Pages

6/16/2012

Review Game : Shadow of colussus [PS2]


Duduk dirumah memang syok membazirkan masa terluang, lagi-lagi semasa time cuti ni. Jadi hargailah. Cuti aku dibazirkan dengan bermain game PS2 iaitu Shadow of colussus. Sedikit pengenalan dan pengetahuan jalan cerita game ni. Game ini mengisahkan tentang seorang anak muda berhati keras bernama Wander. Dia mendapat kesulitan disebakan awek dia sudah mati. Jadi inilah sebabnya dia datang ke Pulau Terlarang. Nama sebenar tempat ini pun aku tak pasti. mungkin Shadow of Colussus la kot. Dia bersama kudanya datang dari jauh. Kawasan tu memang tiada habitat. Kisahnya Wander ni terpaksa melawan 16 ekor binatang yang memang besar gedabak bergelar colussus atau patung besar. Dia diperintah oleh satu suara ghaib yang ada di sebuah kuil untuk membunuh semua binatang ni, jika mahu aweknya hidup kembali. Jadi Wander pun terpaksa mengambil risiko dengan mendengar perintah suara ghaib itu. Dan akhirnya yang menjadi mangsa ialah pemain yang bermain game tersebut. Aku diantara mangsa-mangsa tersebut.

Aku tak rasa game ini memualkan. Cuma tahap IQ aku kadang-kadang terbatas. Jadi game ini mampu membuatkan aku menggunakan dan mengerah 100 peratus pemikiran aku berbanding tangan yang memegang joy stick untuk menghapuskan semua bintang yang besar gedabak. Jangan risau, di dalam perjalanan untuk menghapuskan bintang-binatang ini, tiada gangguan dari makhluk lain melainkan anda perlu mengerah otak berfikir secara logik untuk mencari jalan untuk ke destinasi yang dituju. Tiada petunjuk yang diberikan, hanya korang perlu berpandukan arah cahaya yang terpancar pada pedang apabila korang tekan button O. hehe.
Pandai-pandai lah nak hidup.

ini macamlah mahu cari arah dan pedang sbg petunjuk

Hero Wander dan aweknya yang terlentang di Kuil

Bila korang dah sampai ke destinasi. Akan keluar video preview menunjukkan ia memang benar lokasi yang dituju. selagi tak keluar jangan harap la korang nak jumpa colussus tu walaupun sudah sampai ketempat colussus tu melepak. Bila ditempat colussus tu, korang tidak boleh menggunakan khidmat bantuan dari cahaya pedang itu dah. Sebab disitu semua gelap. Korang terpaksa mencari arah sendiri dimana tempat colussus tu duduk melepak. Cari sampai jumpa. Dah jumpa, barulah susuk tubuh badan colussus itu ditunjuk. Ya rabbi besar gedabak. "macam mana ni?". Hah, itulah persoalan yang akan muncul di minda. Jadi have fun, tarik nafas, berfikir menggunakan otak dan cari kawasan dimana terdapat satu logo, yang harus korang tikam. Selalunya ada dibahagian kepala. Jadi korang terpaksalah memanjat dan cari jalannya.  

Pendapat aku, jalan cerita menarik, gameplay superb. Tapi camera angle dia tersangatlah menyakitkan hati. Kadang-kadang, semasa kita menunggang kuda. Arah colussus akan beralih dan korang terpaksa mencari sendiri dimana colussus yang sedang berlari. Tapi jangan risau, lama-lama korang akan terbiasa dengan keadaan ini. Dan korang akan berjaya menyelesaikan masalah.

Hah tengoklah besar mana colossi ni. Jadi memanjat la keje korang

Tak cukup atas darat, dalam air pulak.

Binatang yang terbang pun ada. Kene bersabar.

Korang boleh memanjat,berenang dan melompat. Panah dan pedang adalah senjatanya. Jangan risau lepas saje korang bunuh colossi ni, korang tak perlu mencari jalan pulang kembali. Akan keluar kuasa hitam seperti cacing-cacing yang akan menikam korang. Jangan risau korang tak mati, korang dikomakan sekejap. Sedar-sedar dah sampai kat kuil dan pergi cari colossi yang lain pula sampai cukup 16 ekor. Jangan bertindak membabi buta dengan menekan no untuk save. Tindakan itu akan merugikan anda sendiri. Cari sampai jumpa colossi ni. Kerana kawasan dia tersangat luas dan bercabang.

Peta lokasi binatang.

Panjat semua binatang dan carilah lambang 
bersinar ni. Inilah jawapannya. Tikam dengan sebaik mungkin.
Jaga-jaga, mereka tidak mendengar kata. Buas lagi tu. 
kalau jatuh panjatlah lagi.

Game ini sangat epik dan akan membuatkan anda taksub jika memahami maksud sebenarnya. Bermainlah dengan tekun. Jangan mengalah. Setiap kesusahan itu pasti ada jawapannya. Kalau keadaan mendesak. Lihatlah di Youtube atau sebaliknya. Ending cerita ni akan membuatkan anda sedih. Kenapa anda kene sedih? Jawapannya anda sendiri akan tahu setelah menghabiskan semua colussus ni. Jangan haraplah mahu cheats, fikir pakai otak.


Sori jika review ini syok sendiri. Cuma ingin menyampaikan berita hangat untuk peminat game. Selamat mencuba dan bersabarlah.

Info lain: http://en.wikipedia.org/wiki/Shadow_of_the_Colossus

2 comments:

takky berkata...

serius best....
walaupun watak dlm game nie cuma sorang sahaja (agak bored dekat c2)....
but very adventure....
suka game2 jenis mcm nie...
thankz 2 game 'the legend of zelda', aku mula start minat men game2 mcm nie....

Tanpa Nama berkata...

hehe. sebelum tu kene main game origin dia dulu. ICO dan yang terbaru ialah The last Guardian. situasi sama juga disitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...