12/19/2011
Armour X, Aksi Superhero Malaya
10/02/2011
Alat Bantuan Semasa serangan Zomba..
Kita tak menjangka sesuatu musibah yang bakal berlaku. Kemungkinan di era sekarang ni tak mustahil jika berlaku sesuatu yang selama ini hanya dibayangkan melalui kisah-kisah hiburan semata-mata. Tidak mustahil. Jadi ini adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu ada jika tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka dan bertukar menjadi seorang perajurit. Hahaha LOLLLL!!!





9/24/2011
6/12/2011
Continuance : Bateri Untuk Penggila Gadget Di Kala Sangap Tenaga
Pernah tak bila kau orang tengah syok call boyfriend / girlfriend, tiba-tiba handphone berbunyi menandakan low battery? Atau pun tengah sedap goyang-goyang kepala layan lagu 2PM di mp3 player tiba-tiba power off dalam LRT?
Nah, sekarang dah ada penyelesaiannya iaitu bateri rechargeable 'Continuance'! Bateri bersaiz AA yang ada connection USB pada badannya ni dicipta oleh Haimo Bao, Hailong Piao, Yuancheng Liu and Xiameng Hu.
Tapi daripada segi praktikalnya, jangan tanya aku macam mana. Pasal benda ni pun aku belum ada nampak lagi kat Malaysia. Kalau sesiapa dah pernah guna / member-member guna / anak saudara pencipta kat atas, share some story la. Okay?
Source : Yanko Design
3/01/2011
Video : Penderaan Ke Atas Anjing Robot? (Creepy...)
Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa macam sangat disturbing dengan video di bawah. Yelah, walaupun ianya hanyalah seekor (?) robot, tapi oleh kerana gaya berjalan dan bila ditunjukkan cara dia yang terlalu bersusah payah, aku rasa macam robot anjing ni real. Shit!
Apa-apa hal, kasi layan video di bawah. Tengok creepy tak creepy.
2/28/2011
Editor's Pick : Code 46 (2003)
Ya, aku tau movie ni dah agak lama. Kalau ianya insurans kenderaan, kiranya dah boleh masuk kategori third party jugak lah.
Then again, jujurlah - berapa ramai sangat yang dah tengok / pernah terdengar / tertengok filem ni? Aku boleh bet 90% dari kau semua tak pernah kenal pun siapa Tim Robbins.
Bagi penggemar dan penonton setia filem seperti aku dan Shahrul Azri, Tim Robbins tidak asing di mata kami semenjak kehadiran The Shawshank Redemption ke dunia perfileman. Tidak ada lagi filem yang mampu mengganggu-gugat kedudukan The Shawshank Redemption yang sedang dan masih berada di puncak carta 250 great movies of all time di Internet Movie Database (IMDb).
Dan sudah menjadi kelaziman bagi manusia seperti aku yang akan menggodek filem-filem lain, berkat keberkesanan lakonan si Tim Robbins di dalam The Shawshank Redemption tersebut. Hasilnya - nah, sebuah filem pasca-masa depan yang sarat dengan lagu-lagu berirama 'shoegaze', seolah-olah mengejek tentang ketamadunan masa depan.
Sebenarnya, mempertaruhkan Tim Robbins adalah suatu risiko, secara konsepnya. Tidak ramai pengarah filem yang tahu bagaimana untuk benar-benar menonjolkan Tim Robbins dalam karya mereka, sekaligus mencampakkan karisma Tim Robbins ke lembah yang menyedihkan (lihat City of Amber).
Kita pedulikan tentang itu dan kembali kepada filem ini. Tim Robbins sebetulnya membayangi Tom Hanks. Ini pendapat aku secara peribadilah. Dia bagus dalam permainan riak muka dan emosi, dan ini salah satu menjadikan dia dalam senarai underrated favorite actors aku. Samantha Morton sebagai Maria Gonzalez pula kelihatan realistik dalam filem ini, meskipun tidaklah pula boleh dianggap sebagai cemerlang. Namun ianya 'hidup'.
Sejujurnya, aku rasa berdosa jika tidak memperkatakan sesuatu tentang filem ini setelah menontonnya. Ada sesuatu yang membuatkan ianya mampu menambat hati aku untuk menontonnya lagi dan lagi dan lagi. Bukanlah kerana babak di mana bulu pubis (for real!) Maria dipertontonkan mahupun babak erotik Maria-William, tetapi kerana ada yang tidak mampu aku ungkapkan tentang perjalanan filem ini yang seninya kelam, ada ketika me-ribut taufan seketika dan ada ketikanya membuatkan kau empathy pada watak Maria dan William.
Ini sebuah kisah cinta berlatar belakangkan kekusutan sistem masa depan - bagaimana pengkastaan, sains, teori domino dan penolakan moral bercampur-baur dalam satu perisa yang akan menjamin kau mencari semula cerita ini, untuk diceritakan pula kepada manusia lain. Sebuah filem yang cemerlang, meskipun bukan yang terbaik.
2/05/2011
Trivia : 10 Fenomena Misteri Minda
Ramai di antara kita mungkin pernah mengalami salah satu atau lebih daripada fenomena-fenomena minda 'subliminal' di bawah. Apa yang menjadi misteri adalah sehingga ke hari ini belum ada jawapan paling tepat bagi merungkai bagaimana ianya terjadi.
Apakah anda pernah mengalami peristiwa fenomena-fenomena minda di bawah?
8. Déjà Visité
Déjà senti adalah fenomena di mana seseorang individu itu merasakan bahawa dia 'pernah mengalami sesuatu keadaan', namun minda tidak dapat mengesan bahawa sebenarnya individu tersebut belum pun melalui sesuatu pengalaman itu.
Contoh paling mudah adalah anda merasakan bahawa anda baru sahaja mengucapkan sesuatu tetapi anda tahu bahawa anda, realitinya, tidak menuturkan apa-apa pun.
6. Jamais Vu
Jamais vu (never seen) menjelaskan tentang sesuatu keadaan di mana individu sedang mengalaminya namun tidak dapat mengenalinya. Ianya selalu dianggap sebagai kontra kepada déjà vu dan melibatkan perasaan takut kepada situasi tersebut. Pelaku tidak dapat mengenali situasi yang dialaminya secara rasional walhal dia pernah atau sedang menjalaninya. Ianya dijelaskan bila mana seseorang individu itu tidak dapat mengenali seseorang, perkataan atau tempat yang pernah dilihatnya. Chris Moulin, dari Leeds University, meminta 92 orang sukarelawan untuk menulis perkataan 'door' sebanyak 30 kali dalam tempoh 60 saat, dan hasilnya 68% daripada responden menunjukkan simptom jamais vu - seperti mula meragui bahawa 'door' adalah perkataan yang nyata. Ini menyebabkan dia membuat persepsi bahawa jamais vu adalah petanda kepada kegagalan fungsi otak.
5. Presque Vu
Kredit : Oculus Vision
Presque vu adalah serupa dengan fenomena "tip of the tongue sensation" - ianya merupakan suatu perasaan yang kuat untuk mengingat sesuatu keadaan / perkara sehingga mendorong seseorang individu itu mengalami epiphany - meskipun jarang terjadi. Terma 'presque vu' bermaksud 'hampir kelihatan'. Fenomena ini boleh menyebabkan seseorang itu merasa sangat terganggu dan kebingungan.
4. L’esprit de l’Escalier
Artikel asal - Listverse
2/02/2011
Infografik : Jenis-jenis Skru
Yeah, aku tau mungkin benda ni lame pada certain orang tapi to those yang into DIY stuff, yang gemar bertukang, this info-graphic adalah untuk kamu.
Ada ketikanya kita tak tau apa jenis skru yang kita perlukan untuk satu-satu perkara / bahan dan macam mana ghupe-nya. So, worry not, dear tukang-ers.
1/31/2011
1/17/2011
The Classroom Blog: Say Good Bye to Boring Shits.
![]() |
| Kredit |



