Pages

2/28/2011

Editor's Pick : Code 46 (2003)

What's happening, guys?

Ya, aku tau movie ni dah agak lama. Kalau ianya insurans kenderaan, kiranya dah boleh masuk kategori third party jugak lah.

Then again, jujurlah - berapa ramai sangat yang dah tengok / pernah terdengar / tertengok filem ni? Aku boleh bet 90% dari kau semua tak pernah kenal pun siapa Tim Robbins.

Bagi penggemar dan penonton setia filem seperti aku dan Shahrul Azri, Tim Robbins tidak asing di mata kami semenjak kehadiran The Shawshank Redemption ke dunia perfileman. Tidak ada lagi filem yang mampu mengganggu-gugat kedudukan The Shawshank Redemption yang sedang dan masih berada di puncak carta 250 great movies of all time di Internet Movie Database (IMDb).

Dan sudah menjadi kelaziman bagi manusia seperti aku yang akan menggodek filem-filem lain, berkat keberkesanan lakonan si Tim Robbins di dalam The Shawshank Redemption tersebut. Hasilnya - nah, sebuah filem pasca-masa depan yang sarat dengan lagu-lagu berirama 'shoegaze', seolah-olah mengejek tentang ketamadunan masa depan.

Samantha Morton
Sebenarnya, mempertaruhkan Tim Robbins adalah suatu risiko, secara konsepnya. Tidak ramai pengarah filem yang tahu bagaimana untuk benar-benar menonjolkan Tim Robbins dalam karya mereka, sekaligus mencampakkan karisma Tim Robbins ke lembah yang menyedihkan (lihat City of Amber).

Kita pedulikan tentang itu dan kembali kepada filem ini. Tim Robbins sebetulnya membayangi Tom Hanks. Ini pendapat aku secara peribadilah. Dia bagus dalam permainan riak muka dan emosi, dan ini salah satu menjadikan dia dalam senarai underrated favorite actors aku. Samantha Morton sebagai Maria Gonzalez pula kelihatan realistik dalam filem ini, meskipun tidaklah pula boleh dianggap sebagai cemerlang. Namun ianya 'hidup'.

Sejujurnya, aku rasa berdosa jika tidak memperkatakan sesuatu tentang filem ini setelah menontonnya. Ada sesuatu yang membuatkan ianya mampu menambat hati aku untuk menontonnya lagi dan lagi dan lagi. Bukanlah kerana babak di mana bulu pubis (for real!) Maria dipertontonkan mahupun babak erotik Maria-William, tetapi kerana ada yang tidak mampu aku ungkapkan tentang perjalanan filem ini yang seninya kelam, ada ketika me-ribut taufan seketika dan ada ketikanya membuatkan kau empathy pada watak Maria dan William.

Ini sebuah kisah cinta berlatar belakangkan kekusutan sistem masa depan - bagaimana pengkastaan, sains, teori domino dan penolakan moral bercampur-baur dalam satu perisa yang akan menjamin kau mencari semula cerita ini, untuk diceritakan pula kepada manusia lain. Sebuah filem yang cemerlang, meskipun bukan yang terbaik.



1 comments:

hashimi_chopper berkata...

muka si samantha morton ni mcm mak cik awek aku. celaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...