Pages

6/05/2012

Goon atau Bodoh


Jarang ada movie aku tonton takde subtitle. ni first movie yang aku buat-buat faham tanpa perlu forward kedepan. Mungkin movie ini tidak sehebat kisah-kisah epik dan mana-mana kisah sains fiksyen yang melampau. Tetapi dia punya daya tarikan tersendiri. Pertama melihat trailernya, sudah berputik bunga cinta sakura di gurun sahara. Tetapi kedetailannya masih belum diduga. bagus atau tidak kisahnya. Jadi aku meneruskan niat dengan cara mendownload secara haram. Itu adalah tindakan nekad. who cares. FBI, jangan nak baik sangat la.

Dulu masa zaman American Pie, aku cukup anoying dengan mamat Seann William Scott ni. Tapi didalam movie ni dia sudah menunjukkan kelainan yang sangat menakjubkan. Aku suka watak Doug Glatt dalam movie ni. Seorang budak bodoh yang mempunyai azam yang kuat untuk melindungi orang yang dikenali. Bermula dengan bekerja di bar sebagai security, dia mendapat tuah untuk menyertai satu pasukan hoki ais sebagai 'goon' ataupun orang bodoh yang bakal dijadikan sebagai kaki lawan di dalam gelanggang tersebut selepas dia menjatuhkan seorang pemain hoki yang naik berang dan cuba menyerang sahabatnya, Pat.




Dipendekkan cite, Doug dihantar kepasukan lain untuk menjadi goon dan menyertai satu pasukan lain. Dia bertemu dengan Xavier Laflamme [Marc-AndrĂ© Grondin]. Seorang pemain hoki ais terhebat yang menjadi fobia apabila mengalami kemalangan teruk akibat dibelasah oleh seorang pemain atau goon terhebat, kire otaimer la, Rhea [Liev Schreiber] dan menyebabkan Laflamme terlibat dengan dadah dan repotasinya kian menurun apabila dia sering dipersalahkan kerana fobia yang teruk sangat.



 Dipendekkan lagi preview, Doug ni tak sehebat mana main, tapi dia ada komitmen tinggi kepada pasukannya. Dia fight untuk kawannya dan sanggup menyerahkan tubuh untuk menyelamatkan pasukannya. Sehingga dia diangkat sebagai kapten pasukannya, Halifax Higlander. macam kebiasaan cite. Doug berjaya menyakinkan laflamme untuk bermain sebgai pemain terbaik. Dan seperti kebiasaan, hero akan bertarung dengan orang jahat di akhir perlawanan. Dan Doug akhirnya bertemu dengan seorang 'goon' yang tidak pernah dikalahkan iaitu Rhea, otaimer goon yang tidak pernah ditumpaskan.




Rumusan aku bagi filem ni, Doug mempunyai semangat yang tinggi pada pasukannya. Dia lebih pentingkan keselamatan rakan-rakan dan mempunyai komitmen yang tinggi pada pasukannya. Dia seorang yang bodoh tapi dia menggunakan kekuatan semulajadinya untuk mempertahankan orang yang disayangi dan dikasihi.

Setakat itu saja review saya, jika ada part syok sendiri, itu adalah disebabkan kekurang dari penulis. yang baik dari tuhan yang kureng adalah dari diri penulis sendiri. Selamat menonton.

P/s: Awek yang main drummer dalam scot pilgrim vs the world sangat chumel dan wanita dalam cite ni. huhu

keterangan lebih lanjut sila lawati ini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Goon_(film)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...