Pages

2/05/2011

Trivia : 10 Fenomena Misteri Minda

What's happening, guys?

Ramai di antara kita mungkin pernah mengalami salah satu atau lebih daripada fenomena-fenomena minda 'subliminal' di bawah. Apa yang menjadi misteri adalah sehingga ke hari ini belum ada jawapan paling tepat bagi merungkai bagaimana ianya terjadi.

Apakah anda pernah mengalami peristiwa fenomena-fenomena minda di bawah?


10. Déjà Vu

Kredit : Sierra Express Media

Déjà vu adalah pengalaman tertentu yang anda telah alami atau melihat 'situasi baru' dari yang sebelumnya - merasa seolah-olah peristiwa itu telah berlaku atau berulang kembali. Pengalaman biasanya disertai oleh perasaan 'kenal dengan situasi' yang kuat dan rasa keseraman atau keanehan. Pengalaman 'terdahulu' biasanya mempunyai kaitan dengan mimpi, tetapi kadang-kala dalam sesetengah kes, naluri mengatakan ianya benar-benar pernah berlaku di masa lampau, cuma memori menjadi kabur disebabkan desakan naluri untuk melupakannya.


9. Déjà Vécu

Kredit : Bitacora

Déjà vécu (dibaca 'vay-koo') adalah apa yang kebanyakan orang alami ketika mereka berfikir bahawa mereka mengalami deja vu. Jika Déjà vu adalah fenomena 'pernah melihat sesuatu keadaan pada sebelumnya', Déjà vécu pula adalah pengalaman melihat sesuatu peristiwa sebelumnya, tetapi dengan sangat terperinci - seperti mengenali bau dan suara. Hal ini juga biasanya disertai dengan perasaan yang sangat kuat dalam menafsir apa yang akan terjadi selanjutnya. Ini adalah suatu 'sensation' yang sangat menakutkan dan tidak boleh dijelaskan.

8. Déjà Visité

Kredit : Open Library

Déjà visité mungkin merupakan fenomena yang paling kurang diketahui umum, dan ia berkenaan dengan pengetahuan tentang sesuatu tempat. Sebagai contoh, anda mempunyai pengetahuan tentang keadaan tempat dan struktur sesuatu kawasan - meskipun anda langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat tersebut sebelum ini. Déjà visité berkait rapat dengan tata-ruang (spatial) dan geografi, sedangkan déjà vécu terjadi hanya dalam tempoh sementara. Nathaniel Hawthorne pernah menulis tentang fenomena ini di dalam salah sebuah bukunya “Our Old Home” di mana dia menceritakan bagaimana dia menziarahi sebuah runtuhan istana tetapi dikurniakan ilham mengetahui tentang senibina dan struktur asalnya.

7. Déjà Senti

Déjà senti adalah fenomena di mana seseorang individu itu merasakan bahawa dia 'pernah mengalami sesuatu keadaan', namun minda tidak dapat mengesan bahawa sebenarnya individu tersebut belum pun melalui sesuatu pengalaman itu.

Contoh paling mudah adalah anda merasakan bahawa anda baru sahaja mengucapkan sesuatu tetapi anda tahu bahawa anda, realitinya, tidak menuturkan apa-apa pun.

6. Jamais Vu

Jamais vu (never seen) menjelaskan tentang sesuatu keadaan di mana individu sedang mengalaminya namun tidak dapat mengenalinya. Ianya selalu dianggap sebagai kontra kepada déjà vu dan melibatkan perasaan takut kepada situasi tersebut. Pelaku tidak dapat mengenali situasi yang dialaminya secara rasional walhal dia pernah atau sedang menjalaninya. Ianya dijelaskan bila mana seseorang individu itu tidak dapat mengenali seseorang, perkataan atau tempat yang pernah dilihatnya. Chris Moulin, dari Leeds University, meminta 92 orang sukarelawan untuk menulis perkataan 'door' sebanyak 30 kali dalam tempoh 60 saat, dan hasilnya 68% daripada responden menunjukkan simptom jamais vu - seperti mula meragui bahawa 'door' adalah perkataan yang nyata. Ini menyebabkan dia membuat persepsi bahawa jamais vu adalah petanda kepada kegagalan fungsi otak.

5. Presque Vu

Kredit : Oculus Vision

Presque vu adalah serupa dengan fenomena "tip of the tongue sensation" - ianya merupakan suatu perasaan yang kuat untuk mengingat sesuatu keadaan / perkara sehingga mendorong seseorang individu itu mengalami epiphany - meskipun jarang terjadi. Terma 'presque vu' bermaksud 'hampir kelihatan'. Fenomena ini boleh menyebabkan seseorang itu merasa sangat terganggu dan kebingungan.

4. L’esprit de l’Escalier

L’esprit de l’escalier (stairway wit) merupakan fenomena yang menjadikan seseorang individu itu memikirkan sesuatu yang bernas apabila sesuatu keadaan itu sudah berlalu. Frasa ini boleh menjelaskan bagaimana sesuatu respon kepada soalan, atau apa sahaja idea bernas - datang hanya apabila sesuatu perkara itu sudah berakhir. Pepatah Inggeris yang paling tepat bagi menggambarkan keadaan ini adalah "being wise after the event"atau dalam istilah Melayu "nasi sudah menjadi bubur" (okay, aku menambah-nambah sendiri). Fenomena ini selalunya disertai dengan perasaan menyesal terhadap kelewatan memikirkan tentang respon saat ianya paling diperlukan.

3. Capgras Delusion

Kredit : Damn Interesting

Capgras delusion adalah fenomena di mana seseorang itu percaya bahawa rakan karib atau salah seorang ahli keluarganya telah diganti dengan seseorang yang menyerupainya. Ini menjelaskan kepercayaan kuno masyarakat abad pertengahan yang mengatakan bayi-bayi mereka diculik dan ditukar dengan pengganti - berasaskan kepada keengganan mengakui anak-anak mereka itu serupa iblis perangainya. Wah, buat pandai, didik tak mau pulak. Fenomena ini masih berlingkar di zaman moden ini di mana sesetengah individu mempercayai bahawa makhluk asing menyamar menjadi individu yang mereka kenal mahupun tidak - atas alasan yang tidak diketahui. Merepek betul. Delusi minda ini terkenal di kalangan penghidap schizophrenia namun ia juga boleh terjadi dalam penyakit mental yang lain.

2. Fregoli Delusion

Kredit : Professor Elliot's Cabinet

Fregoli delusion khayalan Fregoli adalah fenomena otak yang sangat jarang berlaku di mana seseorang mempercayai bahawa orang yang berbeza, pada kenyataannya, merupakan orang yang sama dalam berbagai penyamaran. Hal ini sering dikaitkan dengan paranoia dan keyakinan bahawa orang yang menyamar sedang cuba untuk menganiaya mereka. Keadaan ini dinamakan sempena pelakon Itali, Leopoldo Fregoli yang terkenal kerana kemampuannya untuk melakukan perubahan watak dengan pantas dalam penampilannya di pentas. Fenomena ini pertama kali dilaporkan pada tahun 1927 dalam kajian kes di mana seorang wanita berusia 27 tahun mempercayai bahawa dia sedang dianiaya dan diburu oleh dua pelakon yang sering ditontonnya di teater. Dia percaya bahawa orang-orang tersebut "memburunya dengan teliti, menyamar sebagai orang-orang yang diketahuinya atau pernah bertemu".

1. Prosopagnosia

Prosopagnosia adalah merupakan suatu fenomena di mana seseorang yang mengalaminya tidak dapat mengenal-pasti wajah seseorang atau obejek yang dikenalinya. Mereka yang mengalami fenomena ini biasanya menggunakan deria kepekaan mereka yang lain dalam membuat pengecaman terhadap orang lain - seperti bau minyak wangi yang digunakan, bentuk atau gaya rambut, tona suara malah gaya mereka berjalan. Sebuah kes klasik tentang fenomena ini telah disiarkan di dalam sebuah buku (kemudiannya menjadi sebuah opera oleh Michael Nyman) berjudul The man who mistook his wife for a hat.



Artikel asal - Listverse

2 comments:

hashimi_chopper berkata...

eh... banyak gila!!! yang selalu dengar deja vu tu je

takky berkata...

mimpi benda yg akan terjadi juga dipanggil deja vu bukan??? (n itz really happen in future)

adakah org yg merasakan dia mempunyai 2 personaliti digelar fregoli delusion??

this 2 question always in my mind since kecik g cume x taw nk ckp mcm mane....
bile bace entry nie baru taw skit2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...