Pages

Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

12/27/2010

Malaysia 3 - 0 Indonesia

taniah di ucapkan pada pasukan negara kerana berjaya menewaskan pasukan jiran dengan 2 jaringan Safee Sali dan Ashari..pada babak pertama pasukan negara berjaya menunjuk pengawalan bola bergaya dengan gerakkan dari Safiq Rahim dan larian kencang sebelah sayap kiri dari Kunalan yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan pelawat.

saya mengucapkan terima kasih pada SHAHRUL Idlan (pengatin Baru) yang berjaya menunjukkan aksi yang bermutu dengan 2 hantarannya berjaya menghasilkan gol..mungkin hasil puasanya di malam pertama yang membawa pada aksi yang cukup memberansangkan dan bukannya aksi teransang..perlawanan ini dicemari dengan insiden laser hijau yang dipancarkan kearah penjaga gawang lawan hingga memaksa perlawanan dihentikan selama 5minit dan Sultan bola turun dari tempat duduk khasnya.

cuma gua kecewa di 10 minit yang terakhir pemain negara sudah mula bermain dengan sambil lewa dan tidak menunjukkan semangat untuk melawan..kita berharap skuad negara bersiap sedia dari segi mental dan nafsu, "Biarin aja di curang pake laser... Nanti pas tanding di INA. Jupe pake BH doang biar pada buta tuh mata liat gunung kembar gue..." di petik dari twitter Julia Perez.. jika di bukit jalil pemain lawan kena pancaran laser mungkin di stadium Bung Karno pemain negara akan berhadapan dengan pancaran gunung kembar dari Julia Perez..jadi selamat menjaga nafsu, terutama Shahrul Idlan..


mungkin saya akan kesana untuk merasai pancaran gunung kembar Julia Perez..kahkahkah!

12/18/2010

Akhirnya Berada Di Perlawanan Akhir

ya ucapan taniah kepada pasukan negara yang telah layak ke perlawanan akhir piala Suzuki tahun 2010 dengan kemenangan agregat 2-0 ke atas vietnam..pada perlawanan ulangan di hanoi boleh dikata antara paling "menarik" gua pernah tengok dimana pemain negara malas berusaha untuk mencari gol seolah-olah sudah cukup berpuas hati dengan kelebihan 2 gol di tempat sendiri..

hal ini mengingatkan gua pada perlawanan bola sepak di zaman sekolah rendah gua dimana gua bermain di posisi pertahanan kiri, ketika itu pasukan gua mendahului pasukan juara bertahan dengan jaringan 1 gol di awal separuh masa pertama..bila half time, " asal dapat bola kamu sepak bola tu jauh-jauh dari kawasan pasukan kita nanti pandai-pandailah penyerang kita kejar " kata cikgu yang mengarahkan pemain pertahanan buang bola jauh ke kawasan lawan..gua syak K.Rajagobal pernah jadi coach bola cikgu gua..

disini gua mengucapkan beribu-ribu lemon terima kasih kepada penjaga gol negara kita yang bertindak cemerlang pada malam ini menangkis segala asakan dari pasukan vietnam..perlawanan pada malam ni tak ubah seperti perlawanan budak sekolah bawah 12 tahun, dimana kerja pertahanan negara mengeluarkan bola dari kawasan negara dan meletakkan seorang pemain untuk mengucar-kacirkan pihak lawan.

pemain perancang negara kita juga seolah-olah hilang idea untuk merencanakan gerakan yang menarik cuma di 15 minit terakhir perlawanan banyak gerakan yang menarik dari pasukan negara cuma penyudah dari penyerang negara kita agak tumpul.penyerang negara kita juga banyak menghampakan peminat bola di televisyen dengan gaya skil yang macam haram jadah, bajet macam 'Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi' dengan persembahan itu sudah cukup membuatkan gua benar-benar hampa..

walaupun negara kita sudah mencapai status negara maju malah lebih maju dari vietnam, tapi dalam permainan bola sepak, negara kita jauh ketinggalan dari vietnam..hal ini patut di ambil serius oleh sultan bola supaya sukan nombor satu negara kita tidak dipandang remeh oleh pasukan lawan.

12/07/2010

Menang Bergaya Umpama Menang Piala

taniah kepada pasukan Malaysia kerana melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, dan kita patut berterima kasih kepada pasukan negara jiran kita Indonesia yang menyekat kemaraan pasukan Thailand dari menghancurkan impian pemain muda kita yang akan menjadi tonggak masa depan negara kita untuk layak ke piala dunia 2022 di Qatar..

pertemuan dengan pasukan belasah iaitu Laos bukan la tugas mudah buat pasukan negara untuk menjinakkan mereka sampai ke tahap sebegini rupa..seperti yang kita tahu, pasukan negara berada pada ranking yang ke seratus lebih manakala Laos pula berada di ranking seratus lebih skit dari negara kita..diatas kertas lebih jelas memihak keatas pasukan negara..dalam edisi Piala Suzuki ini mereka telah berjaya mengikat pasukan Thailand pada perlawanan pertama dan berjaya menambah koleksi dengan 6 gol bolos kepada pasukan Indonesia..

apabila sepak mula dijalankan, gua terus keluar rumah berjalan-jalan sekitar lembah kelang dan akhirnya pasukan negara berjaya membaham pasukan Laos dengan kemenangan 5-1..dan sekalung taniah di ucapkan kepada meraka dari kami pasukan blogbuster..

11/30/2010

5 (Lima)

Barcelona 5 - 0 Real Madrid

trivia:
-mengalahkan pasukan yang mempunyai pemain terbaik dunia
-pasukan yang memiliki ramai pemain terbaik dunia cuma mengawal bola untuk 30% selama 90minit bermain
-ini adalah kali kedua gua tengok muka ronaldo masam
-setakat manchester united tu ape la sangat?

11/21/2010

How to Produce Asian Class Sepak Takraw Players

Di Malaysia, sukan sepak takraw masih dianggap sukan taboo di kalangan wanita di Malaysia. Alasannya sukan ni tak feminin, tak ayu, tak jelita dan gambar perempuan main takraw tak tinggi darjah ke-whore-an nya untuk dijadikan gambar profil Facebook.

Di sisi, gua cadangkan 5 cara-cara untuk mengajak wanita-wanita bermain takraw sekaligus membolehkan kita menghantar wakil dalam acara sepak takraw wanita di Sukan Asia dan Sukan Sea kelak.

#1 Masukkan sepak takraw sebagai salah satu sub-topik dalam subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK)

Masa gua sekolah dulu, budak-budak perempuan selalu dipaksa kemas stor sukan pada waktu PJK. Budak laki sedap main bola. Bila balik kelas, badan budak laki je berpeluh. Budak perempuan siap ada bedak bertepek lagi kat pipi.

Daripada kemas stor sukan, apa kata cikgu PJK ajar budak perempuan asas-asas dalam permainan takraw seperti menimang bola. Lepas ajar asas-asas sepak takraw, suruh budak-budak tu buat folio pasal sukan sepak takraw. Folio siapa yang kurang daripada 100 mukasurat, akan diberikan status 'gagal' dalam PJK dan diminta mengulang darjah.

#2 Angkat Hero Sukan Sepak Takraw Wanita

Setiap kanak-kanak yang menceburi bidang sukan perlukan hero untuk terus bermotivasi dalam sukan yang diceburinya. Seperti bola sepak wanita yang perlukan Mia Hamm, tenis wanita yang perlukan Martina Hingis dan sukan terjun wanita yang perlukan Wayne Rooney.

Surat khabar yang tak ada idea untuk melariskan jualan akhbar selain daripada mengaitkan Islam dengan seks dan babi (ya, Harian Metro) boleh lah menerbitkan artikel yang mengangkat atlet-atlet perintis sepak takraw wanita negara dan juga atlet sepak takraw dari Thailand, China dan Korea Selatan.

Lagi elok kalau dimulakan dengan atlet sepak takraw wanita kegemaran gua. Pemain apit kanan pasukan kebangsaan Thailand, Tidawan Daosakul yang cute dan sopan santun ini. 

Kredit: bangkokpost.com


Kredit: Yahoo!
Kredit: daylife.com
#3 Momokkan wanita Malaysia dengan iklan propaganda

There is nothing as powerful as repetitive and exciting ads in TV. Kalau dilihat di TV sekarang, banyak iklan yang menggunakan idea yang klise dan membosankan.

Cute la pulak iklan ni. Keh keh keh

Gua cadangkan kepada pembuat iklan tuala wanita supaya memaparkan keselesaan produk mereka ketika melakukan lipat gulung semasa bermain takraw. Baru lah awesome! Ini, balik-balik keselesaan ketika tidur, keselesaan ketika dating dengan boyfriend.....zzzzzzzzzzzzz. (Bayangkan Yuna atau Stacy lipat gulung! LOL)

Boleh juga diaplikasikan pada iklan deodoran, krim pencerah kulit dan mungkin juga pada iklan tudung.

#4 Pemain takraw didrafkan secara automatik ke universiti.

Golongan wanita sentiasa enthusiastic dengan masa depan mereka. Ini tak terkecuali dengan peluang masuk universiti mereka. 

Kementerian Belia dan Sukan boleh lah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya pemain takraw wanita yang berbakat mendapat slot automatik masuk ke universiti pilihan dengan syarat mendapat kelayakan akademik yang baik. Ya, macam universiti di Amerika buat untuk membentuk pasukan American Football mereka.

Dengan ini, pemain takraw wanita boleh bermain takraw dengan riang-rianya tanpa merisaukan ibu bapa; kot-kot anak mereka tak dapat masuk universiti sebab banyak main.

#5 Recycle and reuse

Dalam kes ni, gua cadangkan atlet gimnastik negara di-recycle dan dilatih supaya menjadi apit kanan berbisa. Ini kerana, seperti yang kita tau posisi apit kanan atau 'killer' merupakan posisi yang memerlukan kemahiran akrobatik di udara dan atlet gimnastik sememangnya terkenal dengan kemahiran tersebut.

Terbalikkan gambar ni 90 darjah dan letak bola takraw di kaki kanannya - kita dah dapat killer gulung wanita yang pertama.


Lagipun, kebanyakan karier atlet gimnastik berakhir sekitar umur 20-an sedangkan umur sebegini masih dianggap 'bergetah' dalam sukan lain termasuklah sepak takraw. 

Atlet 'veteran' gimnastik akan dilatih untuk membiasakan diri dengan kemahiran asas sepak takraw. Bila dah pandai menimang dan mengawal bola, mereka boleh jadi 'killer' yang berbisa. Mungkin boleh lipat gulung sehandal Tidawan Daosakul. OK, yang ni memang gua rasa merepek.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...