2/28/2011
Video : Knock Out Dengan Sekali Tumbuk (18SG)
First thing first - pukul perempuan itu sangat tidak hensem ya, jantan-jantan sekalian.
Aku tak tau apa, bagaimana, kenapa dan siapa dalam video di bawah. Apa yang aku boleh simpulkan adalah, KEMUNGKINAN budak perempuan dalam video tu adalah balak kepada mamat berbaju kelabu / hijau lumut, sekadar nak defense balak dia. MUNGKIN. Tapi yang aku heran cuma satu - "dia tak sador ke badan dia kecik? Mamat-mamat yang sibuk bergumpal tu semua gunjai-gunjai belaka."
Sorry, no audio. Apa-apa pun, still worth watching.
Sumber asal : theync.com
(WARNING! Link tak sesuai untuk tempat kerja / Not Safe For Workplace / NSFW)
Video : Insiden Rempuhan Dalam Critical Mass di Porto Alegre, Brazil
Sedikit info tentang Critical Mass :
- ianya merupakan event berbasikal yang selalunya diadakan pada setiap Jumaat terakhir setiap bulan, berskala global (termasuk Malaysia, walaupun komuniti penunggang basikal yang menyertainya masih kecil - menurut sumber rapat) di lebih 300 bandar seluruh dunia. Idea Critical Mass dikatakan berasal dari San Francisco pada 1992. Untuk bacaan lebih lanjut, sila Google sendiri.
Video di bawah menunjukkan satu insiden di mana sebuah kereta merempuh sekumpulan penunggang basikal dalam program tersebut secara membabi buta.
Pada pendapat aku la kan, walaupun dalam kes ni pemandu kereta tu memang dah gerenti salah, sebenarnya ada juga timbul rasa berbelah bagi dalam diri aku sebab ye lah... dah kau ramai-ramai block jalan kenapa? Buatnya ada ambulans dari belakang, dengan cara kau bawak macam nak pergi bersiar-siar di tepi paya, tak ke mampus pesakit dalam ambulans mahupun pesakit yang sedang menunggu untuk dibawak naik ke ambulans tu? In this case, you might second your thoughts. Jalan ikut tepi kan boleh... lantaklah sana. Aku bukan ada basikal pun.
Editor's Pick : Code 46 (2003)
Ya, aku tau movie ni dah agak lama. Kalau ianya insurans kenderaan, kiranya dah boleh masuk kategori third party jugak lah.
Then again, jujurlah - berapa ramai sangat yang dah tengok / pernah terdengar / tertengok filem ni? Aku boleh bet 90% dari kau semua tak pernah kenal pun siapa Tim Robbins.
Bagi penggemar dan penonton setia filem seperti aku dan Shahrul Azri, Tim Robbins tidak asing di mata kami semenjak kehadiran The Shawshank Redemption ke dunia perfileman. Tidak ada lagi filem yang mampu mengganggu-gugat kedudukan The Shawshank Redemption yang sedang dan masih berada di puncak carta 250 great movies of all time di Internet Movie Database (IMDb).
Dan sudah menjadi kelaziman bagi manusia seperti aku yang akan menggodek filem-filem lain, berkat keberkesanan lakonan si Tim Robbins di dalam The Shawshank Redemption tersebut. Hasilnya - nah, sebuah filem pasca-masa depan yang sarat dengan lagu-lagu berirama 'shoegaze', seolah-olah mengejek tentang ketamadunan masa depan.
Sebenarnya, mempertaruhkan Tim Robbins adalah suatu risiko, secara konsepnya. Tidak ramai pengarah filem yang tahu bagaimana untuk benar-benar menonjolkan Tim Robbins dalam karya mereka, sekaligus mencampakkan karisma Tim Robbins ke lembah yang menyedihkan (lihat City of Amber).
Kita pedulikan tentang itu dan kembali kepada filem ini. Tim Robbins sebetulnya membayangi Tom Hanks. Ini pendapat aku secara peribadilah. Dia bagus dalam permainan riak muka dan emosi, dan ini salah satu menjadikan dia dalam senarai underrated favorite actors aku. Samantha Morton sebagai Maria Gonzalez pula kelihatan realistik dalam filem ini, meskipun tidaklah pula boleh dianggap sebagai cemerlang. Namun ianya 'hidup'.
Sejujurnya, aku rasa berdosa jika tidak memperkatakan sesuatu tentang filem ini setelah menontonnya. Ada sesuatu yang membuatkan ianya mampu menambat hati aku untuk menontonnya lagi dan lagi dan lagi. Bukanlah kerana babak di mana bulu pubis (for real!) Maria dipertontonkan mahupun babak erotik Maria-William, tetapi kerana ada yang tidak mampu aku ungkapkan tentang perjalanan filem ini yang seninya kelam, ada ketika me-ribut taufan seketika dan ada ketikanya membuatkan kau empathy pada watak Maria dan William.
Ini sebuah kisah cinta berlatar belakangkan kekusutan sistem masa depan - bagaimana pengkastaan, sains, teori domino dan penolakan moral bercampur-baur dalam satu perisa yang akan menjamin kau mencari semula cerita ini, untuk diceritakan pula kepada manusia lain. Sebuah filem yang cemerlang, meskipun bukan yang terbaik.
2/22/2011
Video : Korea's Ultimate Internet Speed Connection
I just happened to stumble upon this video while lurking through the net. Aku selalu jugak wonder macam mana rupanya kalau download movie dengan connection selaju 9MB/s. That is rather fast. So, video di bawah menunjukkan seorang bastard yang meng-show off connection internet dia.
All I've got to say is "Sorry,sorry, sorry, sorry, internet kau memang laju macam tahi..."
inb4 "woi... tiap minit download porn ini macam!"
2/20/2011
Awesome Not-For-Kids Cartoons
4.Sebelum isu gambaran Nabi Muhammad lagi, kartun ini sudah sebati dengan kontroversi.
2. Kartun yang berkisarkan tentang budak penghantar piza dari New York, Phillip J. Fry yang dihantar ke abad-31 melalui cyrogenic pod lalu mengenali Bender dan Leela.
3. Siri kartun ni lebih kurang sama dengan Family Guy (see #1) tapi lebih menyentuh isu politik dari perspektif sebuah keluarga.
3. Antara kartun yang paling rajin membuat parodi filem dalam episodnya.
3. Merupakan siri kartun yang paling rajin mengutuk selebriti Hollywood, ahli politik, dan stereotaip masyarakat.
4. Kartun ini juga rajin membuat parodi dalam episodnya seperti parodi Star Wars, Law and Order, Ally McBeal dan The Crosby Show.
5. Watak kartunnya juga masing-masing menarik. Paling mencuri tumpuan adalah Stewie, anak yang paling kecil, bercakap dengan accent British tetapi juga yang paling jahat, keji dan mempunyai rancangan untuk membunuh ibunya sebelum menakluk dunia (tetapi sering gagal).
2/15/2011
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
2/13/2011
Happy Forever Alone Day!
Beberapa contoh kad ucapan Forevor Alone Day yang boleh didapati di pejabat pos berhampiran. |
2/11/2011
Lagenda Budak Setan - Movie Mistakes
2/09/2011
Eye Candies : Koleksi Sepanduk Terbaik Kemelut Mesir
Kemelut di Mesir masih belum berakhir (sehingga artikel ini ditulis) so I would like to share the compilation of the best protest signs yang dibuat sendiri oleh mereka yang turun ber-demo.
Apa yang menarik adalah hampir kesemua sepanduk tersebut merujuk kepada aplikasi internet seperti penggunaan hash-tag (#) di twitter dan pelbagai lagi. Enjoy.
"People shouldn't be afraid of their government, the government should be afraid of their people" - V for Vendetta
Artikel asal - PunditKitchen
2/06/2011
Editor's Pick : Scott Pilgrim vs the World (2010)
Aku suka tagline movie ni. Nampak bongkak dan riak dan intimidating dalam masa yang sama. Cilanat. Kredit : Film O Filia |
Summarized synopsis : Scott Pilgrim merupakan seorang pemain bass untuk sebuah kugiran yang sedang meningkat naik, 'Sex Bob Ombs', jatuh cinta dengan seorang gadis Cina, Knives Chau. Namun segalanya bertukar kecoh apabila Scott berkenalan pula dengan Ramona Flowers, seorang gadis hipster yang juga menyukai Scott. Namun, dalam perjalanan Scott menjajahi hati Flowers, dia harus berdepan dengan 'The League of Evil Exes' - sebuah 'persekutuan' bekas-bekas kekasih Flowers sebelumnya dalam menghalang percintaan mereka berdua.
Editor's review :
Kredit : Play On Words |
Mungkin ada sesetengah dari kamu yang akan anggap - this is just another franchise of CGI fapping material with lame storyline - but hell NO. Aku sendiri pun tak sangka bahawa Scott Pilgrim vs the World (SPTW) adalah sebuah satira yang meludah kehidupan normal dan melanggar etika realiti tanpa belas kasihan, sekaligus menjadikan engkau satu figura asing di depan skrin wayang mahupun komputer.
SPTW berpaksikan kepada kekecohan - di mana kekecohan itu diimbangi dengan permainan grafik yang menarik seperti menjadikan seolah-olah engkau sedang menonton sebuah gameplay video game, pedang keluar ikut dada serta meter kencing tatkala melepas hajat. I shit you not. Tentang perkara ini pula kita harus memuji si pengarah, Edgar Wright (Shaun of the Dead, Grindhouse) serta penulis skrip, Michael Bacall (Inglorious Basterds, Free Willy) yang bijak mengajak penonton mempercayai bahawa SPTW adalah lain dari yang lain.
The real deal about the film is bagaimana storyline dan permainan plot bijak mengendalikan lelucon jenis urban (aku bukan pengkritik filem yang diangkat mana-mana pihak, jadi aku tak tau apa terma yang sesuai), sesuai dengan kehendak peminat filem generasi masa kini.
Di bawah adalah sedutan daripada beberapa funny stuffs yang aku tak jemu ulang banyak kali. Boleh juga dikatakan ini adalah highlight yang melekat kuat dalam ingatan kamu seusai mengangkat punggung meninggalkan panggung wayang.
Untuk bacaan lanjut tentang filem ini yang lebih heavy, sila ke blog Nazim Masnawi, seorang penulis underrated yang menjadi inspirasi kepada aku dalam menulis blog - Roman Kodian
Eye Candies : Dekorasi Kek Yang Awesome
Aku suka baca manga dan tonton anime Yakitate Japan - cerita pasal kedai roti dan pembuatan roti yang aku rasa menarik sebab despite it is funny, aku boleh tau cara-cara nak buat roti, kek dan how to improvise your skill in bakery.
Di bawah merupakan gambar-gambar kek yang berjaya membuka selera aku selain membuktikan bahawa seni itu tiada sempadan! Have fun! Mine would be the corn one. Nampak sangat menyelerakan!
Artikel asal - This Blog Rules
2/05/2011
Trivia : 10 Fenomena Misteri Minda
Ramai di antara kita mungkin pernah mengalami salah satu atau lebih daripada fenomena-fenomena minda 'subliminal' di bawah. Apa yang menjadi misteri adalah sehingga ke hari ini belum ada jawapan paling tepat bagi merungkai bagaimana ianya terjadi.
Apakah anda pernah mengalami peristiwa fenomena-fenomena minda di bawah?
Kredit : Sierra Express Media
Kredit : Bitacora
8. Déjà Visité
Kredit : Open Library
Déjà senti adalah fenomena di mana seseorang individu itu merasakan bahawa dia 'pernah mengalami sesuatu keadaan', namun minda tidak dapat mengesan bahawa sebenarnya individu tersebut belum pun melalui sesuatu pengalaman itu.
Contoh paling mudah adalah anda merasakan bahawa anda baru sahaja mengucapkan sesuatu tetapi anda tahu bahawa anda, realitinya, tidak menuturkan apa-apa pun.
6. Jamais Vu
Jamais vu (never seen) menjelaskan tentang sesuatu keadaan di mana individu sedang mengalaminya namun tidak dapat mengenalinya. Ianya selalu dianggap sebagai kontra kepada déjà vu dan melibatkan perasaan takut kepada situasi tersebut. Pelaku tidak dapat mengenali situasi yang dialaminya secara rasional walhal dia pernah atau sedang menjalaninya. Ianya dijelaskan bila mana seseorang individu itu tidak dapat mengenali seseorang, perkataan atau tempat yang pernah dilihatnya. Chris Moulin, dari Leeds University, meminta 92 orang sukarelawan untuk menulis perkataan 'door' sebanyak 30 kali dalam tempoh 60 saat, dan hasilnya 68% daripada responden menunjukkan simptom jamais vu - seperti mula meragui bahawa 'door' adalah perkataan yang nyata. Ini menyebabkan dia membuat persepsi bahawa jamais vu adalah petanda kepada kegagalan fungsi otak.
5. Presque Vu
Kredit : Oculus Vision
Presque vu adalah serupa dengan fenomena "tip of the tongue sensation" - ianya merupakan suatu perasaan yang kuat untuk mengingat sesuatu keadaan / perkara sehingga mendorong seseorang individu itu mengalami epiphany - meskipun jarang terjadi. Terma 'presque vu' bermaksud 'hampir kelihatan'. Fenomena ini boleh menyebabkan seseorang itu merasa sangat terganggu dan kebingungan.
4. L’esprit de l’Escalier
Kredit : Damn Interesting
Kredit : Professor Elliot's Cabinet
Artikel asal - Listverse