesta dan Anda
What’s happening guys?
Adakah kamu pernah terfikir berapa luaskah alam semesta ini? Well, selalu kita dengar dalam lirik lagu “I’m at the center of the universe” or something like that. But, to our surprises, alam semesta ini terlalu luas untuk diandaikan sebegitu.
Di website Primax Studio ini anda boleh lihat visualisasi / visualization untuk skala alam semesta yang dinisbahkan mengikut ukuran masing-masing. Cool site, I must say.
Original site : Pixma Studio
Kredit kepada Suhaimi Ramly.
12/10/2010
Eye Candies : Jika Browsers Adalah Hollywood Celebrities (LOL)
(klik gambar untuk saiz penuh) |
12/07/2010
Menang Bergaya Umpama Menang Piala
pertemuan dengan pasukan belasah iaitu Laos bukan la tugas mudah buat pasukan negara untuk menjinakkan mereka sampai ke tahap sebegini rupa..seperti yang kita tahu, pasukan negara berada pada ranking yang ke seratus lebih manakala Laos pula berada di ranking seratus lebih skit dari negara kita..diatas kertas lebih jelas memihak keatas pasukan negara..dalam edisi Piala Suzuki ini mereka telah berjaya mengikat pasukan Thailand pada perlawanan pertama dan berjaya menambah koleksi dengan 6 gol bolos kepada pasukan Indonesia..
apabila sepak mula dijalankan, gua terus keluar rumah berjalan-jalan sekitar lembah kelang dan akhirnya pasukan negara berjaya membaham pasukan Laos dengan kemenangan 5-1..dan sekalung taniah di ucapkan kepada meraka dari kami pasukan blogbuster..
12/03/2010
Fact : Tanaman-Tanaman Yang Merbahaya
Guess what? Aku pernah mempunyai impian bercinta dengan botanist, sebab bagi aku botanist ni sexy. Lagi-lagi macam Poison Ivy dalam komik Batman tu. Slutty habis!
But then, pernahkah kamu terfikir bahawa pokok bunga yang terdapat di halaman rumah kamu sekarang boleh membawa kematian?
Check out some of these world’s most dangerous species of plants.
‘Pak Guard’ / ‘Mak Guard’ semulajadi : Cnidoscolus angustidens / ‘Mala Mujer’
Dalam bahasa Spanish, ‘Mala Mujer’ membawa maksud ‘Perempuan Jalang / Jahat / Syaitan’. Dikatakan bahawa tumbuhan laman ini lebih kepada membawa kesakitan berbanding beracun disebabkan hampir 80% daripada keseluruhan tumbuhan ini diselaputi oleh duri tajam dan kelihatan seolah-olah ‘bertompok-tompok’ sekiranya dilihat dari jauh. Namun, bukanlah duri itu ancaman yang sebenarnya. Apa yang menjadikan tumbuhan ini berbahaya adalah getah yang terkandung di dalamnya yang mampu menyebabkan extreme pain (kesakitan melampau) yang boleh berpanjangan sehingga berjam-jam dan ada kes sehingga berhari-hari malah, berminggu-minggu! Chaos tak chaos la aku cakap kau.
Si Cantik Tak Manis : Nerium oleander
Aku ada anak sedara yang baru setahun lebih usianya yang sangat gemar petik bunga dan suap dalam mulut. Dan nampak gayanya aku kena lebih berhati-hati di masa depan. Ini kerana, despite of how beautiful this one looks, ianya boleh menyebabkan kegagalan jantung dan terdapat kes yang melaporkan kematian berkenaan tumbuhan sekor nih. Cibai. Sekali pandang macam orkid sial. Terdapat juga kes di California di mana seorang wanita dijatuhkan hukuman akibat cubaannya membunuh suaminya menggunakan tumbuhan ni. Psyche and sicko, I must say.
Pengeluar ‘Serbuk Zombie’ : Brugmansia / Angel’s Trumpet
Tapi…tapi…sumpah pokok ni cantik, kan? Tapi…tapi…kamu tau tak pokok ni ada beberapa toksin yang sangat ohsem seperti atropine, hyoscyamine, and scopolamine di mana terdapat laporan di Colombia, penjenayah-penjenayah meng-ekstrak toksin-toksin tersebut untuk dijadikan dadah lantas menjadikan mangsa-mangsanya ‘unaware of what they are doing but entirely conscious’. Kiranya macam zombie la. Toksin-toksin tu pulak kalau kamu nak tau boleh di-absorbed through the skin and mucous membranes, allowing criminals to simply blow the powder in a person's face. Kedengarannya apa itu sih?
Buah Terlarang : Choke Cherry / Wild Cherry
Admit it, buah ni nampak sangat eatable, kan? BUT, untuk pengetahuan kamu, buahnya takde masalah untuk dimakan, tapi ranting dan daunnya adalah mengandungi hydrocyanic acid, yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan kegagalan sistem respiratori sekiranya di-consume. But then again, which moron will eat the ranting, kan? Daun? Oh, mungkin dijadikan ‘tisu pengelap najis semulajadi’.
Cleopatra’s Favorite Seeds : Strychnine Tree
Mangsa akan mengalami muntah-muntah, pengcutan otot dan convulsions once consumed it. Ini kerana, seperti namanya, Strychnine Tree mengandungi strychnine dan brucine, yang boleh membawa kepada kematian. Cis, rupa dah sebijik macam buah jeruk yang selalu aku makan tu dah.
Pembunuh Ibu Presiden : Snakeroot / Eupatorium rugosum
Ramai yang consume susu lembu. But beware, mungkin susu lembu itu datangnya dari lembu yang tersalah makan tumbuhan ini yang mengandungi tremetol, sejenis alkohol yang boleh menyebabkan ‘muscle tremors’ pada haiwan sebelum menyebabkan kematian. Ini boleh mengakibatkan ‘milk sickness’ (akibat keracunan tremetol). In fact, yang menyebabkan kematian Nancy Hanks, ibu kepada presiden Abraham Lincoln adalah ‘milk sickness’, bukannya secara direct-contact dengan tumbuhan ini.
Rhododendron
Rhododendrons dan ‘azalea bushes’ (a variety of rhododendron), kelihatan sangat cantik sekiranya berada di halaman rumah pada musim bunga. Tetapi, berhati-hati dengan daun dan madu daripada nektarnya – kedua-duanya sangat bertoksik. Ingesi (kemasukan) secara feko-oral (mulut) akan menyebabkan mulut seolah-olah ‘terbakar’, peningkatan air liur yang berlebihan, muntah-muntah, cirit-birit dan gatal-gatal pada kulit. Sakit kepala, lemah otot dan kekaburan pandangan mungkin akan berlaku sebagai simptom. Jantung pula akan mengalami penurunan degupan dan mungkin mengakibatkan koma sekiranya lewat diberi rawatan. Damn tits.
Castor Bean / Ricinus communis
Pergh! Nama pun dah komunis la sial. Castor Bean ni buahnya seakan-akan bijik getah yang selalu kita tengok tu. Pokok ni menghasilkan ‘castor oil’ yang banyak digunakan bagi tujuan tertentu seperti ramuan dalam anti-fungal, pembedahan plastik, etc. Buahnya mengandungi ricin, sejenis toksin, yang juga hadir dalam batang tumbuhan ni. Bahayanya, buah Castor Bean ni sangat bertoksik yang boleh menyebabkan nausea, kekejangan perut, muntah (after effect of the nausea), pendarahan dan akhir sekali kegagalan sistem metabolik, which is sangat pasti boleh menyebabkan kamu dihantar ke wad sekiranya tertelan.
Pembunuh Comel Yang Ditakuti di Amerika Utara : Water Hemlock / Cicuta douglasii
Tak lengkap list kalau tak ada tumbuhan ni. Tumbuhan ni mengandungi cicutoxin, yang boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang sangat teruk – mengakibatkan hilang kesedaran tubuh dan kesedaran sivik (LOL) dan kontraksi otot yang kritikal, yang menyebabkan kematian sekiranya ter-consume.
Ini cuma sebahagian daripada tumbuh-tumbuhan berbahaya dan beracun di dunia. Sebenarnya ada banyak lagi. Kau orang rajin-rajin la baca. Jangan malas pergi perpustakaan. Jangan hisap dadah kalau tak nak mati bodoh.
p/s : Pihak Blogbusters tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada di kalangan pembaca yang gatal-gatal nak cari tumbuhan ni lepas ni and then BAM! Mampus. Ini cuma sekadar pengenalan. Okay? Tiada di kalangan kami yang sudah pun mendapat gelaran doktor perubatan, walaupun Paan Ovrtd adalah seorang pelajar jurusan Teknologi Makmal Perubatan. Read on your own risk.
Kredit :
12/02/2010
Bila Nik Aziz Jadi 'Liberal'
Are you freakin' kidding me??? |
Source: FOA |
Kenapa Penjahat Mahu Menguasai Dunia?
- Dunia pertahanan.
- Dunia permotoran.
- Dunia pelacuran.
- Dunia perbankan.
- Dunia hiburan (wah!)
- Dunia Sebelah Zara (nak juga kan? Ketawa)
- Duniaku Duniamu (DKDM - penghargaan buat saudara untuk saudara)
- ...dan pelbagai dunia lagi.
- Dunia kematian (Lord Voldermort pun takut)
- Dunia Belum Berakhir (apa kau ingat tajuk lagu?)
Aku nak menguasai dunia juga, mungkin.
12/01/2010
Kau Perasan Tak?
Heh.
Bukan sekarang lagi..dari dulu lagi dah ada!
Lebih-lebih fasal pencarian bakat-bakat baru yang bakal mewarnai dunia hiburan tanah air. Warna la sangat!
Besar betul industri kita, kan? sigh!
Sampaikan budak-budak kecil pun dah disogokkan dengan pencarian bakat baru. Name it a few. Ada Bintang Kecil dan yang paling baru di Astro Ceria tu..apa ntah.
Aku, sebagai orang dewasa melihat perkembangan ini sebagai suatu yang sedikit membimbangkan.
Kita sudah jauh menjadi Hedonistik!
Tak lama lagi musim baru Mentor 5. Aku dah tengok promonya semalam. Aku ingat dah takde!pftthh
Pihak TV nak menjaga ratings. Bila ratings terjaga, iklan banyak masuk, marketing kaw-kaw orang beli barang, orang TV akan dapat untung.
Penjanaan iklan di waktu puncak selalunya akan memberi keuntungan berlipat ganda kepada stesen TV.
Tak caya?
Cuba tengok waktu perdana dari pukul 8-11 malam
Cuba bilang berapa banyak iklan disiarkan di waktu tersebut.
Masa kau tengok Asmara ke, Seram ke, Halimah Jongang ke apa-apa lah (just named a few)
Banyak tak iklan? Perhatikan iklan jenis apa yang disiarkan. Selalunya iklan dari syarikat-syarikat besar.
Merungut tak korang masa tengok cerita iklan berjela-jela
Jadi, apa kaitannya hiburan dengan waktu perdana?
Hiburan disiarkan malam.Kau namakan aja program reality TV tempatan yang disiarkan waktu perdana. Dengan kutipan SMS undi, iklan lagi? Banyak ok! Kayo..kayo
Realiti TV boleh dikatakan sebagai salah satu produk. Intangible—makna kata kau tak boleh sentuh---tapi mendapat satisfaction apabila peserta yang kau undi tu menang.
Secara tak langsung, ia boleh dinamakan sebagai Investment kepada artis yang baru-baru nak jadik tu.
Bila dah jadik artis, si polan tu kena pandai market untuk popular. Mereka ini membawa brand nama mereka sebagai sebuah ‘produk’. Kena pandai susun marketing mix yang lain "price", "promotion", "place", "people" sebelum bleh buat analisa SWOT..kot2 la album pertama flop ke apa..
Produk yang bagi aku secara sinikalnya..tak membawa kemana-mana kalau ala2 suam-suam kuku macam air milo aku sekarang ni.
Kenapa tak banyakkan rancangan macam ‘Spell-It-Right’ kat stesen TV?
Kenapa tak banyakkan rancangan cipta gadget, Malaysian Brightest Kid (mcm rancangan Singapore Brightest Kid), Apperantice versi Malaysia ke (dulu ada,,tapi pastu macam dah dihentikan).
Ini tak sudah nyanyi-nyanyi
Menari-menari.
Main kuiz-kuiz tanya pasal dunia hiburan.
Kan baik tanya pasal sejarah ke, geografi ke.
Buatla Malaysian Brightest Celebrity.
Tepuk sorak. Hibur kosong…