Pages

2/06/2011

Editor's Pick : Scott Pilgrim vs the World (2010)

Aku suka tagline movie ni. Nampak bongkak dan riak dan intimidating dalam masa yang sama. Cilanat. Kredit : Film O Filia

Summarized synopsis : Scott Pilgrim merupakan seorang pemain bass untuk sebuah kugiran yang sedang meningkat naik, 'Sex Bob Ombs', jatuh cinta dengan seorang gadis Cina, Knives Chau. Namun segalanya bertukar kecoh apabila Scott berkenalan pula dengan Ramona Flowers, seorang gadis hipster yang juga menyukai Scott. Namun, dalam perjalanan Scott menjajahi hati Flowers, dia harus berdepan dengan 'The League of Evil Exes' - sebuah 'persekutuan' bekas-bekas kekasih Flowers sebelumnya dalam menghalang percintaan mereka berdua.

Editor's review :
Kredit : Play On Words
Seusai aje aku tengok movie-nya, aku terus meng-Google dan hampir sahaja memuat turun secara haram komik asalnya. Ya, movie ini adalah adaptasi sebuah komik Bryan Lee O'Malley. Aku belum baca komik asalnya, jadi aku takkan sentuh review ni dari sudut komik.

Mungkin ada sesetengah dari kamu yang akan anggap - this is just another franchise of CGI fapping material with lame storyline - but hell NO. Aku sendiri pun tak sangka bahawa Scott Pilgrim vs the World (SPTW) adalah sebuah satira yang meludah kehidupan normal dan melanggar etika realiti tanpa belas kasihan, sekaligus menjadikan engkau satu figura asing di depan skrin wayang mahupun komputer.

SPTW berpaksikan kepada kekecohan - di mana kekecohan itu diimbangi dengan permainan grafik yang menarik seperti menjadikan seolah-olah engkau sedang menonton sebuah gameplay video game, pedang keluar ikut dada serta meter kencing tatkala melepas hajat. I shit you not. Tentang perkara ini pula kita harus memuji si pengarah, Edgar Wright (Shaun of the Dead, Grindhouse) serta penulis skrip, Michael Bacall (Inglorious Basterds, Free Willy) yang bijak mengajak penonton mempercayai bahawa SPTW adalah lain dari yang lain.

The real deal about the film is bagaimana storyline dan permainan plot bijak mengendalikan lelucon jenis urban (aku bukan pengkritik filem yang diangkat mana-mana pihak, jadi aku tak tau apa terma yang sesuai), sesuai dengan kehendak peminat filem generasi masa kini.

Di bawah adalah sedutan daripada beberapa funny stuffs yang aku tak jemu ulang banyak kali. Boleh juga dikatakan ini adalah highlight yang melekat kuat dalam ingatan kamu seusai mengangkat punggung meninggalkan panggung wayang.


Untuk bacaan lanjut tentang filem ini yang lebih heavy, sila ke blog Nazim Masnawi, seorang penulis underrated yang menjadi inspirasi kepada aku dalam menulis blog - Roman Kodian

4 comments:

hashimi_chopper berkata...

aku dah tengok cerita ni mmg power!

Tanpa Nama berkata...

Buat review pasal The Social Network plak please

Paan Ovrtd berkata...

Takkan buat kot sebab even the movie is great, aku x jumpa the 'key' for the movie to be reviewed up here.

ktxbai

avid berkata...

@ tanpa nama
ada masa nanti aku buat. paan, peminat kita sikit je. kena jaga hati sekor2 biar anon pun. hahahaha.

btw, ni movie yang paling fesh pernah aku tengok dari segi cinematography. filem untuk geeks fosyo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...