Pages

Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

12/13/2011

Masa Yang Akan Dihentikan

detik berganti saat,saat berganti minit dan minit berganti jam..

itulah kitaran kehidupan sebuah jam yang terlekat di dinding,ianya dipandang sepi oleh kita..

dari hari ke hari dunia semakin tua dan tenat cuma menanti hari untuk dimatikan..

adakah taubatku akan diterima lagi?

2/02/2011

Infografik : Jenis-jenis Skru

What's happening, guys?

Yeah, aku tau mungkin benda ni lame pada certain orang tapi to those yang into DIY stuff, yang gemar bertukang, this info-graphic adalah untuk kamu.

Ada ketikanya kita tak tau apa jenis skru yang kita perlukan untuk satu-satu perkara / bahan dan macam mana ghupe-nya. So, worry not, dear tukang-ers.



(klik gambar untuk imej penuh)

Artikel asal - Just Paste It

11/26/2010

1 Disember

bulan november bakal berakhir dan bulan disember bakal menjelma untuk kita, tapi tahukah anda 1 disember adalah hari AIDS/HIV sedunia? di mana ia disambut sebagai hari kesedaran tentang bahayanya penyakit ini dan cara melindungi diri kita dari dijangkiti penyakit ini..ia juga mengurangkan prejudis atau persepsi liar terhadap pesakit-pesakit AIDS/HIV ini..

kebanyakkan penghidap penyakit ini sering kali di pulaukan oleh masyarakat dan tidak diberi peluang untuk berkerja mahupun segala apa jenis peluang dalam kehidupan..mereka dibiarkan umpama mayat hidup yang menanti hari untuk dimatikan..penghidap penyakit ini sepatutnya diberikan sokongan moral untuk terus menikmati kehidupan seperti manusia biasa..

seperti yang kita tahu penyakit AIDS tidak boleh menjangkiti seseorang melalui sentuhan mahupun udara macam penyakit SARS!


Photobucket

" saya ada penyakit AIDS, sudikah anda berkawan dengan saya? "

segala info tentang AIDS/HIV ni anda boleh rujuk di blog ini..tak cukup dengan blog itu sila layari laman web rasmi hari AIDS sedunia

11/21/2010

How to Produce Asian Class Sepak Takraw Players

Di Malaysia, sukan sepak takraw masih dianggap sukan taboo di kalangan wanita di Malaysia. Alasannya sukan ni tak feminin, tak ayu, tak jelita dan gambar perempuan main takraw tak tinggi darjah ke-whore-an nya untuk dijadikan gambar profil Facebook.

Di sisi, gua cadangkan 5 cara-cara untuk mengajak wanita-wanita bermain takraw sekaligus membolehkan kita menghantar wakil dalam acara sepak takraw wanita di Sukan Asia dan Sukan Sea kelak.

#1 Masukkan sepak takraw sebagai salah satu sub-topik dalam subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK)

Masa gua sekolah dulu, budak-budak perempuan selalu dipaksa kemas stor sukan pada waktu PJK. Budak laki sedap main bola. Bila balik kelas, badan budak laki je berpeluh. Budak perempuan siap ada bedak bertepek lagi kat pipi.

Daripada kemas stor sukan, apa kata cikgu PJK ajar budak perempuan asas-asas dalam permainan takraw seperti menimang bola. Lepas ajar asas-asas sepak takraw, suruh budak-budak tu buat folio pasal sukan sepak takraw. Folio siapa yang kurang daripada 100 mukasurat, akan diberikan status 'gagal' dalam PJK dan diminta mengulang darjah.

#2 Angkat Hero Sukan Sepak Takraw Wanita

Setiap kanak-kanak yang menceburi bidang sukan perlukan hero untuk terus bermotivasi dalam sukan yang diceburinya. Seperti bola sepak wanita yang perlukan Mia Hamm, tenis wanita yang perlukan Martina Hingis dan sukan terjun wanita yang perlukan Wayne Rooney.

Surat khabar yang tak ada idea untuk melariskan jualan akhbar selain daripada mengaitkan Islam dengan seks dan babi (ya, Harian Metro) boleh lah menerbitkan artikel yang mengangkat atlet-atlet perintis sepak takraw wanita negara dan juga atlet sepak takraw dari Thailand, China dan Korea Selatan.

Lagi elok kalau dimulakan dengan atlet sepak takraw wanita kegemaran gua. Pemain apit kanan pasukan kebangsaan Thailand, Tidawan Daosakul yang cute dan sopan santun ini. 

Kredit: bangkokpost.com


Kredit: Yahoo!
Kredit: daylife.com
#3 Momokkan wanita Malaysia dengan iklan propaganda

There is nothing as powerful as repetitive and exciting ads in TV. Kalau dilihat di TV sekarang, banyak iklan yang menggunakan idea yang klise dan membosankan.

Cute la pulak iklan ni. Keh keh keh

Gua cadangkan kepada pembuat iklan tuala wanita supaya memaparkan keselesaan produk mereka ketika melakukan lipat gulung semasa bermain takraw. Baru lah awesome! Ini, balik-balik keselesaan ketika tidur, keselesaan ketika dating dengan boyfriend.....zzzzzzzzzzzzz. (Bayangkan Yuna atau Stacy lipat gulung! LOL)

Boleh juga diaplikasikan pada iklan deodoran, krim pencerah kulit dan mungkin juga pada iklan tudung.

#4 Pemain takraw didrafkan secara automatik ke universiti.

Golongan wanita sentiasa enthusiastic dengan masa depan mereka. Ini tak terkecuali dengan peluang masuk universiti mereka. 

Kementerian Belia dan Sukan boleh lah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya pemain takraw wanita yang berbakat mendapat slot automatik masuk ke universiti pilihan dengan syarat mendapat kelayakan akademik yang baik. Ya, macam universiti di Amerika buat untuk membentuk pasukan American Football mereka.

Dengan ini, pemain takraw wanita boleh bermain takraw dengan riang-rianya tanpa merisaukan ibu bapa; kot-kot anak mereka tak dapat masuk universiti sebab banyak main.

#5 Recycle and reuse

Dalam kes ni, gua cadangkan atlet gimnastik negara di-recycle dan dilatih supaya menjadi apit kanan berbisa. Ini kerana, seperti yang kita tau posisi apit kanan atau 'killer' merupakan posisi yang memerlukan kemahiran akrobatik di udara dan atlet gimnastik sememangnya terkenal dengan kemahiran tersebut.

Terbalikkan gambar ni 90 darjah dan letak bola takraw di kaki kanannya - kita dah dapat killer gulung wanita yang pertama.


Lagipun, kebanyakan karier atlet gimnastik berakhir sekitar umur 20-an sedangkan umur sebegini masih dianggap 'bergetah' dalam sukan lain termasuklah sepak takraw. 

Atlet 'veteran' gimnastik akan dilatih untuk membiasakan diri dengan kemahiran asas sepak takraw. Bila dah pandai menimang dan mengawal bola, mereka boleh jadi 'killer' yang berbisa. Mungkin boleh lipat gulung sehandal Tidawan Daosakul. OK, yang ni memang gua rasa merepek.



11/14/2010

Tips : Bagaimana Untuk Menilai Sesebuah Filem / Drama Tempatan Dengan Baik

SARCASM ALERT

Most of us suka menonton filem. Tak kiralah kamu seorang pengunjung wayang yang tegar mahupun pen-download movie secara haram yang maha hebat, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda menonton sesebuah filem.

  • Jangan menonton filem seperti ‘Inception’ jika anda seorang mat rempit – anda hanya akan menyebabkan diri anda kelihatan bodoh sepanjang 60 minit terawal dan for good’s sake, dialog-dialog macho seperti “Lu ni kan… buat gua panaaaaaaas je!” tidak akan dapat anda dengari sepanjang filem berlangsung. Filem-filem seperti ini hanya sesuai ditonton oleh makhluk-makhluk nerd dan tiada life seperti Shahrul Azri.
  • Filem-filem arahan A. Razak Mohaideen adalah dikategorikan sebagai ‘wajib tonton’ – tidak ada pengarah filem yang lebih berkaliber di Malaysia nan tercinta ini selain daripada Professor Madya tersebut. Ditambah pula dengan lakonan mantap lagi dahsyat daripada Apek, setiap filem arahan Razak Mohaideen sepatutnya tersenarai dalam carta 250 great movies di IMDb dengan purata paling bangsat pun adalah 9.2 / 10 bagi setiap filem. All hail Razak Mohaideen!
  • Farid Kamil is the next big thing – tontonlah kesemua filem lakonan satu lagi produk membanggakan UiTM ini, nescaya anda akan mendapat sebuah pengalaman menonton yang patut dibanggakan. Daripada watak seorang pemandu motosikal yang mendecit seperti setan lakunya, dia mampu bertransformasi 360 darjah menjadi seorang kekasih romantis yang boleh diharap dengan hanya berbekalkan rambut gaya corn-rolls.
  • Boikot kesemua filem mahupun arahan Khabir Bhatia – last time I checked, ‘Setem’ hanya dapat ditonton di beberapa pawagam sahaja. Apa maksudnya tu? Pastilah filem-filem arahannya sucks dan tidak nendang bontot. Nur Kasih? Meh…
  • Semua adaptasi daripada novel adalah tahi kecuali bertemakan setan – apa yang kita boleh harapkan sangat daripada penulis-penulis novel di Malaysia ni? Tak ada kreativiti langsung! Jika tak ada perkataan ‘setan’ dalam sesebuah novel itu, kamu ingat boleh mendatangkan hasil lumayan ke bila diadaptasi nanti? Hah? Hah? Pergi baca semua novel Ahadiat Akashah sekarang kalau nak jadi intelek! Jangan baca Jibam, itu cuma sebuah novel untuk orang terencat dan orang kampung sahaja.
  • Lan Pet Pet adalah legenda dan ‘Katt William Malaysia’ – kalau dia tak legend, dia takkan jadi adik ipar Rozita Che Wan la dowh dowh… nuff said.
  • Garapan-garapan the late Yasmin Ahmad hanyalah provokasi dan kecaman ke atas penonton semata-mata, tak payah fikir banyak, daripada membazir duit tengok, ada baiknya kita ke i-City – the point explains itself.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...