Pages

Memaparkan catatan dengan label Politik serupa taik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik serupa taik. Papar semua catatan

12/20/2011

Lagi Isu Pasal Bendera

Kerana Bendera

" Ini bukan gangster la, ini panglima melayu " " wah-wah "


Sedikit komen dari pengunjung youtube :

 " contoh anjing sarung costume manusia..turun bendera sanggup pegi cari..hina agama Islam mu boleh senyum... "

" bang, islam kan? yang tolak hudud tak nak tumbuk ke? chua soi lek hina islam xnak tumbuk ke?
Kesian bang, pakai baju lusuh, topi lusuh, pencukur tak mampu beli nak cukur misai..org Umno ketua bahagian jkk kaya dapat projek kampung, abang dapat ape bang? belajar tinju dapat la kot? "

amaran keras, jangan libatkan diri anda dengan aktiviti kurang sihat. Fikir dulu sebelum buat kerana di luar sana terdapat banyak panglima-panglima melayu. 

12/19/2011

Ludah Muka Mahasiswa?



Ludah Amerika - hujan


" Jangan sampai kami jumpa kau, kami tampar kami ludah muka kau, jangan sampai satu hari kami jumpa, kami ludah. Berani kau kurang hajar dengan kami ye. Ini semua panglima-panglima perang tau, ini semua panglima-panglima melayu. kami tak gentar!!!! takbir! Allahuakbar! Takbir! Alahuakbar! Umno?? 


Sedikit rentetan :

Jika dikaji sejarah umat Islam, akan ditemui salah satu subjek yang menyebabkan umat Islam saling berselisih adalah berkenaan politik. Perselisihan ini bukan sekadar debat dan saling memulau, akan tetapi menyebabkan pengangkatan senjata dan pertumpahan darah.

Sebenarnya Islam sudah meletakkan kaedah politik yang tersendiri. Sebagai agama yang lengkap, Islam tidak lupa akan isu politik dan kepimpinan. Hanya saja di kalangan umat Islam ada di antara mereka yang tidak sampai ilmu berkenaan hukum politik Islam, atau mereka salah faham terhadapnya, atau mereka mentakwilkannya atas sebab-sebab tertentu.

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir.” [al-Maidah 5:44]

Untuk Kandungan terperinci mengenai politik sila baca dan fahami:
Hafiz firdaus


anak diorang takde yang belajar ke? ke semua rempit. Opsss sori.

9/05/2011

From Punk Rocker to Mayor

Pada tahun 2008, ekonomi Iceland yang mempunyai KDNK (also known as GDP) sebanyak $13 billion meleset teruk apabila sebuah bank yang baru diswastakan kerajaan melaporkan kerugian $100 billion.

Pada Mei 2010, ketika Iceland masih belum pulih dari kemelesetan ekonomi, Jon Gnarr, 43 dipilih menjadi Datuk Bandar Reykjavic, satu-satunya bandar yang ada di Iceland yang juga tempat tinggal 2/3 populasi keseluruhan Iceland.

Sebenarnya, penduduk Iceland telah membuat perjudian masa depan bandar mereka dengan memilih Jon Gnarr untuk memimpin bandar itu keluar dari kemelesetan ekonomi. Ini sebab-sebabnya.

Jon Gnarr
Pada Disember 2009, Jon Gnarr menubuhkan parti politik yang diberi nama 'Besti Flokkurinn' yang bermaksud 'The Best Party'. Lagu Tina Turner 'Simply The Best' dijadikan lagu tema partinya. Parti ini dianggotai oleh ramai artis, pelawak, pemuzik dan orang-orang yang tiada latar belakang politik. Parti ini ditubuhkan untuk 'membuatkan kehidupan rakyat marhaen lebih ceria'.



Jon Gnarr sendiri seorang pelawak terkenal di Iceland. Di filem terakhirnya sebelum beliau menjadi Datuk Bandar, beliau berlari bogel menuju ke pantai dalam satu babak. Ketika berusia 13 tahun, beliau adalah seorang pemain bass bagi band punk rock 'Nefrennsli' atau 'Runny Nose' (alright, man!!). Ketika berusia 14 tahun, beliau dihantar ke sekolah budak bermasalah dan pada usia 16 tahun, beliau berhenti sekolah. Kemudian beliau bekerja memandu teksi, menjaga institusi sakit mental, menulis puisi dan buku.

Ketika kempennya untuk menjadi Datuk Bandar, Jon Gnarr mencadangkan pembinaan tugu Björk, artis terkenal Iceland di pelabuhan bandar Reykjavic, life-sized Mickey Mouse, polar bear display di zoo, pemberian tuala percuma di kolang renang awam dan polisi 'Drug-Free Parliament by 2020'.

Setelah menjadi Datuk Bandar, Jon Gnarr memperkenalkan 'The Good Day Day' dimana semua orang digalakkan mengucapkan 'good day' kepada sesiapa sahaja. Beliau juga memberi kemasukan percuma ke kolam renang awam kepada semua yang berumur bawah 18 tahun. Beliau pernah memakai kostum gorila dan sut merah jambu ke pejabat dan memakai lipstik ketika memberi ucapan. Gajinya cuma €7000, 50% lebih rendah dari gaji kebanyakan mayor di US dan tak tahu lah berapa banyak lagi rendah dari Datuk Bandar KL dan Ipoh.

Oh, dan dia mewajibkan semua pekerjanya menonton kelima-lima musim drama HBO 'The Wire' dan membuat catatan atau mereka akan dipecat.

Sehingga kini, beliau masih menjadi Datuk Bandar Reykjavic, popularitinya 10% melebihi Perdana Menteri Iceland sendiri dan berjaya menyeimbangkan bajet di bandarnya.

Well, I'm moving to Iceland. How 'bout you guys?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...