Pages

Memaparkan catatan dengan label Hello. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hello. Papar semua catatan

8/07/2011

Video Buster: Tangga Piano

biasanya kalau di kl sentral kalau ada tangga dan eskalator, yang mana satu menjadi pilihan ada untuk dilalui? jangan kata tangga. saya sendiri kalau boleh nak mengelak dari menggunakan tangga biar pakai eskalator senang dan tak banyak tenaga.

untuk mengembalikan scene naik tangga, saya syorkan buat tangga piano macam video ini, terus kurang sial orang nak naik eskalator!

7/04/2011

Gedebe!!!


Filem skinhead/punk pertama Malaysia


Filem Gedebe merupakan sebuah filem independen yang pada asalnya diilhamkan dari suatu pementasan teater arahan saudara Nam Ron pada tahun 2001 di Panggung Eksperimen, Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah kisah yang diadaptasikan secara longgar daripada karya William Shakespeare "Julius Caesar".
Pada tahun 2002, Cipta Films (bahagian perfileman Pustaka Cipta Sdn. Bhd.) telah bekerjasama dengan pengarah Nam Ron dan Amir Muhammad sebagai penerbit untuk menghasilkan versi filem Gedebe yang melalui penggambaran video digital. Filem ini telah ditayangkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Ogos 2003.
Gedebe membawa maksud seorang yang samseng atau berani. Di bawah pengertian ini, filem ini memaparkan konflik dalaman sesuatu kumpulan manusia yang berlaku apabila tercetusnya perebutan kuasa.
Filem Gedebe menggunakan dialek Kelantan sebagai bahasa penyampaian untuk sebahagian besar filem ini.



Sinopsis
Jalan cerita filem Gedebe ini memperlihatkan Caesar melantik dirinya sendiri sebagai pemimpin sebuah puak sekaligus telah mengundang keresahan di kalangan pengikutnya, terutama dari Cassius dan Brutus. Lebih-lebih lagi kerana Caesar berniat untuk menyatukan puak- puak lain yang selama ini bertelagah. Cassius, pada awalnya merupakan pengikut setia Caeser tetapi kemudiannya menjadi musuh yang berhasrat untuk menjatuhkan Caesar. Untuk menunaikan hasratnya, Cassius telah bersekongkol dan menghasut Brutus, orang kanan Caeser untuk mengkhianati Caesar.
pengarah

Oleh itu adalah preview filem ini. Soal suck ke tak suck tu tak pasti la. Sebab aku pon tak tonton lagi movie ni. Dalam usaha mencari la ni. Link Download Pon tak de. Kalau sapa-sapa trjumpa stuff ni. Kongsi-kong@ share-share la skit.

11/12/2010

Pembuka Bicara

Assalamualaikum,,

kosong je blog ni..budak-budak ni tak reti nak update ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...