Pages

Memaparkan catatan dengan label entertainment. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label entertainment. Papar semua catatan

7/18/2012

The Chemical Trick

biasanya kita selalu dengar "magic trick" dan tak pernah dengar "chemical trick". jadi hari ini saya akan bawa anda ke dimensi baru "TRICK" yang sangat awesomeness.

6/04/2012

Review Darah : Ichi The Killer [2001]




Ichi The Killer sebuah filem yang cukup mencabar. Ia juga sebuah filem yang menyakitkan. Aku menonton menggunakan player DVD dan permasalahan yang dihadapi oleh aku ialah remote control untuk player itu sudah rosak. Jadi aku terpaksa menontonnya tanpa perlu forward. Banyak terkandung adegan yang membuatkan kemaluan/kote/penis/alat kelamin/zakar aku senak. Filem ini memang kotor dan tidak sesuai untuk ditonton oleh mereka yang berhati nurani dan kanak-kanak yang belum pernah pancut air maninya atau matang.

Berlatar belakangkan kehidupan Yakuza di Jepun. Geng yang menggunakan aktiviti kezaliman dan keganasan yang melampau. Mengisahkan tentang Ichi seorang stranger yang menjadi buruan para yakuza yang lain. Juga seorang psiko. Kakihara pula seorang yakuza yang bermulut luas. Terbelah macam joker. Dia seorang yang suka menyeksa dan amat suka dan terbiasa dengan kesakitan. Bersama geng-gengnya yang lain, dia cuba mencari bosnya yang juga kes kehilangannya bersangkut paut dengan Ichi.

Kehidupan Ichi di dunia sebenar adalah seorang nerd atau noob atau skema yang masih terkenangkan kisah lampaunya. Kisah lampau yang hambar. Kalau melihat caranya, kenapa ia menjadi watak utama sebagai seorang pembunuh sedangkan Kakihara mempunyai Karisma, menarik, jahat dan penuh perwatakan sebagai pembunuh.? Jawapannya ialah Ichi mempunyai kebolehan yang sangat melampau dalam membunuh berbanding Kakihara yang hebat menyeksa orang. DANG!!

Screenshots:
Kakihara








Ichi the killa not filler!!



Apa yang terkandung didalam filem ini?

Darah, usus berselerakkan, pelacur, penyeksaan dan adegan berbau bangkai.

Moral value:
Jangan jadi yakuza. jadilah doktor dan ambik jurusan kedoktoran seperti Paan.

Pengarah : Takashi Miike
Pelakon : Tadanobu Asano,Shinya Tsukamoto,Nao Omori,Alien Sun

Based dari komik.



Amaran : Penjelasan untuk review ini adalah mengikut alunan otak penulis. Jika terdapat sebarang fakta yang bercanggah, ia disebabkan kerana filem ini sudah merosakkan sedikit pemikiran penulis untuk berfikir.

12/19/2011

Mantera : Filem Futuristik Malaysia

Di saat kita sedang hangat menyaksikan filem buatan hollywood berbentuk sci-fi seperti transformer, real steel dan sebagainya. Pasti ada yang tertanya-tanya bilakah industri tempatan akan menghasilkan filem sci-fi berbentuk mecha dan cyborg ini. Kini penantian itu boleh terubat dengan muncul sebuah filem sci-fi yang digarapkan oleh sekumpulan anak melayu iaitu 'Mantera'. Walaupun kesannya tidak cukup setara seperti teknologi barat, sekurang-kurangnya kita mempunyai permulaan untuk bertapak memajukan industri tempatan.


Filemnya mengisahkan mengenai seorang budak bernama Azman menemui sarung tangan berteknologi nano yang membolehkan motosikalnya berubah bentuk menjadi baju zirah mekanikal. Filem ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru, diantaranya ialah Tomok, Syikin Kamal dan beberapa pelakon baru Malaysia. 

Filem ini telah diterbitkan oleh Flare Studio dengan bantuan Spacetoon International dan diarahkan oleh Mohd Aliar Ally @ ALIYAR ALIKUTTHY

Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor. Ia membabitkan perselisihan dua kumpulan robotik seperti mana cerita Transformers dan Iron Man.


Menurut Ketua Pegawai Perhubungan dan Komunikasi FSSB, Khairul Anuar Md. Ariff, filem ini menjalani penggambaran sebanyak 40 peratus di luar negara iaitu di Dubai dan Rusia serta turut dibintangi oleh para pelakon antarabangsa.

Antaranya ialah seperti Wael Al-Masri dari Dubai, Ayman, Mikhail Dorojkin,Said Dashuk-Nigmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Ms. World 2008, Natalya Shmarenkova @ Kamaliya.

Kos penggambaran di Dubai dan Rusia, sebahagian besarnya telah ditanggung oleh Spacetoon International iaitu rakan kongsi FSSB untuk filemMantera.


Filem arahan Mohd. Aliar Ally ini juga menggabungkan teknologi perfileman Rusia dan hanya melibatkan 20 peratus CGI sahaja.filem ini turut akan ditayangkan di 38 buah negara di sekitar negara-negara di Asia Barat, Asia Timur dan Eropah Timur," kata Khairul Anuar.

Filem ini juga dianggarkan kosnya sebanyak 5.5 juta dan tidak dipastikan lagi. Diharapkan filem ini mampu membuka mata penonton-penonton Malaysia tentang kewujudan teknologi di Malaysia dan mengurangkan masalah-masalah yang selalu berlaku dalam pengeluaran filem-filem sekarang. 






+Sumber 

12/13/2011

Lepas Berak Kambus la


Mende macam ni korang buang korang rasa. JIJIK tak???





Kalau korang renung-renungkan bermakna bende lain yang korang fikirkan.

11/28/2011

Perlu Ke Kontroversi? (Festival Filem Malaysia 24 dan AIM 18)

VS


Tiga perkara yang menjerat aku untuk menulis entry ini. Tapi dasarnya satu.

Siapa suruh buat kontroversi?

Minta maaf cakaplah jika ada yang terasa.

‘Perlu ke setiap majlis penganugerahan di Malaysia wajib ada kontroversi?’

Pertamanya menerusi acara Festival Filem Malaysia ke 24 yang diadakan baru-baru ini. Setahu aku lah, criteria untuk sesebuah filem diangkat menjadi Best Picture adalah menerusi kemenangan (salah satu):

A) Best Achievement in Directing

B) Best Actor

C) Best Actress

D) Best Actor in a Supporting Role

E) Best Actress in a Supporting Role

F) Best Original Screenplay/Best Story/Adapted Screenplay

Ini selalu berlaku pada majlis Oscar dimana jika ada satu filem yang sangkut dua atau tiga anugerah utama, tak mustahil akan menang katergori Filem Terbaik.

Well, malam itu aku sebenarnya menjangkakan filem KL Gangster—walaupun Hikayat Merong sebenarnya menjadi pilihan peribadi--- (KL Gangster menang menerusi Best Actor in a Supporting Role:Sofi Jikan—Aku sebenarnya inginkan Syed Asri aka Ucop Wilca menang sebab kegilaan watak bekas penari kebudayaan itu mencetus fenomena cult dikalangan penonton.Siapa boleh lupa frasa ‘kite bako’ ‘sile angkat tangan macam saye’), selain Best Director dan Best Screenplay (kalau menang kategori ini menang boleh menang besar)

Itu belum masuk kemenangan Libas dalam katergori Cerita Asal Terbaik. Ini bagi penulis lawak-WTF-STYLE! Sama kesnya dengan kemenangan filem Aku Tak Bodoh dalam katergori yang sama dalam Anugerah Skrin lepas. Libas seakan-akan Shaolin Soccer versi tempatan! Aku Tak Bodoh pula (mungkin adaptasi) dari award winning ‘I am Not Stupid’ keluaran Singapura.

Mana datang original pulak?! Aku lebih katakan anugerah ini (Cerita Asal Terbaik) patut diberi kepada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem ini banyak mesej tapi sayang, tak dapat sebarang anugerah!

Itu belun masuk kontroversi trofi ‘Lagu Terbaik’ penyanyi berbakat Yuna (Penakut) ditarik semula di majlis Anugerah Industri Muzik. Anugerah ini umpama Majlis Anugerah Grammy per say menghargai karyawan muzik. Well, katanya tersalah kira sorts of.

Penulis boleh katakan, insiden ini cukup memalukan selain memberi perspektif buruk pada industri. Lepas ni boleh jadi dekat sesiapa pun. Yuna jadi mangsa keadaan. Well Yuna, anda tak menang anugerah di AIM, sumbangan anda pada peminat muzik tempatan sangat dihargai!Kami semua bangga dengan pencapaian anda di luar negara berbekalkan muzik terbaik anda.

Dan semalam (25/11/2011) berlangsungnya separuh akhir Muzik-Muzik dimana lagu talk-of-the-town ‘Cinta Muka Buku’ dipilih ke peringkat (akhir) seterusnya. Aku sebenarnya kurang faham dengan prosedur penjurian AJL tahun ni.

Menurut pengacara, tak semestinya lagu yang dipilih (5 lagu) akan terus masuk ke final. Aik? Ada competition separuh akhir lagi ke?

Rupanya di laman twitter, ramai juga yang kurang menggemari pemilihan CMB sebagai antara finalis lalu memberi kesimpulan, juri-juri AJL terdiri daripada pengguna tegar Muka Buku!

Well, aku nak lagu Kisah Dongeng masuk final boleh? Kahkahkahkah

Apa dapat dengan kontroversi?

Ce citer ce citer??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...