Pages

6/23/2011

Kreatifnya Seorang Pengarah

Seni Idea Terbaik

Shalom, kepada semua pembaca dan penulis BLOGBUSTER sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan beribuan terima kasih kepada Admin blog ini kerana sudi menerima penulis baru seperti saya disini. Memandangkan saya agak baru disini, saya ingin garapkan sebuah informasi menarik kepada anda semua.

Googles

Pasti korang semua pernah menonton atau pernah tertonton filem epik Lord Of the Ring : Trilogy. Sebuah filem yang memang tak disangka kehebatannya dan tersangatlah melampau efek khasnya. Pasti korang kenal dan mengenali pengarahnya yang kreatif lagi bijaksana iaitu Peter Jackson yang telah menghasilkan banyak filem yang memberi kesan yang amat mendalam.

Sedikit penerangan tentang pengarah kreatif ini. Nama penuhnya ialah Sir Peter Robert Jackson dilahirkan pada 31 Oktober 1961 dan dibesarkan di Pukerua Bay, sebuah bandar berdekatan pantai di Wellington. Rancangan yang memberi inspirasi kepadanya dizaman permulaan kariernya ialah sebuah Rancangan animasi stop-motion iaitu Thunderbirds.

Filem pertama PJ ialah sebuah filem bergenre Splatter comedy iaitu Bad Taste yang telah dihasilkan pada tahun 1983.Yang menariknya tentang cara pembikinan filem ini ialah ia dilakonkan oleh Peter Jackson sendiri dan juga sahabatnya secara percuma tanpa bayaran. Pengambarannya berjalan dengan lancar sehingga Peter Jackson mendapat kerja sepenuh masa dalam bidang perfileman. Filem Bad Taste mengisahkan tentang sekumpulan makhluk asing yang datang ke bumi untuk menjadikan manusia sebagai makanan mereka. Di dalam babak berlawan, semua aksi stuntnya dilakukan oleh Peter Jackson sendiri. Filem Bad taste telah mendapat anugerah dari Cannes Film Festival pada tahun 1987 dan telah terjual  di 20 buah negara. Korang semestinya perlu melihat sendiri filem ini kerana efek murah mereka memang menarik dan sememangnya kreatif. Malaysia rasanya tak terfikir ke nak buat filem komedi tahap bodoh tapi kreatif ni??? LOL

Dia juga pernah terlibat dalam penghasilan skrip untuk filem Nightmare On Elm Street. Filem yang dihasilkan seterusnya ialah Meet The Feebles (1989) dan disusuli dengan filem Horror comedy yang sangat menarik dan menampilkan kelainan yang mendadak iaitu Filem Braindead (1992). Idea asal dari co-produksinya dan telah digarap cantik oleh Peter Jackson menjadikan filem ini begitu luar biasa. Mengisahkan tentang kejadian zombie hasil dari kesan gigitan seekor binatang purba yang telah dibawa oleh sekumpulan pemburu dari sebuah pulau untuk dijual di zoo. Efek darah, teknik stop-motion dan efek make-up yang gore menjadikan filem ini berjaya menarik peminat untuk menonton filem bergenre gore ini.


Filem seterusnya ialah Heavently Creatures dan Jack Brown Genius pada tahun 1994 dan The Frighteners pada tahun 1996. Sehinggalah kemunculan filem teragungnya pada tahun 2002 dan 2003 iaitu diinspirasikan dari novel karya J.R.R Tolkien iaitu The Lord Of The Ring yang digarap sehebat mungkin untuk menjadikan filem ini tersenarai sebagai sebuah filem terhebat dan Super Power. Ia disusuli pula dengan filem remake dari filem King Kong versi hitam putih ke sebuah filem berwarna yang amat mengkagumkan dengan efek CGI yang Superb. Filem ini tidak menghampakan kipas susah matinya kerana ia disampaikan dengan begitu berkesan sekali.




Seterusnya Peter Jackson menghasilkan sebuah filem yang lain daripada yang lain iaitu District 9 pada tahun 2009. Filem ini memberi kesan yang amat mendalam kepada aku kerana perubahan gaya suntingan dan penyampaian yang amat berkesan sekali. Dari filem ini kita akan dapat mengetahui siapa yang jahat siapa yang kejam. Buang tanggapan anda mengenai makhluk asing yang datang ke bumi untuk memporak perandakan keadaan. Mereka sebenarnya datang secara damai untuk mengetahui cara kehidupan manusia tetapi kezaliman telah dilakukan oleh manusia tanpa ada rasa simpati dan manusia cuba menjadikan mereka sebagai bahan ujikaji. Pengalaman telah dirasai oleh seorang manusia yang secara tidak sengaja bertukar kepada sebahagian dari mereka. Bagi aku filem ini adalah yang terbaik.

google

Filem seterusnya ialah The lovely Bones (2009), dan filem terbaru arahan Peter Jackson yang bakal dikeluarkan tak lama lagi iaitu sebuah filem berbentuk animasi, The Adventure Of Tintin : The Secret Of Unicorn. Kalau korang tak tahu pasal tintin boleh google je. The Hobbit pula bakal dikeluarkan pada tahun hadapan. hehe

Aku preview pasal Peter Jackson sebab aku rasa dia adalah salah seorang pengarah yang berjaya dan mampu memberi kelainan dalam setiap penghasilan filemnya. Korang patut tengok dulu filem Bad taste dan bezakan dengan filem terbarunya. " Wow betul ke dia yang buat filem nih!!!! " haha. Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh cek wiki-wiki.


Producer

+Sumber : Wiki-Wiki+Google+Movies

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

1st....

Tanpa Nama berkata...

2st...

takky berkata...

wah, ade new author....
welcome 2 blogbuster....
^O^

Tanpa Nama berkata...

trimas2...hehe

Pais Mais berkata...

nko lempang nak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...