Pages

Memaparkan catatan dengan label melayu boleh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melayu boleh. Papar semua catatan

12/19/2011

Armour X, Aksi Superhero Malaya

Tahukah kalian selain superhero realiti seperti Chempiang, terdapat lagi superhero yang boleh dikira ala-ala Tokusatsu, gaban, kamen rider malaysia yang telah wujud. Tetapi mungkin ada masalah sambutan la pada masa tu. Movienye bertajuk 'Armor-x'. Aku pernah membaca artikelnya dalam majalah gempak. Tak pasti keluaran isu berapa. Yang pastinya ialah filem ini hasilnya buatan Malaysia. Serius aku nak filem macam ni lebih banyak bertapak di Malaysia. Tapi, Sayangnya tidak dapat bertahan. Pihak syarikat motosikal kris juga ada menyumbangkan motosikal prototaip yang awesome untuk filem ni. Bukan senang nak tengok kelainan dalam industri Malaysia. Cukuplah berlambak cerita cinta, seram, komedi dan aksi yang kurang mantap. Tolong puaskan satu golongan yang dahagakan superhero dari tanah airnya sendiri. Please Yoooo....


Trailer yang buat korang "Caiya"


Aku rasa ia dikeluarkan dalam bentuk vcd or Dvd. Kalau sapa mempunyai hard copynya dipersilakan berkongsi. Sebab kesenian Malaysia memang membutuhkan semua ini. #LOL

Mantera : Filem Futuristik Malaysia

Di saat kita sedang hangat menyaksikan filem buatan hollywood berbentuk sci-fi seperti transformer, real steel dan sebagainya. Pasti ada yang tertanya-tanya bilakah industri tempatan akan menghasilkan filem sci-fi berbentuk mecha dan cyborg ini. Kini penantian itu boleh terubat dengan muncul sebuah filem sci-fi yang digarapkan oleh sekumpulan anak melayu iaitu 'Mantera'. Walaupun kesannya tidak cukup setara seperti teknologi barat, sekurang-kurangnya kita mempunyai permulaan untuk bertapak memajukan industri tempatan.


Filemnya mengisahkan mengenai seorang budak bernama Azman menemui sarung tangan berteknologi nano yang membolehkan motosikalnya berubah bentuk menjadi baju zirah mekanikal. Filem ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru, diantaranya ialah Tomok, Syikin Kamal dan beberapa pelakon baru Malaysia. 

Filem ini telah diterbitkan oleh Flare Studio dengan bantuan Spacetoon International dan diarahkan oleh Mohd Aliar Ally @ ALIYAR ALIKUTTHY

Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor. Ia membabitkan perselisihan dua kumpulan robotik seperti mana cerita Transformers dan Iron Man.


Menurut Ketua Pegawai Perhubungan dan Komunikasi FSSB, Khairul Anuar Md. Ariff, filem ini menjalani penggambaran sebanyak 40 peratus di luar negara iaitu di Dubai dan Rusia serta turut dibintangi oleh para pelakon antarabangsa.

Antaranya ialah seperti Wael Al-Masri dari Dubai, Ayman, Mikhail Dorojkin,Said Dashuk-Nigmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Ms. World 2008, Natalya Shmarenkova @ Kamaliya.

Kos penggambaran di Dubai dan Rusia, sebahagian besarnya telah ditanggung oleh Spacetoon International iaitu rakan kongsi FSSB untuk filemMantera.


Filem arahan Mohd. Aliar Ally ini juga menggabungkan teknologi perfileman Rusia dan hanya melibatkan 20 peratus CGI sahaja.filem ini turut akan ditayangkan di 38 buah negara di sekitar negara-negara di Asia Barat, Asia Timur dan Eropah Timur," kata Khairul Anuar.

Filem ini juga dianggarkan kosnya sebanyak 5.5 juta dan tidak dipastikan lagi. Diharapkan filem ini mampu membuka mata penonton-penonton Malaysia tentang kewujudan teknologi di Malaysia dan mengurangkan masalah-masalah yang selalu berlaku dalam pengeluaran filem-filem sekarang. 






+Sumber 

9/27/2011

Minggu konvokesyen

selamat hari graduasi bagi mereka yang sudah habis belajar, bagi yang belum habis. kita kenangkan semula kisah konvo time tadika, semua itu indah belaka bukan? andainya masa itu dapat diputarkan balik semula. :)

8/12/2011

Poster Dulu-dulu

Poster promo mari menikmati keindahan dan melawati Tanah Malaya dulu-dulu. 








 

+http://www.malaysiadesignarchive.org/

8/06/2011

Kl Gangster Parodi

Haha macam haram, parodi untuk Kl Gangster, bukan Kl Gangster tapi iKLan Gangster. Hasil garapan kretif dari anak muda tempatan. Sangat menarik dan memang menarik. Hero ada gaya macam Aaron Aziz dah. kah kah kah. Choki Choki



7/04/2011

Gedebe!!!


Filem skinhead/punk pertama Malaysia


Filem Gedebe merupakan sebuah filem independen yang pada asalnya diilhamkan dari suatu pementasan teater arahan saudara Nam Ron pada tahun 2001 di Panggung Eksperimen, Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah kisah yang diadaptasikan secara longgar daripada karya William Shakespeare "Julius Caesar".
Pada tahun 2002, Cipta Films (bahagian perfileman Pustaka Cipta Sdn. Bhd.) telah bekerjasama dengan pengarah Nam Ron dan Amir Muhammad sebagai penerbit untuk menghasilkan versi filem Gedebe yang melalui penggambaran video digital. Filem ini telah ditayangkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Ogos 2003.
Gedebe membawa maksud seorang yang samseng atau berani. Di bawah pengertian ini, filem ini memaparkan konflik dalaman sesuatu kumpulan manusia yang berlaku apabila tercetusnya perebutan kuasa.
Filem Gedebe menggunakan dialek Kelantan sebagai bahasa penyampaian untuk sebahagian besar filem ini.



Sinopsis
Jalan cerita filem Gedebe ini memperlihatkan Caesar melantik dirinya sendiri sebagai pemimpin sebuah puak sekaligus telah mengundang keresahan di kalangan pengikutnya, terutama dari Cassius dan Brutus. Lebih-lebih lagi kerana Caesar berniat untuk menyatukan puak- puak lain yang selama ini bertelagah. Cassius, pada awalnya merupakan pengikut setia Caeser tetapi kemudiannya menjadi musuh yang berhasrat untuk menjatuhkan Caesar. Untuk menunaikan hasratnya, Cassius telah bersekongkol dan menghasut Brutus, orang kanan Caeser untuk mengkhianati Caesar.
pengarah

Oleh itu adalah preview filem ini. Soal suck ke tak suck tu tak pasti la. Sebab aku pon tak tonton lagi movie ni. Dalam usaha mencari la ni. Link Download Pon tak de. Kalau sapa-sapa trjumpa stuff ni. Kongsi-kong@ share-share la skit.

6/27/2011

Punk BerTaqwa??

Taqwacores


Peringatan : Topik yang aku akan keutarakan mengandungi unsur-unsur keganasan,sek rambang, perkauman, menyentuh sensitiviti agama, dan juga dapat memesongkan akidah pembaca yang membacanya. Dan anda diharapkan jangan membacanya dalam keadaan serius, sebabnya aku cuma bergurau saja.


Klik Untuk Pembesaran +google


Masuk ni dah dua kali aku tengok movie ni (baru 2 kali). Tetapi aku masih gagal mencari kebaikan dalam filem ni. Filem ni boleh dikatakan agak berat walaupun filem ini berkisarkan tentang Punk-Punk Amerika yang beragama Islam. Kalau korang tengok kompem dalam kepala otak korang cop diorang memang songsang. Mungkin didalam filem terdapat perjuangan anak muda memartabatkan agama Islam. Tetapi kebanyakkannya dalam filem ini banyak menunjukkan Kejahilan diorang je dari kebaikan. Jadi aku sarankan korang fikir banyak kali untuk menonton filem ini sebelum meluahkan makian-makian berunsur lucah dan hak asasi binatang haram. 


trailer


Sedikit preview :

Filem ini berdasarkan novel hasil tulisan Michael Muhammad Knight, seorang mualaf America, Journalist dan pemuzik. Penulisannya banyak mempengaruhi budak-budak dekat Amerika. Dia banya bercerita tentang budaya islam di sana. Dia start Memeluk Islam sejak berusia 15 tahun dan mula tertarik dengannya sejak berusia 13 tahun.


Sinopsis filem ini mengisahkan tentang Yusef, Generasi pertama anak keturunan Pakistan yang berjaya melanjutkan pembelajaran dalam bidang Engineering yang telah melepakkan dirinya bersama golongan-golongan punk muslim di Bufallo, New York. Dia akhirnya terjebak dan telah terdedah dengan golongan-golongan punk yang memperkenalkan Taqwacores pada dia.


Unsur-Unsur keji yang terdapat dalam filem ini ialah mabuk, Menghisap dadah, Sek Bebas,Umat Islam bertatu,mengganggu kenteteraman awam, Bawa Quran merata-rata, Sembahyang dalam tandas, imam seorang perempuan, azan menggunakan gitar karen, Isap konek dan ludah air mani kepada orang,  dan beberapa unsur negatif lain yang cuba disampaikan. Walaupun mereka cukup sembahyang 5 waktu tetapi aku rasa tak perlu nak campur adukkan soal agama dengan fahaman ideologi ni. Punk-punk, agama-agama. Jangan campur adukkan. Korang yang menilai aku hanya sampaikan agar tiada yang terjebak dan terpesong.


+Sumber
ada yang memaki dan ada yang menyokong
maki
maki2
menyokong



5/27/2011

Short Film : The Invigilator (Malaysia)

What's happening guys?

Siapa kata sinematografi tempatan kita sucks? Di bawah adalah sebuah short film yang ditulis dan diarahkan oleh Manesh Nesaratnam. Dibintangi oleh muka-muka teater seperti Tony Eusoff, Cheryl Samad dan Zahiril Adzim, short film ini berkisarkan tentang bidang pendidikan dan hubungan keguruan dengan murid-murid yang bermasalah. Sebuah short film yang aku rasa wajib ditonton oleh semua warga guru, terutamanya guru-guru yang sedang menjalani praktikal dan (malangnya) ditempatkan di sebuah sekolah yang rata-ratanya mengalami masalah disiplin.

This video just came out recently dan aku hairan kenapa tak ramai yang memperkatakan pasal short film ni. Ianya awesome, kau tau? Video agak panjang, tapi enjoyable. So, have fun watching!

Editor's rating : 4.5 / 5



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...