Pages

12/04/2012

A Thousand Years (Part 2)

Ok.

Lagu ini pun ada bahagian 2 nya.

Diambil dari filem terbaru Twilight Breaking Dawn Part 2.

 
#Love both songs. Not favour the whole movie franchise (Just my opinion)

11/29/2012

Review:Teaser Oz:The Great and Powerful



Daripada pengarah Sam Raimi, beliau kembali dengan filem fantasi, prekuel kepada filem klasik, Wizard of Oz.

Siapa pernah tengok filem Wizard of Oz ni?



Classic tale ini menceritakan seorang gadis yang dibawa ke dunia Oz dimana di dunia Oz, dia bertemu dengan pelbagai makhluk pelik dan seorang witch aka queen yang jahat. I still remember the scene where the queen boleh tukar-tukar kepala.(kepala tu disimpan di dalam almari berkaca, macam kita tengok orang pamer barang kemas: creepy okey)


Well, untuk prekuel ini, ia mengisahkan seorang magician bernama Oscar Diggs mengembara ke alam Oz dan bertemu dengan 3 witches yang berlainan karakter, dilakonkan oleh Mila Kunis, Oscar Nominee Michelle Williams dan Oscar Winner Rachel Weisz

The teaser looks promising!


11/27/2012

Review: Trailer Sembunyi (Kisah Silam Penuh Pantang dan Larang)

Obsesi aku dengan Kabir Bhatia menerjang lagi. Kali ini dengan filem terbaru beliau berjudul Sembunyi.


Filem ini antara lain mengisahkan seorang gadis bernama Aishah yang tersedar, hilang ingatan, lalu tinggal di sebuah kampung ketika zaman penjajah Jepun dimana kampung yang didudukinya itu seperti tidak diusik dengan peperangan Tanah Malaya dengan Jepun, namun selalu diserang makhluk kuno bernama "Azazil" dimana penduduk kampung masih memegang adat dan beberapa pantang larang bagi mengelakkan dijadikan mangsa.

Filem ini bergenre Seram, jadi aku jangkakan keseraman Kabir Bhatia akan berlipat kali ganda, sama seperti aku menonton Kekasihku Seru, Waris dan slot Incredible Tales arahan beliau.

Sentuhan Kabir memang magis!



Antara pelakon yang membintangi filem ni termasuklah Umie Aida, Remy Ishak, Sharnaaz Ahmad, Sara Ali, Emilda Rosmila, Fizo Omar dan teraju utama Diana Danielle.



Akceli, aku lebih sukakan working title "Azazil" yang digunapakai semasa pengembaraan filem ni dijalankan. Ia kedengaran curious dan misteri. Cerita asal filem ni kalau tak silap ditulis oleh Alfie Palermo, penulis muda berbakat yang pernah menulis jalan cerita mini siri "Pulau" selain drama seram "Tower 13.

Tahniah bro! I am so looking forward for this!


Filem Sembunyi bakal ditayangkan pada 22 November 2012. Jom serbu panggung!




#Serius, suara narrator tu agak mengganggu. Kalau tak payah pun takpe.

11/23/2012

Review: Darah Di Mana-Mana (Rumah Dara): Filem Penuh Juga!

 Misterius Dara

Sudah hampir dua tahun mencari filem dari seberang ini, akhirnya aku menemuinya juga.


Rumah Dara (International Title: ‘Macabre’) yang diarahkan oleh Mo Brothers ini ber genre “Thriller Slasher” merupakan filem thriller yang sama  konsep dengan filem-filem slasher Barat macam “Texas Chainsaw Massacre”, “House of Wax”, “Wrong Turn” atau “Saw”

Silakan, Dimulai

Rumah Dara menghisahkan seorang wanita misteri bernama Dara yang duduk menginap dengan tiga anaknya Adam, Armand dan Maya disebuah banglo mewah di pinggir hutan. Pertemuan Maya dengan enam strangers di bandar telah menyebabkan kenam-enam daripada mereka ini berada dalam keadaan maha bahaya. Dara dan keluarganya adalah pengamal kanibal selain menjual daging-daging mangsa untuk pasaran gelap.


Mangsa sudah siap diracun


 
 Mari kita potong memotong

Filem ini bergerak dengan sangat pantas dimana satu malam saja, Dara dan anak-anaknya ‘melanyak’ mangsa-mangsa yang melawan. Darah tak usah cakap. Kat mana-mana dalam filem ni, pembunuhan kejam dan darah seakan permainan tanpa henti. Apa yang aku suka tentang filem ini adalah set yang sangat cantik. Rumah kepunyaan Dara dihias menarik dengan setting yang sangat misterius!

 Pertarungan!

Well, ia sebuah filem Asia yang gory, mual dengan darah, ngeri juga terkesan dengan lakonan pelakonnya!

#1 Filem ini turut mendapat sambutan menggalakkan di Singapura dengan judul “Darah”

#2 Pelakon utama Sheerefa Danish diangkat Pelakon Terbaik di 2009 Pi Fan Film Festival di Bucheon, Korea.

#3 Filem ni juga menjadi filem Indonesia pertama diharamkan ditayang di Malaysia.

#4 Filem Rumah Dara adalah lanjutan daripada koleksi Filem Pendek (Filpen) seram dari Indonesia iaitu Takut: Faces of Fear dengan segmen “Dara” pada tahun 2008

Filem Penuhnya!

11/21/2012

Review: Trailer Hanyut (Adaptasi Novel Joseph Conrad; Almayer's Folly)

Akhirnya!!

Itu je aku boleh katakan dengan penayangan trailer filem ditunggu-tunggu; Hanyut- Sebuah karya U Wei Hj Saari, adaptasi novel Almayer's Folly tulisan asal Joseph Conrad. Entry tentang filem ni ditulis sekitar 2009

Aku minat sangat dengan filem arahan beliau seperti Perempuan, Isteri & Jalang, Kaki Bakar, Jogho, Buai Laju-Laju (to name a few). Rasanya kalau tak silap filem Black Widow Wajah Ayu pun diarah oleh beliau dan diterbitkan oleh produksi Raja Azmi. Kalau tak silap lah.



U Wei, bagi aku ada magisnya yang tersendiri. Filemnya bercerita pada kelas yang tersendiri dan punyai penggemar yang tersendiri. Tak seperti pengarah lain, U Wei gemar mengangkat tema feminisme dalam karyanya sama seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba (lewat filem Selubung, Ringgit Kassorga atau Layar Lara)




U Wei kembali dengan filem bajet besar "Hanyut" membariskan pelakon hebat seperti Sofea Jane (sangat ramah di Twitter. Aku suka keramahan beliau), Khalid Salleh, Alex Komang, Bront Palarae, Adi Putra selain teraju utama Peter O'Brien dan Diana Danielle sebagai Nina.

Filem ini secara kasarnya menceritakan tentang seorang pedagang yang kemaruk kuasa mahu mencari kewujudan gunung emas hingga mengabaikan keluarga. Anak perempuannya yang dihantar untuk belajar susila orang putih kembali ke tanah air dan berlaku pertelingkahan antara suami-isteri dan anak. Si ayah mahukan taklukan kuasa. Si ibu mahu anak terus tinggal bersamanya dan tak mahu kehilangannya buat kali kedua. (I wish Sofea Jane dapat award utk filem ini)

Aku harap ramai penonton akan menonton filem ini. Yalah dari kau bazir tengok rempit-gangster-rempit-hantu tak sudah-sudah, ambil lah sedikit masa untuk menonton karya ini.

Aku harap penayangannya pada tahun ini :)

Suka scene ini!



#1 : Aku masih menunggu trailer filem Sembunyi (working title 'Azazil'). Filem seram Kabir Bhatia saja yang masuk dalam jiwa aku. Tak tahulah kenapa.

8/17/2012

Short Film : The Alienist


Aku dah follow mamat Chestersee ni dekat Youtube dah agak lama, dan aku sangat-sangat impressed dengan kerja-kerja dia. Kepada yang masih blur, dia ni seorang Youtube celebrity (penyanyi) dan betul-betul berbakat. Dia berkawan rapat dengan Youtube celebrities yang lain seperti Nigahiga. Dia juga ada connection dengan bekas ketua kumpulan 2PM, Jay Park. Maybe sebab sama-sama Asian kot.

But bila aku tengok dia upload video yang terbaru ni, aku bagi standing ovation pada acting skill dia. Impressive!


8/05/2012

Advertising Osem - Never Disturb A Crime Scene

Ini ialah ambient advertising yang sangat efisien dan begitu osem sekali. Dengan membawa mesej 'Jangan Ganggu Tempat Jenayah' , anda layan la video ini.


Every year in South Africa thousands of criminals escape conviction due to people disturbing crime scene evidence. The DNA Project set out to educate the public never to interfere with a crime scene. We created a 6x8m canvas out of small white stones. Onto this we spray painted the giant mugshot of a criminal. As people walked over the installation the criminal's identity became more and more unrecognisable.


Advertising Agency: FoxP2 Cape Town, South Africa
Executive Creative Director: Justin Gomes
Art Directors: Reijer Van Der Vlugt, Brendan Hoffmann
Copywriters: Justin Osburn, Kenneth Van Reenen
Installation built by: More Design
Video shot and edited by: NiceOneSteve

Sumber : http://adsoftheworld.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...