Memaparkan catatan dengan label 18SG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 18SG. Papar semua catatan
5/31/2012
Review Filem : The Raid : Redemption [2011]
"When there's nowhere left to run or hide... you fight or die."
Aku dah tengok trailer filem ni way before movie ni keluar dan aku memang terpanggil untuk rasa excited disebabkan dalam trailer tu babak aksi pertarungannya memang patut diberi pujian.
Filem ini menarik kerana sebermula sahaja tayangan, kita telah pun dihidangkan dengan kepala manusia diterobos peluru, dan oleh kerana itu aku tak terkejut filem di-rated R. Filem ini berat bukan pada jalan cerita tetapi aksi. Ada juga beberapa bahagian filem yang mengundang adrenaline, seakan memerangkap penonton supaya sama-sama merasa kemelut.
Kisahnya berkisarkan sekumpulan SWAT diberi misi menyerbu sebuah apartment yang menjadi markas sebuah organisasi kongsi gelap beroperasi. Menariknya, markas ini tidak pernah berjaya dilolosi mana-mana pihak sebelum ini dengan mereka berpegang kepada prinsip "Never let anyone escape".
Personally, aku bagi filem ni :
9/10 untuk aksi. 7/10 untuk penceritaan. Aku terpaksa bias dalam hal ini atas beberapa faktor personal. Haha!
Untuk info lebih lanjut sila layari The Raid : Redemption.
Trivia :
- Soundtrack untuk filem ini digarap oleh Mike Shinoda (Linkin Park) dan dinyanyikan oleh Chino Moreno (Deftones)
Labels:
18SG,
filem,
Paan Ovrtd,
review
8/19/2011
8/06/2011
Kl Gangster Parodi
Haha macam haram, parodi untuk Kl Gangster, bukan Kl Gangster tapi iKLan Gangster. Hasil garapan kretif dari anak muda tempatan. Sangat menarik dan memang menarik. Hero ada gaya macam Aaron Aziz dah. kah kah kah. Choki Choki
Labels:
18SG,
awesome,
baik,
banyak duit sedap bercakap,
Bolehland,
cute,
Damn Thing,
dear friend,
LOLOLOLOL,
melayu boleh,
parody,
video
7/04/2011
Gedebe!!!
Filem skinhead/punk pertama Malaysia
Filem Gedebe merupakan sebuah filem independen yang pada asalnya diilhamkan dari suatu pementasan teater arahan saudara Nam Ron pada tahun 2001 di Panggung Eksperimen, Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah kisah yang diadaptasikan secara longgar daripada karya William Shakespeare "Julius Caesar".
Pada tahun 2002, Cipta Films (bahagian perfileman Pustaka Cipta Sdn. Bhd.) telah bekerjasama dengan pengarah Nam Ron dan Amir Muhammad sebagai penerbit untuk menghasilkan versi filem Gedebe yang melalui penggambaran video digital. Filem ini telah ditayangkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Ogos 2003.
Gedebe membawa maksud seorang yang samseng atau berani. Di bawah pengertian ini, filem ini memaparkan konflik dalaman sesuatu kumpulan manusia yang berlaku apabila tercetusnya perebutan kuasa.
Filem Gedebe menggunakan dialek Kelantan sebagai bahasa penyampaian untuk sebahagian besar filem ini.
Sinopsis
Jalan cerita filem Gedebe ini memperlihatkan Caesar melantik dirinya sendiri sebagai pemimpin sebuah puak sekaligus telah mengundang keresahan di kalangan pengikutnya, terutama dari Cassius dan Brutus. Lebih-lebih lagi kerana Caesar berniat untuk menyatukan puak- puak lain yang selama ini bertelagah. Cassius, pada awalnya merupakan pengikut setia Caeser tetapi kemudiannya menjadi musuh yang berhasrat untuk menjatuhkan Caesar. Untuk menunaikan hasratnya, Cassius telah bersekongkol dan menghasut Brutus, orang kanan Caeser untuk mengkhianati Caesar.
Labels:
18SG,
awesome,
Bolehland,
Budaya Punk,
dear friend,
emosi gila,
filem,
Freemason,
Hello,
info,
LOLOLOLOL,
melayu boleh,
otak-otak,
Politik serupa taik,
sarcasm,
Sembang Kosong
Langgan:
Catatan (Atom)


