12/18/2010

Akhirnya Berada Di Perlawanan Akhir

ya ucapan taniah kepada pasukan negara yang telah layak ke perlawanan akhir piala Suzuki tahun 2010 dengan kemenangan agregat 2-0 ke atas vietnam..pada perlawanan ulangan di hanoi boleh dikata antara paling "menarik" gua pernah tengok dimana pemain negara malas berusaha untuk mencari gol seolah-olah sudah cukup berpuas hati dengan kelebihan 2 gol di tempat sendiri..

hal ini mengingatkan gua pada perlawanan bola sepak di zaman sekolah rendah gua dimana gua bermain di posisi pertahanan kiri, ketika itu pasukan gua mendahului pasukan juara bertahan dengan jaringan 1 gol di awal separuh masa pertama..bila half time, " asal dapat bola kamu sepak bola tu jauh-jauh dari kawasan pasukan kita nanti pandai-pandailah penyerang kita kejar " kata cikgu yang mengarahkan pemain pertahanan buang bola jauh ke kawasan lawan..gua syak K.Rajagobal pernah jadi coach bola cikgu gua..

disini gua mengucapkan beribu-ribu lemon terima kasih kepada penjaga gol negara kita yang bertindak cemerlang pada malam ini menangkis segala asakan dari pasukan vietnam..perlawanan pada malam ni tak ubah seperti perlawanan budak sekolah bawah 12 tahun, dimana kerja pertahanan negara mengeluarkan bola dari kawasan negara dan meletakkan seorang pemain untuk mengucar-kacirkan pihak lawan.

pemain perancang negara kita juga seolah-olah hilang idea untuk merencanakan gerakan yang menarik cuma di 15 minit terakhir perlawanan banyak gerakan yang menarik dari pasukan negara cuma penyudah dari penyerang negara kita agak tumpul.penyerang negara kita juga banyak menghampakan peminat bola di televisyen dengan gaya skil yang macam haram jadah, bajet macam 'Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi' dengan persembahan itu sudah cukup membuatkan gua benar-benar hampa..

walaupun negara kita sudah mencapai status negara maju malah lebih maju dari vietnam, tapi dalam permainan bola sepak, negara kita jauh ketinggalan dari vietnam..hal ini patut di ambil serius oleh sultan bola supaya sukan nombor satu negara kita tidak dipandang remeh oleh pasukan lawan.

6 comments:

avid gunner berkata...

result dah tepat, tapi sbg pure football fan aku demand malaysia main biar ada seni sikit. berani la sikit main passing football. midfield pun kadang2 deep sangat press.

defensive punya pasal, gua takde hal la memandangkan kita dah lead 2-0 pun. btw, teruskan bertahan teguh macam tadi kat final nanti.

kot2 boleh menang penalti dan jadi juara terus.

Mr.Clive berkata...

hoho

kahirie berkata...

majulah sukan permotoran untuk rempit!!!!

RS berkata...

setuju bro.tetapi bro.rileks bro.ini semua juga taktik rajagopal bro.but yeah we r happy malaysia is in the final!!!

Nurulbadiah Lai berkata...

i hope malaysia can win..thats it

Shahrul Tanaka Safeai berkata...

avid: gua harap dorang boleh main macam barcelona.

clive: hehehe!

kahirie: woi ni bukan gear tertinggi

RS: I'm happy now..tapi permainan mereka tidak menunjukkan semangat kesukanan apatah lagi semangat untuk berjuang

Nurul: i hope so..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...