Pages

12/01/2010

Kau Perasan Tak?

Kau perasan tak rancangan sekarang ni lebih banyak hiburan?

Heh.

Bukan sekarang lagi..dari dulu lagi dah ada!

Lebih-lebih fasal pencarian bakat-bakat baru yang bakal mewarnai dunia hiburan tanah air. Warna la sangat!

Besar betul industri kita, kan? sigh!

Sampaikan budak-budak kecil pun dah disogokkan dengan pencarian bakat baru. Name it a few. Ada Bintang Kecil dan yang paling baru di Astro Ceria tu..apa ntah.

Aku, sebagai orang dewasa melihat perkembangan ini sebagai suatu yang sedikit membimbangkan.

Kita sudah jauh menjadi Hedonistik!

Tak lama lagi musim baru Mentor 5. Aku dah tengok promonya semalam. Aku ingat dah takde!pftthh

Pihak TV nak menjaga ratings. Bila ratings terjaga, iklan banyak masuk, marketing kaw-kaw orang beli barang, orang TV akan dapat untung.

Penjanaan iklan di waktu puncak selalunya akan memberi keuntungan berlipat ganda kepada stesen TV.

Tak caya?

Cuba tengok waktu perdana dari pukul 8-11 malam
Cuba bilang berapa banyak iklan disiarkan di waktu tersebut.
Masa kau tengok Asmara ke, Seram ke, Halimah Jongang ke apa-apa lah (just named a few)
Banyak tak iklan? Perhatikan iklan jenis apa yang disiarkan. Selalunya iklan dari syarikat-syarikat besar.

Merungut tak korang masa tengok cerita iklan berjela-jela

Jadi, apa kaitannya hiburan dengan waktu perdana?

Hiburan disiarkan malam.Kau namakan aja program reality TV tempatan yang disiarkan waktu perdana. Dengan kutipan SMS undi, iklan lagi? Banyak ok! Kayo..kayo

Realiti TV boleh dikatakan sebagai salah satu produk. Intangible—makna kata kau tak boleh sentuh---tapi mendapat satisfaction apabila peserta yang kau undi tu menang.

Secara tak langsung, ia boleh dinamakan sebagai Investment kepada artis yang baru-baru nak jadik tu.

Bila dah jadik artis, si polan tu kena pandai market untuk popular. Mereka ini membawa brand nama mereka sebagai sebuah ‘produk’. Kena pandai susun marketing mix yang lain "price", "promotion", "place", "people" sebelum bleh buat analisa SWOT..kot2 la album pertama flop ke apa..

Produk yang bagi aku secara sinikalnya..tak membawa kemana-mana kalau ala2 suam-suam kuku macam air milo aku sekarang ni.

Kenapa tak banyakkan rancangan macam ‘Spell-It-Right’ kat stesen TV?

Kenapa tak banyakkan rancangan cipta gadget, Malaysian Brightest Kid (mcm rancangan Singapore Brightest Kid), Apperantice versi Malaysia ke (dulu ada,,tapi pastu macam dah dihentikan).

Ini tak sudah nyanyi-nyanyi
Menari-menari.
Main kuiz-kuiz tanya pasal dunia hiburan.

Kan baik tanya pasal sejarah ke, geografi ke.

Buatla Malaysian Brightest Celebrity.

Tepuk sorak. Hibur kosong…

10 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Kalau tak penuh hiburan, bukan negara kita~

beautiful_rose berkata...

orang kita mmg suka di sogokkan dengan hiburan.cuba rancangan berbentuk ilmiah,berapa ramai yang berminat nak tengok?






nasib aku bukan penonton tegar tv.

avid berkata...

sebenarnya tak salah pun nak letak rancangan hiburan kat tv. after all, orang nak tengok tv untuk berhibur. lain la nerd mcm aku, tgk tv pun kena berilmiah. bukan suma org nerd kan?

cuma kalau dah hiburan tu kosong, pointless, merepek dan takde variasi, banyak pulak tu, jadi menyampah la pulak...

Faizal Sulaiman berkata...

LORD ZARA 札拉 ---)betul tu zara.entah apa yang dikejar, pun tatau la.

Faizal Sulaiman berkata...

beautiful_rose ---)merepek-repek hiburan skunk.kosong je.huhu

Faizal Sulaiman berkata...

avid gunner ---)aku..nerd jugak.hahahahahaha

sungguh weh.hiburan zaman skunk ni macam jadah apa ntah.pointless bak kata ko tuh which is pathetic utk kita yg terpaksa menghadapnya..

deus X machina berkata...

1Malaysia Hiburan Diutamakan, Artis Didahulukan

Shahrul Tanaka berkata...

pemimpin sekarang gemar melahirkan karyawan dari jadi saintis.

Ifah berkata...

hiburan itu perlu, tp skrg melampau-lampau.
nak sgt ikut trend artis konon, ap jd ngna remaja skrg. grrrrr

2XTRAORDINARY berkata...

aku manusia paling gembira kalau ada rancangan hebat seperti ARE YOU SMARTER THAN 5TH GRADER. perghhhh!! buat revision mata pelajaran sekolah dedulu! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...