Pages

2/02/2011

Masuk Lubang, Keluar Lubang - Nikmat Eh Lahanat?


Salam semua.
Maaf jika kalian baca tajuk yang penuh emosi.
Ampun jika ada yang terasa hati.
Ini cuma luahan aku yang tidak mampu mengekang dengan tangan sendiri.
Hanya dapat menulis, menahan sebak melihat dunia yang semakin hilang harga diri.


Malaysia terlampau banyak musim.
Ya, ada musim buah-buahan.
Kau boleh jumpa pelbagai jenis - namakan sahaja, durian, rambutan, manggis dan banyak lagi.
Ya, ada musim membaca.
Maka, ada sahaja orang membaca di sana sini, mengendong buku walaupun hakikatnya sentiasa perlu.
Ya, ada musim perayaan.
Pelbagai kaum, agama dan bangsa merayakan perayaan mengikut fahaman masing-masing dan berkongsi rasa.
Musim membuang bayi.
Eh, sana sini orang buang bayi.

Kita buat sama-sama, seronok sama-sama, risiko belakang cerita.
Apa nak buat?
Dah terlanjur bersama. Bukan saya nak, tapi dia paksa.
Eh, saya tak paksa, dia yang rela.
Sekejap, itu belakang cerita.
Yang penting, apa kita panggil ini ya?
Zina bukan?

Orang lain buat, tapi perut tak membulat.
Oh, fikir begitu ke?
Kalau kemaruk sangat, kamu pergi layarkan imaginasi liar sendiri.
Kalau masih tidak dapat menahan, banyak lagi sumber memuaskan nafsu sendiri.
Tapi awas, kau duduk sendiri, hanya kau dan diri kau.

Mana puas, nak dengan dia yang merajai minda!
Kalau terlalu menginginkan, pergilah berkahwin dengan pasangan yang kamu sangat cintai.
Pergi!
Buat dengan cara yang halal, dapatkan nikmat yang halal.
Jangan ikut pemikiran dangkal.

Eh, kau boleh kata, ini bukan urusan kau perempuan.
Tapi kau silap, ini memang urusan aku.
Sebab aku masih seorang manusia yang ada sifat belas kemanusiaan.
Itu nikmat sejagat yang manusia waras ada dan jaga.

Benih yang awak tabur di tanah yang subur mula keluarkan pucuk. Bagaimana ni?
Awak, kita kahwin.
Eh, macam mana nak kahwin, tiada duit lagi.
Habis, nak tutup macam mana ni?
Kita buang, awak goncangkan, bagi pucuk itu jatuh.
Eh, awak, ini bukan pokok. Kita gugurkan sahaja.
Gugur juga perlu duit.

Kau simpan sebab kau sayang?
Bagus.
Kau simpan sebab kau tiada duit mahu buang?
Apa aku patut panggil agaknya.
Kau simpan sebab kau nak buang bila dah sempurna?
Awas.

Eh, dah lahir. Mana nak letak ni, siapa nak jaga?
Letak atas tangga masjid sebelum waktu Subuh.
Kenapa?
Nanti ada Pak Imam datang, dia ambil.
Pak Imam dan jemaah berlari-lari terkejut. Telefon polis, telefon media.
Berita jam 7.30 pagi keluar muka dia.

Letak dalam kain, letak depan rumah orang.
Eh, boleh ke?
Nanti orang tu bangun pagi, dia nampak bayi kita.
Selamat sedikit kan?
Cuba kalau orang tu lambat bangun?
Eh, setakat kena hurung semut, takde apa-apa punya.
Celaka!

Kita lempar dalam tong sampah.
Eh, nanti sakit dia.
Eh, awak nak jaga?
Tak mahu.
Jom, kita buang sama-sama.

Lecehlah.
Kenapa?
Dah macam-macam orang buat nak buang bayi.
Kita guna cara lain.
Tanam dalam lubang tanah.

Manusia, sudah kembali ke zaman jahiliah?
Itu dulu pun, orang cuma tanam bayi perempuan.
Kau?

Tanah dalam lubang tanah.
Letak macam kebumi jenazah.
Digilas kereta api hinggan memercik darah merah.
Ah, kau tak rasa ia mengundang amarah?

Bagi kondom, pil perancang secara percuma.
Bagus cadangan itu. Tapi akan berkesankah?
Betul orang akan tersedar dan tidak akan melakukan perkara mungkar itu lagi?
Pasti?

Pendidikan seks di sekolah.
Bagus juga. Tetapi bersediakah kita?
Masyarakat kita boleh menerima?

Kahwin sahajalah.
Itu cara terbaik.
Tapi kalau manusia itu suka sama suka hanya sebab nafsu serakah, adakah perkahwinan jalan paling bagus untuk mereka? 
Kalau tukar pasangan itu kegemaran bagai menukar baju adakah mampu dibendung masalah itu?
Fikir dan fikir.

Doa, agar mereka berubah.
Ah Zara, memang selemah-lemah iman kau wahai perempuan.
Biar lemah, tapi aku menegur juga.
Aku pesan pada anak murid aku.
Aku ingatkan pada teman-teman.
Juga pada diri sendiri.

Nah, aku tidak akan bicarakan tentang soal agama. Aku mungkin kurang arif dalam hal itu. Tapi aku tahu sesuatu. Kau juga tahu sesuatu. Kita punya Allah Yang Satu. Setiap apa yang kau buat, pasti akan ada pembalasannya. Itu hakikatnya.

Kalaulah kau tahu apa perasaan setiap kali menyelak surat khabar dan membaca mengenai ini.
Kalaulah kau tahu setiap kali menonton berita dan terpampang ini, berapa banyak sumpah dan caci.
Kalaulah kau tahu, berapa ramai manusia yang tak punya zuriat sendiri mahukan bayi.
Kalaulah kau tahu dan mengerti.
Tapi tidak, kau lebih rela ikut kata hati.
Kau biarkan nafsu merajai.
Lebih hebat dan tidak bertepi.
Tulisan asal dari [Dunia Sebelah Zara]
Lord Zara : Sarcasm conceals, love reveals.

2 comments:

Faizal Sulaiman berkata...

kritikan sosial yang santai!

Tahniah Zara:)

Tanpa Nama berkata...

Ini...ini...

Ini daebak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...