Pages

2/20/2011

Awesome Not-For-Kids Cartoons

Kartun biasanya dikaitkan dengan kanak-kanak. Tapi ada sesetengah kartun yang terlampau awesome sampai tak elok ditonton kanak-kanak. Dengan adanya producer seperti Seth McFarlane, Matt Groening, Trey Parker dan Matt Stone, orang dewasa juga ada kartun mereka sendiri. Dan biasanya kartun mereka sarat dengan black, dark, satirical humor. Jenis humor yang memerlukan korang berfikir sebelum boleh dapat gelak dengan biadapnya.

Berikut adalah 6 kartun orang dewasa yang gua rasa awesome dan berbaloi ditengok.

#5. South Park
1. Kartun yang berkisarkan tentang kehidupan 4 budak - Stan Marsh, Kyle Broflovski, Eric Cartman dan Kenny McCormick yang tinggal di Colorado
2. Skrip kartun ini sarat dengan toilet humor dan kerap menyentuh subjek taboo, politik, agama dan sosial.
3. Dalam satu episod sulung musim ke-5 rancangan ini, perkataan 'shit' disebut sebanyak 162 kali di sepanjang 20 minit rancangan tanpa censorship. Ini bermakna 'shit' disebut setiap 7 saat dalam episod ni!
4.Sebelum isu gambaran Nabi Muhammad lagi, kartun ini sudah sebati dengan kontroversi.

Memorable episode: Ada satu episod di mana Eric Cartman membuat parodi lagu Poker Face dengan liriknya mengutuk hipokrasi kumpulan environmentalists.

#4. Futurama
1. "Welcome to the world of...Futurama!!" menjadi catchphrase popular semasa gua darjah lima.
2. Kartun yang berkisarkan tentang budak penghantar piza dari New York, Phillip J. Fry yang dihantar ke abad-31 melalui cyrogenic pod lalu mengenali Bender dan Leela.
3. Bender merupakan sebab gua suka Futurama. Robot yang bermulut celupar dan kuat minum arak ni mempunyai catchphrase "bite my shiny metal ass".
Memorable episode: Dalam satu episod di musim ke-3, Phillip J. Fry dan rakan-rakannya terkandas di sebuah planet asing yang dihuni oleh wanita gergasi. Mereka ditangkap dan dijadikan hamba oleh penghuni planet ini dan dipaksa melakukan seks dengan penghuni planet itu - sesuatu yang mereka lakukan dengan gembiranya.

#3. American Dad
1. Kartun yang berkisarkan tentang Stan Smith, seorang agen CIA yang hidup bersama isteri suri rumahnya (Francine), anak perempuan liberal (Hayley), anak lelaki nerd (Steve), alien yang pemalas (Roger) dan ikan emas yang miang (Klaus).
2. Klaus si ikan emas asalnya adalah seorang atlet ski-jumper Jerman. Stan diarahkan oleh CIA untuk meculik Klaus dan memindahkan mindanya ke badan ikan supaya USA boleh menang pingat emas dalam acara tersebut.
3. Siri kartun ni lebih kurang sama dengan Family Guy (see #1) tapi lebih menyentuh isu politik dari perspektif sebuah keluarga.

Memorable episode: Stan membantu anaknya dengan memberinya pil steroid supaya anaknya boleh mempunyai badan sasa sekaligus menaikkan popularitinya di sekolah. Menariknya, Stan tersilap ambil pil. Dia memberi anaknya makan pil yang menyebabkan anaknya mempunyai buah dada yang besar.

#2. The Simpson
1. The Simpson adalah kartun yang berkisarkan tentang kehidupan Homer, Marge isteri suri rumahnya, dan tiga anaknya iaitu Bart, Lisa dan Maggie.
2. Banyak catchphrase dari kartun ini mempengaruhi budaya popular sekarang seperti penggunaan 'Meh' yang kini sudah didaftarkan sebagai sebuah perkataan sah di kamus-kamus English.
3. Antara kartun yang paling rajin membuat parodi filem dalam episodnya. 

Memorable episode: Homer dan Marge bercuti di Miami sedangkan mereka memberitahu anak mereka yang mereka bercuti di Ohio. Bart dan Lisa marah kerana ditipu dan meminta datuk mereka membawa mereka ke Miami untuk merosakkan percutian ibu-bapa mereka. Menariknya, jalan cerita episod ini memang sebijik macam filem Catch Me If You Can.

#1. Family Guy
1. Family Guy adalah kartun mengenai Peter Griffin; seorang couch potato, isterinya Louis, tiga anaknya Meg, Chris dan Stewie, dan anjing mereka; Brian.
2. Kartun ni merupakan rancangan #1 pada malam hari Ahad di Amerika sehingga kini.
3. Merupakan siri kartun yang paling rajin mengutuk selebriti Hollywood, ahli politik, dan stereotaip masyarakat.
4. Kartun ini juga rajin membuat parodi dalam episodnya seperti parodi Star Wars, Law and Order, Ally McBeal dan The Crosby Show.
5. Watak kartunnya juga masing-masing menarik. Paling mencuri tumpuan adalah Stewie, anak yang paling kecil, bercakap dengan accent British tetapi juga yang paling jahat, keji dan mempunyai rancangan untuk membunuh ibunya sebelum menakluk dunia (tetapi sering gagal).

Memorable episode: Rumah Peter Griffin tidak tersenarai dalam peta majlis perbandaran di tempatnya. Peter kemudiannya mengisytiharkan tanah miliknya (kawasan rumahnya) sebagai negara baru yang dipanggil Peterland. Dia mengisytihar perang terhadap USA dan mendapat sokongan dari Saddam Hussein, Kim Jong-Il, Fidel Castro dan Muammar Gaddafi yang datang berparti di rumahnya.

4 comments:

hashimi_chopper berkata...

eh avid la! yeah!

kau lupa shin chan bro. antara kartun yg jalan cerita dia sarat dgn kritikan sosial.

Shahrul Tanaka berkata...

haha! aku cukup suka dengan kartun futurama..merepek kearah bukan2!

takky berkata...

x silap aku dulu ade kua movie futurama kat TV3....
lawak gile dowh...

Paan Ovrtd berkata...

GYEAAHHHHHHHHHHH!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...