Pages

5/31/2012

Review Filem : The Raid : Redemption [2011]


"When there's nowhere left to run or hide... you fight or die."


Aku dah tengok trailer filem ni way before movie ni keluar dan aku memang terpanggil untuk rasa excited disebabkan dalam trailer tu babak aksi pertarungannya memang patut diberi pujian.


Filem ini menarik kerana sebermula sahaja tayangan, kita telah pun dihidangkan dengan kepala manusia diterobos peluru, dan oleh kerana itu aku tak terkejut filem di-rated R. Filem ini berat bukan pada jalan cerita tetapi aksi. Ada juga beberapa bahagian filem yang mengundang adrenaline, seakan memerangkap penonton supaya sama-sama merasa kemelut.


Kisahnya berkisarkan sekumpulan SWAT diberi misi menyerbu sebuah apartment yang menjadi markas sebuah organisasi kongsi gelap beroperasi. Menariknya, markas ini tidak pernah berjaya dilolosi mana-mana pihak sebelum ini dengan mereka berpegang kepada prinsip "Never let anyone escape".


Personally, aku bagi filem ni :


9/10 untuk aksi. 7/10 untuk penceritaan. Aku terpaksa bias dalam hal ini atas beberapa faktor personal. Haha!


Untuk info lebih lanjut sila layari The Raid : Redemption.


Trivia :


- Soundtrack untuk filem ini digarap oleh Mike Shinoda (Linkin Park) dan dinyanyikan oleh Chino Moreno (Deftones)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...