Pages

Memaparkan catatan dengan label pictures. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pictures. Papar semua catatan

10/03/2011

Poster Tribute untuk Filem Inglorious Bastards

Pernah tonton filem arahan Pengarah berseni Quantin Tarantino. Dia pernah menghasilkan movie seperti planet terror dan sebagainya. Filem Inglorious Bastards merupakan karyanya yang berkisarkan tentang sekumpulan tentera amerika yang berjuang di tanah air jerman melawan puak nazi. Dan dihasilkan juga Poster Tribute untuk Filem Inglorious Bastards.

Poster filemnya yang sebenar versi separuh














6/12/2011

Dale Price : Bapa Mithali Yang Aneh

Ini adalah sebuah kisah yang aku sendiri rasa aneh, kelakar dan agak sadis dalam masa yang sama. Dale Price, seorang bapa kepada Rain (pergh nama!) mempunyai cara yang agak aneh ketika menghantar anaknya menaiki bas sekolah iaitu dengan memakai kostum-kostum yang aku rasa tak ada seorang pun bapa normal yang lain akan ikut.

Mr Price dilaporkan mempunyai 170 kostum yang akan ditukarnya setiap kali dia melambai anaknya di dalam bas sekolah, malah pernah dilaporkan duduk di atas mangkuk jamban dengan seluar dilurutkan sambil membaca surat khabar di luar rumah, semata-mata gimik khas buat anaknya yang malu dengan perbuatan beliau.

I don't know guys. inB4, untunglah ada ayah. Ada orang lahir yatim piatu tu langsung tak rasa nikmat kena lambai dengan ayah, ye dak? One can only hope for a dad like this. LOL


Sumber : MetroUK

Deco : Rumah Dari Kilang Simen

Rumah di bawah dibina daripada kilang simen terbiar, yang dijumpai pemiliknya pada tahun 1973. Apa yang menariknya adalah "KEPALA HOTAK KAU BERAPA JUTA KAU BERHABIS DUIT NAK RENOVATE NI WOI!". Enjoy the pictures dan sila jeles. Untuk imej lebih, sila ke link asal.


Sumber : Epic Weird

Eye Candies : Infografik Sejarah Perkembangan Hipster (2010)

Aku sendiri pun tak tau nak klasifikasikan hipster ni apa benda sebenarnya. Aku pun kadang-kadang dressing up macam style dalam infografik kat bawah ni jugak. Ntah. Bantai sana. Layan sudah dowh. Right click > open image in new tab untuk gambar yang lebih besar dan tab tak tertukar. Gambar asal dia amat besar, so aku crop jadi dua part.


Sumber : Now Sourcing

Continuance : Bateri Untuk Penggila Gadget Di Kala Sangap Tenaga

What's happening, guys?

Pernah tak bila kau orang tengah syok call boyfriend / girlfriend, tiba-tiba handphone berbunyi menandakan low battery? Atau pun tengah sedap goyang-goyang kepala layan lagu 2PM di mp3 player tiba-tiba power off dalam LRT?

Nah, sekarang dah ada penyelesaiannya iaitu bateri rechargeable 'Continuance'! Bateri bersaiz AA yang ada connection USB pada badannya ni dicipta oleh Haimo Bao, Hailong Piao, Yuancheng Liu and Xiameng Hu.

Tapi daripada segi praktikalnya, jangan tanya aku macam mana. Pasal benda ni pun aku belum ada nampak lagi kat Malaysia. Kalau sesiapa dah pernah guna / member-member guna / anak saudara pencipta kat atas, share some story la. Okay?


Source : Yanko Design

3/01/2011

Eye Candies : Foto-foto Rockstars Ketika Muda

What's happening, guys?

Aku LOL'D HARD pada muka Kirk Hammet dengan Marilyn Manson! Tak metal langsung!


Dari kiri ke kanan; mengikut turutan :

Zach de la Rocha (Rage Against the Machine)
Eddie Vedder (Pearl Jam)
Steven Tyler (Aerosmith)
Eddie Van Halen (Van Halen)
Axl Rose (Guns N’ Roses)
Marilyn Manson
Alice Cooper
Kid Rock
Scott Weiland (Stone Temple Pilots)
Dave Mustaine (Megadeath)
James Hetfield (Metallica)
Kirk Hammett (Metallica)
Lars Ulrich (Metallica)
Jon Bon Jovi (Bon Jovi)
Jimi Hendrix
Freddie Mercury (Queen)
Bruce Dickinson (Iron Maiden)
Tom Araya (Slayer)
Kip Winger (Winger)
Steve Vai (Whitesnake, Ozzy Osbourne, Solo)
Slash (Guns N’ Roses, Velvet Revolver)
Tommy Lee (Mötley Crüe)
Gene Simmons (KISS)
Paul Stanley (KISS)
Jim Morrison (The Doors)

Sumber asal : ROFLRAZZI

2/09/2011

Eye Candies : Koleksi Sepanduk Terbaik Kemelut Mesir

What's happening, guys?

Kemelut di Mesir masih belum berakhir (sehingga artikel ini ditulis) so I would like to share the compilation of the best protest signs yang dibuat sendiri oleh mereka yang turun ber-demo.

Apa yang menarik adalah hampir kesemua sepanduk tersebut merujuk kepada aplikasi internet seperti penggunaan hash-tag (#) di twitter dan pelbagai lagi. Enjoy.

"People shouldn't be afraid of their government, the government should be afraid of their people" - V for Vendetta
















Artikel asal - PunditKitchen

2/06/2011

Editor's Pick : Scott Pilgrim vs the World (2010)

Aku suka tagline movie ni. Nampak bongkak dan riak dan intimidating dalam masa yang sama. Cilanat. Kredit : Film O Filia

Summarized synopsis : Scott Pilgrim merupakan seorang pemain bass untuk sebuah kugiran yang sedang meningkat naik, 'Sex Bob Ombs', jatuh cinta dengan seorang gadis Cina, Knives Chau. Namun segalanya bertukar kecoh apabila Scott berkenalan pula dengan Ramona Flowers, seorang gadis hipster yang juga menyukai Scott. Namun, dalam perjalanan Scott menjajahi hati Flowers, dia harus berdepan dengan 'The League of Evil Exes' - sebuah 'persekutuan' bekas-bekas kekasih Flowers sebelumnya dalam menghalang percintaan mereka berdua.

Editor's review :
Kredit : Play On Words
Seusai aje aku tengok movie-nya, aku terus meng-Google dan hampir sahaja memuat turun secara haram komik asalnya. Ya, movie ini adalah adaptasi sebuah komik Bryan Lee O'Malley. Aku belum baca komik asalnya, jadi aku takkan sentuh review ni dari sudut komik.

Mungkin ada sesetengah dari kamu yang akan anggap - this is just another franchise of CGI fapping material with lame storyline - but hell NO. Aku sendiri pun tak sangka bahawa Scott Pilgrim vs the World (SPTW) adalah sebuah satira yang meludah kehidupan normal dan melanggar etika realiti tanpa belas kasihan, sekaligus menjadikan engkau satu figura asing di depan skrin wayang mahupun komputer.

SPTW berpaksikan kepada kekecohan - di mana kekecohan itu diimbangi dengan permainan grafik yang menarik seperti menjadikan seolah-olah engkau sedang menonton sebuah gameplay video game, pedang keluar ikut dada serta meter kencing tatkala melepas hajat. I shit you not. Tentang perkara ini pula kita harus memuji si pengarah, Edgar Wright (Shaun of the Dead, Grindhouse) serta penulis skrip, Michael Bacall (Inglorious Basterds, Free Willy) yang bijak mengajak penonton mempercayai bahawa SPTW adalah lain dari yang lain.

The real deal about the film is bagaimana storyline dan permainan plot bijak mengendalikan lelucon jenis urban (aku bukan pengkritik filem yang diangkat mana-mana pihak, jadi aku tak tau apa terma yang sesuai), sesuai dengan kehendak peminat filem generasi masa kini.

Di bawah adalah sedutan daripada beberapa funny stuffs yang aku tak jemu ulang banyak kali. Boleh juga dikatakan ini adalah highlight yang melekat kuat dalam ingatan kamu seusai mengangkat punggung meninggalkan panggung wayang.


Untuk bacaan lanjut tentang filem ini yang lebih heavy, sila ke blog Nazim Masnawi, seorang penulis underrated yang menjadi inspirasi kepada aku dalam menulis blog - Roman Kodian

Eye Candies : Dekorasi Kek Yang Awesome

What's happening, guys?

Aku suka baca manga dan tonton anime Yakitate Japan - cerita pasal kedai roti dan pembuatan roti yang aku rasa menarik sebab despite it is funny, aku boleh tau cara-cara nak buat roti, kek dan how to improvise your skill in bakery.

Di bawah merupakan gambar-gambar kek yang berjaya membuka selera aku selain membuktikan bahawa seni itu tiada sempadan! Have fun! Mine would be the corn one. Nampak sangat menyelerakan!

















Artikel asal - This Blog Rules
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...