Pages

6/21/2011

Kisah Penantian, Blackrose

Generasi sezaman dengan aku pasti pernah mendengar lagu rock kapak meleleh dari band Blackrose berjudul ‘Penantian’

Masa kecil dengar lagu ini diputarkan sambil membuat kerja Pendidikan Seni yang paling dibenci, aku terpegun dengan vokalis Blackrose.

Tetapi selepas mendengar lagu ini, siap dengan sing along, rupanya selepas aku google engine video terbesar YouTube, lagu Penantian ini telah dirakam dengan DUA versi!

Versi asal dipercayai dinyanyikan oleh vokalis Gersang- Man Bai manakala Versi ke dua dinyanyikan oleh vokalis Blackrose: Ajin

Sumber ini diperoleh dari Youtube.


Versi Vokalis Blackrose: Ajin (Klik link kalau vid tak load)



Versi Band Gersang, Vokalis Man Bai (Klik link kalau vid tak load)

Menurut YouTube yang menyiarkan Blackrose versi Ajin, pemerhati muzik 90 an dulu mengatakan vokalis Blackrose ni tak boleh menyanyi secara live selain lagu Penantian ini telah dirakam banyak kali untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Versi untuk Man Bai, diubah pada lirik pertamanya daripada..

Dikamar ku menyepi kepada Sepi di kamar ini

11 comments:

memmetlenggeng berkata...

Maaf, setahu saya lagu ini tidak pernah dinyanyikan oelh Man Bai. Memang ada dua version, tetapi bukan dinyanyikan oleh man bai.

bz the witch berkata...

thn 91 kumpulan ni memang top, minat ajin dan shahrin masa tu. lagu ni memang best...

Tanpa Nama berkata...

Maaf,apa yg saya faham versi 'sepi di saat ini' dirakamkan bg tujuan pasaran ke indonesia krana masalah penerimaan bahasa oleh org di seberang...itu yg saya faham...kedua2 versi dinyanyikan oleh vokalis yg sama iaitu Ajin sdiri...mmg ujud kontroversi waktu itu krana sudah hmpir mjelang AJL 91...tp mario(bassist)udah menerangkan sgalanya kpada smua pihak...final AJL mereka tetap memberi psembahan pada versi yg ptama...sama jg dgn kes kumpulan exist dahulu ketika mereka juga mpunyai masalah penerimaan bahasa ketika ingin memasarkan album Diam mu Gunung Berapi ketika dulu di seberang...

Tanpa Nama berkata...

bangang apa admin blog ni.. mana ada manbai nyanyi lagu ni.. dengar semua lagu blackrose dulu laa baru tau.. suara manbai bukan mcm nie.. bodo..

Tanpa Nama berkata...

hahaha....admin blog nie ngokngek....
ade ke man bai nyanyi??adoii

Unknown berkata...

Elok jer suara ajin nyanyi kat basking,ajin sekarang ni tengah buat kerja sambilan jadi street musicsion.Masa ajl tu ajin tak cukup stamina nak nyanyi lagu penantian tu.Disamping ajin tensyen sebab dia tak der hati nak perform kat ajl.Tapi... sekarang ajin dah buktikan suara dia memang sedap didengar.

Tanpa Nama berkata...

Suara ajin mmg sedap. X dinafikan. Pd aku yg hancur masa live 91 Man. Mcm xpnh main gitar je mamat tu aku tgk. Ni pun aku baru sedar berapa taun sudah lepas tgk balik kat youtube. Taun 91 aku dibutakan dgn minat aku terhadap grup ni. Hihihi

Tanpa Nama berkata...

Masa tu ada dua lagu 'Penantian', satu lagu Blackrose satu lagi Febians. Tapi disebabkan populariti Blackrose, lagu Febians tenggelam sikit masa tu.

Febians naik masa lagu 'Eva Natasha' dan dalam era 2000-an lagu-lagu lama Febians pula jadi Legend termasuk lagu 'Penantian' tadi. Blackrose pulak terus hilang.

Sekarang, kalau tanya aku balik mana lagi best 'Penantian' Blackrose atau Febians, aku pilih Febians. Bila dengar balik memang Febians punya lagi best dia punya melodi dan lirik.

Hafiz M aka Jebat Jr berkata...

Jadinya....versi ke 2 Penantian dirakam tahun berapa? Dia duduk dalam album mana?

Tanpa Nama berkata...

Utk pasaran Indo je

Tanpa Nama berkata...

Penantian versi Msia dan Penantian versi Indoesia penyanyinya tetap Blackrose

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...