Pages

Memaparkan catatan dengan label bersemangat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersemangat. Papar semua catatan

12/19/2011

Mantera : Filem Futuristik Malaysia

Di saat kita sedang hangat menyaksikan filem buatan hollywood berbentuk sci-fi seperti transformer, real steel dan sebagainya. Pasti ada yang tertanya-tanya bilakah industri tempatan akan menghasilkan filem sci-fi berbentuk mecha dan cyborg ini. Kini penantian itu boleh terubat dengan muncul sebuah filem sci-fi yang digarapkan oleh sekumpulan anak melayu iaitu 'Mantera'. Walaupun kesannya tidak cukup setara seperti teknologi barat, sekurang-kurangnya kita mempunyai permulaan untuk bertapak memajukan industri tempatan.


Filemnya mengisahkan mengenai seorang budak bernama Azman menemui sarung tangan berteknologi nano yang membolehkan motosikalnya berubah bentuk menjadi baju zirah mekanikal. Filem ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru, diantaranya ialah Tomok, Syikin Kamal dan beberapa pelakon baru Malaysia. 

Filem ini telah diterbitkan oleh Flare Studio dengan bantuan Spacetoon International dan diarahkan oleh Mohd Aliar Ally @ ALIYAR ALIKUTTHY

Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor. Ia membabitkan perselisihan dua kumpulan robotik seperti mana cerita Transformers dan Iron Man.


Menurut Ketua Pegawai Perhubungan dan Komunikasi FSSB, Khairul Anuar Md. Ariff, filem ini menjalani penggambaran sebanyak 40 peratus di luar negara iaitu di Dubai dan Rusia serta turut dibintangi oleh para pelakon antarabangsa.

Antaranya ialah seperti Wael Al-Masri dari Dubai, Ayman, Mikhail Dorojkin,Said Dashuk-Nigmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Ms. World 2008, Natalya Shmarenkova @ Kamaliya.

Kos penggambaran di Dubai dan Rusia, sebahagian besarnya telah ditanggung oleh Spacetoon International iaitu rakan kongsi FSSB untuk filemMantera.


Filem arahan Mohd. Aliar Ally ini juga menggabungkan teknologi perfileman Rusia dan hanya melibatkan 20 peratus CGI sahaja.filem ini turut akan ditayangkan di 38 buah negara di sekitar negara-negara di Asia Barat, Asia Timur dan Eropah Timur," kata Khairul Anuar.

Filem ini juga dianggarkan kosnya sebanyak 5.5 juta dan tidak dipastikan lagi. Diharapkan filem ini mampu membuka mata penonton-penonton Malaysia tentang kewujudan teknologi di Malaysia dan mengurangkan masalah-masalah yang selalu berlaku dalam pengeluaran filem-filem sekarang. 






+Sumber 

12/15/2011

Acheh Haramkan Punk Rock :Punkers Dibotakkan Pihak Berwajib

Di bandar Acheh, seramai 65 remaja yang berpakaian seperti seorang punkers ditangkap dan dibasuh oleh pihak berkuasa di sana kerana ia dianggap sebagai satu ancaman kepada umat islam yang lain. Mereka terdiri dari 59 remaja lelaki dan 6 remaja wanita. Mereka merupakan pendengar muzik punk, tetapi rantai leher dan semua peralatan mereka di buang ke dalam kolam. Kemudian mereka terpaksa melepakkan diri di dalam kolam tersebut untuk permbersihan rohani katanya. Aku tak tahulah apa punya pemikiran sesetengah rakyat Indonesia ni.



65 orang remaja ini kemudiannya dihantar ke sekolah polis untuk menerima bimbingan mental dan rohani selama sepuluh hari. Hanya selepas itu mereka dibenarkan pulang ke rumahIa adalah usaha terbaru dari pihak berkuasa disana untuk menggalakkan nilai-nilai moral yang tegas di Aceh, lebih dari 240 milion orang di sana telah dikenakan dasar undang-undang sebegini.













Zina dihukum dengan cara merejam sehingga matihomoseksual telah dimasukkan kedalam penjara ataupun merotannya di khalayak ramai dengan rotanwanita telah diberitahu bahawa memakai tudung adalah suatu kemestian, tetapi seluar yang ketat adalah diharamkan di sana. 







Fauzan, 20 tahun " kenapa rambut saya menjadi mangsa? sedangkan ia tidak mengganggu orang pon".

Obiefiend berkata

This is just so damn ridikeles but at the same time so damn lol. Ridikeles pasal pihak polis menahan orang atas dasar cara pemakaian mereka. Lol pula pasal Indonesia is LOLercopter.

Diharap pihak berkuasa Malaysia tidak akan melakukan perkara yang sama di Malaysia. Bukan apa bro, kalau pihak berwajib keagamaan kita buat benda yang sama nanti Indo akan cakap "Dasar Malon! ini juga mau dimalingi Malinshit ya?" . Jadi untuk menjaga maruah negara dan menyelamatkan keduataan kita dari dibaling tahi lagi, aku berharap Malaysia tak akan buat benda bodoh macam ini.


+sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...