Pages

12/22/2011

Instrumental Ombak Rindu

seperti yang kita tahu, tayangan filem ombak rindu sudah mencapai kutipan RM 10juta. satu kejayaan luar biasa bagi filem tangkap cinta cintun dan meleleh air mata dalam industri perfileman negara. kejayaan filem ini juga boleh dikatakan kerana kehebatan terdahulu pada versi novelnya yang ditulis Fauziah Ashari sehingga novelnya itu di angkat ke layar perak.

kebiasaanya setiap filem mestilah diserikan dengan lagu tema,lagu yang mampu menaikkan mood penonton ketika menonton filem.jadi terimalah lagu tema ombak rindu versi instrumental ini dari tiupan rekoder, gitar dan flute dari Ilham Subri.





notabuster: rasa macam nak pergi tengok ombak rindu lagi sekali! hahaha

12/20/2011

Panglima Perang Myspace

LOL!

video parody dari panglima perang myspace pula! jaga-jaga panglima perang umno. dengar khabar back up panglima myspace ni ada seluruh dunia.

kah kah kah! jaga korang jaga!

Lagi Isu Pasal Bendera

Kerana Bendera

" Ini bukan gangster la, ini panglima melayu " " wah-wah "


Sedikit komen dari pengunjung youtube :

 " contoh anjing sarung costume manusia..turun bendera sanggup pegi cari..hina agama Islam mu boleh senyum... "

" bang, islam kan? yang tolak hudud tak nak tumbuk ke? chua soi lek hina islam xnak tumbuk ke?
Kesian bang, pakai baju lusuh, topi lusuh, pencukur tak mampu beli nak cukur misai..org Umno ketua bahagian jkk kaya dapat projek kampung, abang dapat ape bang? belajar tinju dapat la kot? "

amaran keras, jangan libatkan diri anda dengan aktiviti kurang sihat. Fikir dulu sebelum buat kerana di luar sana terdapat banyak panglima-panglima melayu. 

12/19/2011

Armour X, Aksi Superhero Malaya

Tahukah kalian selain superhero realiti seperti Chempiang, terdapat lagi superhero yang boleh dikira ala-ala Tokusatsu, gaban, kamen rider malaysia yang telah wujud. Tetapi mungkin ada masalah sambutan la pada masa tu. Movienye bertajuk 'Armor-x'. Aku pernah membaca artikelnya dalam majalah gempak. Tak pasti keluaran isu berapa. Yang pastinya ialah filem ini hasilnya buatan Malaysia. Serius aku nak filem macam ni lebih banyak bertapak di Malaysia. Tapi, Sayangnya tidak dapat bertahan. Pihak syarikat motosikal kris juga ada menyumbangkan motosikal prototaip yang awesome untuk filem ni. Bukan senang nak tengok kelainan dalam industri Malaysia. Cukuplah berlambak cerita cinta, seram, komedi dan aksi yang kurang mantap. Tolong puaskan satu golongan yang dahagakan superhero dari tanah airnya sendiri. Please Yoooo....


Trailer yang buat korang "Caiya"


Aku rasa ia dikeluarkan dalam bentuk vcd or Dvd. Kalau sapa mempunyai hard copynya dipersilakan berkongsi. Sebab kesenian Malaysia memang membutuhkan semua ini. #LOL

Mantera : Filem Futuristik Malaysia

Di saat kita sedang hangat menyaksikan filem buatan hollywood berbentuk sci-fi seperti transformer, real steel dan sebagainya. Pasti ada yang tertanya-tanya bilakah industri tempatan akan menghasilkan filem sci-fi berbentuk mecha dan cyborg ini. Kini penantian itu boleh terubat dengan muncul sebuah filem sci-fi yang digarapkan oleh sekumpulan anak melayu iaitu 'Mantera'. Walaupun kesannya tidak cukup setara seperti teknologi barat, sekurang-kurangnya kita mempunyai permulaan untuk bertapak memajukan industri tempatan.


Filemnya mengisahkan mengenai seorang budak bernama Azman menemui sarung tangan berteknologi nano yang membolehkan motosikalnya berubah bentuk menjadi baju zirah mekanikal. Filem ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru, diantaranya ialah Tomok, Syikin Kamal dan beberapa pelakon baru Malaysia. 

Filem ini telah diterbitkan oleh Flare Studio dengan bantuan Spacetoon International dan diarahkan oleh Mohd Aliar Ally @ ALIYAR ALIKUTTHY

Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor. Ia membabitkan perselisihan dua kumpulan robotik seperti mana cerita Transformers dan Iron Man.


Menurut Ketua Pegawai Perhubungan dan Komunikasi FSSB, Khairul Anuar Md. Ariff, filem ini menjalani penggambaran sebanyak 40 peratus di luar negara iaitu di Dubai dan Rusia serta turut dibintangi oleh para pelakon antarabangsa.

Antaranya ialah seperti Wael Al-Masri dari Dubai, Ayman, Mikhail Dorojkin,Said Dashuk-Nigmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Ms. World 2008, Natalya Shmarenkova @ Kamaliya.

Kos penggambaran di Dubai dan Rusia, sebahagian besarnya telah ditanggung oleh Spacetoon International iaitu rakan kongsi FSSB untuk filemMantera.


Filem arahan Mohd. Aliar Ally ini juga menggabungkan teknologi perfileman Rusia dan hanya melibatkan 20 peratus CGI sahaja.filem ini turut akan ditayangkan di 38 buah negara di sekitar negara-negara di Asia Barat, Asia Timur dan Eropah Timur," kata Khairul Anuar.

Filem ini juga dianggarkan kosnya sebanyak 5.5 juta dan tidak dipastikan lagi. Diharapkan filem ini mampu membuka mata penonton-penonton Malaysia tentang kewujudan teknologi di Malaysia dan mengurangkan masalah-masalah yang selalu berlaku dalam pengeluaran filem-filem sekarang. 






+Sumber 

Panglima UMNO Versi Remix.

LOL!


Ludah Muka Mahasiswa?



Ludah Amerika - hujan


" Jangan sampai kami jumpa kau, kami tampar kami ludah muka kau, jangan sampai satu hari kami jumpa, kami ludah. Berani kau kurang hajar dengan kami ye. Ini semua panglima-panglima perang tau, ini semua panglima-panglima melayu. kami tak gentar!!!! takbir! Allahuakbar! Takbir! Alahuakbar! Umno?? 


Sedikit rentetan :

Jika dikaji sejarah umat Islam, akan ditemui salah satu subjek yang menyebabkan umat Islam saling berselisih adalah berkenaan politik. Perselisihan ini bukan sekadar debat dan saling memulau, akan tetapi menyebabkan pengangkatan senjata dan pertumpahan darah.

Sebenarnya Islam sudah meletakkan kaedah politik yang tersendiri. Sebagai agama yang lengkap, Islam tidak lupa akan isu politik dan kepimpinan. Hanya saja di kalangan umat Islam ada di antara mereka yang tidak sampai ilmu berkenaan hukum politik Islam, atau mereka salah faham terhadapnya, atau mereka mentakwilkannya atas sebab-sebab tertentu.

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir.” [al-Maidah 5:44]

Untuk Kandungan terperinci mengenai politik sila baca dan fahami:
Hafiz firdaus


anak diorang takde yang belajar ke? ke semua rempit. Opsss sori.

12/16/2011

12/15/2011

Acheh Haramkan Punk Rock :Punkers Dibotakkan Pihak Berwajib

Di bandar Acheh, seramai 65 remaja yang berpakaian seperti seorang punkers ditangkap dan dibasuh oleh pihak berkuasa di sana kerana ia dianggap sebagai satu ancaman kepada umat islam yang lain. Mereka terdiri dari 59 remaja lelaki dan 6 remaja wanita. Mereka merupakan pendengar muzik punk, tetapi rantai leher dan semua peralatan mereka di buang ke dalam kolam. Kemudian mereka terpaksa melepakkan diri di dalam kolam tersebut untuk permbersihan rohani katanya. Aku tak tahulah apa punya pemikiran sesetengah rakyat Indonesia ni.



65 orang remaja ini kemudiannya dihantar ke sekolah polis untuk menerima bimbingan mental dan rohani selama sepuluh hari. Hanya selepas itu mereka dibenarkan pulang ke rumahIa adalah usaha terbaru dari pihak berkuasa disana untuk menggalakkan nilai-nilai moral yang tegas di Aceh, lebih dari 240 milion orang di sana telah dikenakan dasar undang-undang sebegini.













Zina dihukum dengan cara merejam sehingga matihomoseksual telah dimasukkan kedalam penjara ataupun merotannya di khalayak ramai dengan rotanwanita telah diberitahu bahawa memakai tudung adalah suatu kemestian, tetapi seluar yang ketat adalah diharamkan di sana. 







Fauzan, 20 tahun " kenapa rambut saya menjadi mangsa? sedangkan ia tidak mengganggu orang pon".

Obiefiend berkata

This is just so damn ridikeles but at the same time so damn lol. Ridikeles pasal pihak polis menahan orang atas dasar cara pemakaian mereka. Lol pula pasal Indonesia is LOLercopter.

Diharap pihak berkuasa Malaysia tidak akan melakukan perkara yang sama di Malaysia. Bukan apa bro, kalau pihak berwajib keagamaan kita buat benda yang sama nanti Indo akan cakap "Dasar Malon! ini juga mau dimalingi Malinshit ya?" . Jadi untuk menjaga maruah negara dan menyelamatkan keduataan kita dari dibaling tahi lagi, aku berharap Malaysia tak akan buat benda bodoh macam ini.


+sumber

12/13/2011

Lepas Berak Kambus la


Mende macam ni korang buang korang rasa. JIJIK tak???





Kalau korang renung-renungkan bermakna bende lain yang korang fikirkan.

Masa Yang Akan Dihentikan

detik berganti saat,saat berganti minit dan minit berganti jam..

itulah kitaran kehidupan sebuah jam yang terlekat di dinding,ianya dipandang sepi oleh kita..

dari hari ke hari dunia semakin tua dan tenat cuma menanti hari untuk dimatikan..

adakah taubatku akan diterima lagi?

12/08/2011

Versi Lelaki 'Love You Like A Love Song' #OHSEMLAH

Mendengar lagu ini di-improvise oleh artis YouTube bernama Sami, aku dah tak rasa gay-ish bila mendengarnya.

Kahkahkah

Dengarlah. Osem suara beliau!


12/01/2011

Snow White and the Huntsman: Official Teaser Trailer


Tak sangka legendary tale kanak-kanak dijadikan sebagai sebuah cerita serius.

Harapnya filem ini tidaklah se-CRAP Red Riding Hood walaupun filem itu menawarkan hero yang cukup menggiurkan.Slurpp slurpp.

Enough chat baby. Meh kita tengok beberapa footage filem lakonan Twilight babe-Kristen Stewart (jujur aku tak berapa berkenan dengan peranan dia sebagai Bella yang cakap pun macam mumbling), Oscar Winning Actress-Charlize Theron, Thor heartthrob-Chris Hermsworth dan Sam Clafflin (sailor yang menyelamatkan si duyung jelita dalam Pirates of the Caribbean:On a Stranger's Tide)

Snow White mencarik-carik di balik hutan


Evil Queen: Nganga luas-luas mulut kau. Aku nak sedut. Ini cara CPR yang baru, tahu?
Gadis tak bernama: Sakitla bodo!!


Nak jadik muda kena mandi susu. Takda susu, kapur kasut pun boley. Ko ade?


Konfrontasi dengan cermin. Tuankulah paling chuantekkk compared dengan patik


Plot ni semua kita tahu. Dalam buku sekolah tadika Kampung Kelipat Tujuh Likur* pun ada okey.

Snow White anak raja. Well mestilah cantik kan? Kata puteri raja. Maknya dah mati jadi bapak dia kahwin sorang lagi kepada seorang Evil Queen.To be exact Evil Queen ni ada cermin sakti. Mestila kan. Dah kertu mesti nak sentiasa tengok cermin.Betulkan few wrinkles seribu tuh.hahaha. Cermin magic tu boleh menentukan siapa paling chuantekkk dalam alam buana ni with a few magic words

'Mirror mirror on the wall. Who's the fairest of them all?'

Snow White dihantar ke tengah hutan untuk dibunuh tapi berjaya melarikan diri lalu terjumpa dengan tujuh orang kerdil. Evil Queen tak pueh hati. Cuba jejak Snow White dengan mengumpan sebijik epal dan bila dimakan, hanya true love kiss yang boleh membangunkan Snow White yang pengsan itu. And they live happily ever after..

Fuh! Dah habis ye adik-adik ceritanya.

Dalam filem ini, ditwistkan sedikit plotnya dimana the Huntsman (Hermsworth) yang ditugas untuk membunuh Snow White (Stewart) berkomplot (insaf kut) bersama untuk memusnahkan kerajaan kuku besi Evil Queen-Raveena (Theron) selain cinta bersegi antara Snow White, Huntsman dan Prince (Clafflin)

Baris...baris sedia!!!


Marikita berperang!!!!


Apa dah jadi dengan muka mek???


Filem ini kelihatan dark. Which is good for me. And for your info juga sebuah filem adaptasi dari Snow White berjudul Mirror Mirror bakal ditayangkan. Ia lebih kepada comedy flick dan Oscar Winner Julia Roberts ditugaskan memikul watak Evil Queen.

Snow White and the Huntsman dijadualkan ditayang SUMMER 2012



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...