Korang sayang adik-beradik korang tak? Sudah pasti korang akan jawab 'Ya'.
Korang mungkin kena pertimbangkan 'Ya' korang bila korang baca kisah Betty Anne Waters dan abangnya Kenneth Waters.
Sekadar gambar hiasan sebab gua rasa gambar ni menyentuh jiwa raga keras gua. (kredit) |
Pada tahun 1983, Kenneth Waters ditahan polis atas tuduhan merompak dan membunuh (1st degree) jirannya, Katharina Brows di rumah kediaman jirannya. Beliau ditahan ketika di tengah-tengah upacara pengebumian jirannya yang juga dihadiri oleh Kenneth, Betty Anne dan keluarganya.
Dituduh melakukan jenayah di era di mana ujian DNA adalah sesuatu yang sangat asing dalam prosedur penyiasatan kes jenayah, Kenneth dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1985 selepas rayuan kesnya gagal menambat hati juri. (Undang-undang Massachusetts tidak mempunyai hukuman mati).
Yakin bahawa abangnya tidak bersalah, Betty Anne yang ketika itu bekerja sebagai pelayan bar dan sudah mempunyai keluarga berazam untuk membebaskan abangnya. Caranya?
Cik Betty Anne, hero di dalam dunia realiti. (kredit) |
Betty Anne memulakan misi membebaskan abangnya dengan mengambil semula peperiksaan GED, mendaftar masuk ke sekolah perundangan, belajar kursus sarjana perundangan dan mengambil peperiksaan kelayakan menjadi peguam. Tunangnya memutuskan tali pertunangan mereka sebaik sahaja mengetahui niatnya untuk menjadi peguam.
Selepas layak menjadi peguam, Betty Anne tidak membuang masa dan terus bekerja keras untuk mendapatkan bukti kes abangnya. Beliau kemudiannya bekerjasama dengan seorang peguam Yahudi terkenal, Barry Sheck dari Innocence Project dan rakannya Abra Rice untuk membuka semula kes abangnya setelah 16 tahun.
Cik Betty Anne bersama abangnya, Kenneth ketika menang kes mereka pada 2001. (kredit) |
Pada 2001, Kenneth yang berkali-kali cuba membunuh diri di penjara (kerana tidak mahu menyusahkan adiknya) akhirnya berjaya dibebaskan setelah pihak mahkamah mendapati DNA darah pada mangsa tidak sepadan dengan darah Kenneth.
Dan inilah kasih sayang yang sebenar bila kita abadikan hidup kita terhadap orang yang kita sayang.
Kisah mereka diabadikan dalam filem Conviction lakonan Hillary Swank dan Sam Rockwell. Dan macam biasa, Hillary Swank menyengat dalam filem ini.
6 comments:
mlm ni gak aku suh mami aku dload.hahaha
cite nie based on kisah benar ye??
sugoi....
memang sangat lah sayang adik-beradik. tapi apsal ye adik-adik i tak macam nak sayang kakak dia yang sorang ni? takpe.. nanti i tunjuk cerita ni kat diorang. keh3~
Kenapa gua x tengok lagi movie ni? Kenapa?
sangat touching..sob..sob..i loikeee!!
aku dah tengok citer ni. mmg nanges2 beb...
Catat Ulasan