11/30/2010
5 (Lima)
trivia:
-mengalahkan pasukan yang mempunyai pemain terbaik dunia
-pasukan yang memiliki ramai pemain terbaik dunia cuma mengawal bola untuk 30% selama 90minit bermain
-ini adalah kali kedua gua tengok muka ronaldo masam
-setakat manchester united tu ape la sangat?
11/29/2010
11/28/2010
Jem Graf #1 - Kamera
11/27/2010
11 Most Ridiculous Laws From Around The World
11/26/2010
1 Disember
kebanyakkan penghidap penyakit ini sering kali di pulaukan oleh masyarakat dan tidak diberi peluang untuk berkerja mahupun segala apa jenis peluang dalam kehidupan..mereka dibiarkan umpama mayat hidup yang menanti hari untuk dimatikan..penghidap penyakit ini sepatutnya diberikan sokongan moral untuk terus menikmati kehidupan seperti manusia biasa..
seperti yang kita tahu penyakit AIDS tidak boleh menjangkiti seseorang melalui sentuhan mahupun udara macam penyakit SARS!
Infografik : Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Korea Utara
Penyakit Jiwa
Malam
Aku ronda-ronda sekitar residen dengan Honda tunggangan sambil cari kedai menggunting rambut.
Melilau-lilau cari kedai, yang kebanyakannya dah tutup pukul lapan malam.
Haihh..awal benau tutup?
Pusing punya pusing, terjumpalah satu kedai. Sebelahnya kedai makan.
Aku masuk ke kedai gunting rambut tu.
“Turn ke empat ye, dik”
Aku angguk sambil mata melilau-lilau tengok di balik cermin transparent melihat sekelompok lelaki—tua—sebaya—bapa—aku duduk bersembang gebang-gebang sama mereka.
Orang tua melepak malam-malam?
Biasalah di kawasan residen aku neh.
Tapi, sejak bila term melepak hanya untuk orang muda?
Abaikan…
Benda paling piau aku nak cerita ni fasal sikap orang tua ramai-ramai tu yang sungguh tak sedar diri.
Mereka start kuarkan kertas. Few papers, kemudian tengok telefon sambil salah sorangnya menelefon. Orang didepannya plak, kuarkan duit. Hulur. Disambut dengan senyum.
Sorang pelanggan, mungkin kenalan pada orang tua ramai-ramai ni masuk ke kedai gunting rambut sambil berseloroh.
“Kena ekor la tuh!”
Aku diam. Pandang lagi scene tak sedap mata itu.
Kalini tinggal berempat. Salah sorang kuarkan kiub putih, berketul-ketul, kemudian susun memanjang atas meja sebelum membahagikannya mengikut portion yang betul kepada tiga yang lain.
Salah sorang dari mereka hulur duit dari bawah meja!
Selang setengah jam, salah sorang nampak senyum lebar, dengan duit berbagai warna dikiranya bangga.
Aku melihat scene itu seperti sampah memualkan.
Hakikat orang kita.
Islam pada nama.
Hakikatnya?
Perkara pertama dalam membentuk keluarga yang baik adalah pemahaman tentang rezeki. Dan ianya dimakan setiap hari oleh ahli keluarga.
Setitik rezeki haram, ia akan merubah segalanya.
Sanggup nak bagi makan rezeki haram pada keluarga?
Nak kaya punya pasal, sanggup main ekor, terup, mahjong semua?
Kalian sendiri mungkin pernah melihat sisipan-sisipan Sport Toto di dada-dada akhbar. Dulu aktif. Sekarang pun iya juga. Pernah jugalah orang pinjam akhbar semata-mata nak tengok result toto tuh. Mungkin itu strategi pihak akhbar, advertorial Toto apa jadah lagi namanya, mampu menaikkan sales suratkhabar.
Cuba lalu dihadapan premis Sport Toto, tengok berapa ramai orang yang sama bangsa dengan kita, sama agama dengan kita, sama bahasa dengan kita melakukan pencemaran ini.
Nak-nak pulak yang main tu orang tua.
Buatnya sedang kau asyik dengan game, tetiba nyawa Allah tarik.
Apa kau nak jawab nanti?
AL MAIDAH 88:5
Makin maju teknologi sekarang,punca rezeki semakin lama semakin diragui... Kau orang boleh tengok contohnya...
Hilang Patah Berganti
susah betul nak cari pengganti..
11/25/2010
Facts : Feral Child | Antara Realiti dan Kekejaman Manusia | In Tribute to ‘Stop Child Abused’ Campaign
What’s happening guys?
Aku yakin yang kamu semua pernah dengar / tonton / baca ‘The Jungle Book’ karya Rudyard Kipling. Aku sebetulnya sebelum yang versi kartun, dah baca novelnya terlebih dahulu dan aku cuma boleh katakan yang the movie version sucks! Tak sampai ‘jiwa’ penceritaannya.
Well, untuk pengetahuan kamu, ‘feral child’ merupakan suatu kes di mana seorang individu (selalunya adalah kanak-kanak) hidup tanpa pengawasan / berada dalam persekitaran yang menyebabkan interaksi yang sangat terhad antara individu tersebut dengan manusia lain. Dalam kes ini (walaupun jarang berlaku), kanak-kanak tersebut dibela dan dibesarkan oleh haiwan ataupun ditempatkan (lebih tepat lagi dikurung / ditinggalkan) dalam suasana yang tidak sesuai untuk pembesarannya.
Antara watak ‘feral child’ yang muncul dalam fiksyen adalah ‘Tarzan’ dan ‘Mowgli’. Walaubagaimanapun, kedua-dua watak fiksyen ini digambarkan mampu berkomunikasi dan memiliki daya intelek apabila tiba pada peringkat tertentu.
Realitinya, ‘feral child’ ini takde pun kemahiran sosial semacam itu. Kamu bayangkanlah ya, ditinggalkan oleh mak bapak dalam usia baru belajar bertatih, apa je kemungkinan yang boleh ditafsir terhadap budak tu bila membesar? Makan pakai sudu? Main facebook?
KES-KES HANGAT YANG PERNAH DILAPORKAN
Harus diingat, kes-kes seperti ni takkan boleh lari dari kontroversi, kerana masyarakat kita dikurniakan bakat mengadili situasi semenjak lahir lagi.
1. Susan Wiley a.k.a ‘Genie’
Salah satu gambar Susan yang ‘normal’
- dijumpai oleh pihak berkuasa California pada 4 November 1970, terkurung di dalam bilik tidur bapaknya yang mengalami masalah mental
- selalu didera dan tidak dibenarkan bercakap oleh bapaknya sehingga berusia 13 tahun
- menjelang usianya 13 tahun itu, Genie hampir bisu dan hanya mampu menuturkan lebih kurang 20 perkataan rutin sahaja seperti ‘stop it’ atau ‘no more’
- ibunya turut mengalami penderaan fizikal oleh bapak Genie dan hampir buta, selain disebabkan penyakit yang dihidapinya
Susan Wiley sekarang. Retard dowh… kesian.
- dilaporkan berjalan ‘seperti arnab’ akibat apa yang berlaku ke atasnya
- sepanjang tempoh terapi, dilaporkan Genie gagal dikembalikan kemanusiaannya sepenuhnya
- kisah hidup Susan telah diadaptasi dalam filem bertajuk ‘Mockingbird Don’t Sing’
2. Kamala & Amala
Antara gambar Kamala & Amala yang berjaya dirakam
- dibesarkan oleh sekawanan serigala sejak Amala berumur 18 bulan & Kamala 8 tahun (Mowgli habis!)
- ditemui pada 9 Oktober 1920 di daerah Mindpore, India oleh Joseph Amrito Lal Singh, seorang paderi, yang juga menamakan, menjaga dan menulis diari tentang perkembangan kedua-dua kanak-kanak itu
Gaya makan pun dah cenggini ha… tak kesian ke?
- menurut Lal Singh, ketika ditemui, kedua-dua kanak-kanak itu dijaga oleh sekumpulan serigala seolah-olah kedua-keduanya adalah anak mereka
- walaupun Lal Singh berjaya melarikan kedua-duanya daripada serigala-serigala itu, namun kedua-dua kanak-kanak itu tidak menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak normal – mereka mencakar, tidak mahu berpakaian serta bergerak dengan 4 kaki
- mereka juga cenderung untuk berjaga malam selain sensitif terhadap cahaya matahari
3. Oxana Malaya
- ditemui di Ukraine pada tahun 1991 pada usia 8 tahun
- dikatakan menghabiskan sepanjang masanya dengan sekawan anjing – mewarisi banyak sifat-sifat seekor anjing selain tidak mampu bertutur
- uniknya, Oxana bukan diculik atau ditinggalkan di hutan tetapi akibat kesan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa yang kaki botol dan membiarkan Oxana tinggal di dalam rumah anjing dan hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah sekali sekala
“Woof!”
- ketika diselamatkan, Oxana langsung tidak mempunyai personaliti seorang manusia – menyalak, menderam dan bergerak seperti seekor anjing selain menghidu makanan sebelum memakannya
- perlahan-lahan, dia berjaya dipulihkan dan kini tinggal di Baraboy Clinic walaupun doktor mengatakan dia tidak akan menjadi manusia normal sepenuhnya
LAIN-LAIN KES
- Tissa : ditemui pada tahun 1973 di Sri Lanka. Dikatakan dibela oleh sekumpulan monyet.
- Dina Sanichar : budak dari India yang tinggal bersama serigala (jugak), ditemui pada tahun 1867.
- Ivan Mishukov : budak kecil yang tinggal bersama anjing di Russia, kes yang hampir sama seperti Oxana.
- Rochom P’ngieng : gadis Cambodian yang dikatakan tinggal di dalam hutan selama 19 tahun, ditemui pada 13 Januari 2007.
Ya, aku mengaku kadang-kadang aku pun tak berapa gemar budak-budak (anak-anak saudara terkecuali), tapi aku tetap tak boleh tolerate dengan penderaan ke atas kanak-kanak. Even kalau kakak-kakak aku ‘hukum’ anak-anak saudara aku pun, aku akan pastikan diorang tak berlebihan dalam mendidik anak-anak. Paling pantang, kalau aku nampak manusia-manusia bodoh yang suka ‘main kepala’ budak-budak. Macam celaka dowh perangai. The same goes to child pornography. Aku boleh terima kalau kamu seorang fetish suka tengok ‘2 Girls 1 Cup’ but never child porns. That’s just so wrong to begin with.
Picture credits :
Special credit to ‘Majalah G-Files’ for inspiring me.
STOP CHILD ABUSE
11/24/2010
Tukar Had Laju Kenderaan Di Atas Jalan Raya Boleh?
11/23/2010
Kryptos - CIA Puzzle
Kryptos di luar bangunan ibupejabat CIA sekarang |
En. Jim Sanborn, pencipta Kryptos |
Kryptos. Perhatikan huruf yang berwarna kuning adalah mesej keempat yang belum di-crack lagi. |
11/21/2010
How to Produce Asian Class Sepak Takraw Players
Kredit: bangkokpost.com |
Kredit: Yahoo! |
Kredit: daylife.com |
Terbalikkan gambar ni 90 darjah dan letak bola takraw di kaki kanannya - kita dah dapat killer gulung wanita yang pertama. |
11/20/2010
Alasanmu
lagu ni ditujukan pada pakwe & makwe yang nak memutuskan hubungan percintaan mereka oleh kerana kehadiran orang ketiga..
kepada mereka yang telah putus cinta oleh kerana kehadiran orang ketiga hayati lirik lagu ini..ada rahmatnya bila putus cinta tu " ada rahmatnya bila lagi tak bersama terasa jauh diriku ini dengan dosa "
jadi untuk makwe & pakwe yang tengah hangat bercinta jangan nak buat yang bukan-bukan sangat..janganlah memaksa pasangan untuk membuat pilihan untuk memilih sama ada KLCC ataupun bercium..
dosa tahu tak?
11/19/2010
Cendol
jadi kalau petang-petang gini kalau kita pekena cendol dan goreng pisang pun orait juga..kes gemuk tu belakang kira bukannya kita tak berjogging mahupun bersukan tiap-tiap petang..hik hik hik :)
sambil makan goreng pisang dengar lagu ni memang power!
Tips melenyapkan noise di dalam gambar pada perisian Adobe Photoshop
Sesebijik gambar biasa nya tak kan menjadi perfect merfect seperti fotographer ingin kan. Selalu sahaja kita menghadapi noise yang heavy lebih-lebih lagi gambar waktu malam dan gambar daripada handphone. Namun gambar daripada kamera yang canggih pun seringkali menghasilkan noise. Damn!
Noise di dalam gambar di ertikan sebagai bintik-bintik juta yang meng’noise’kan dalam sesebuah gambar. Noise di sini bukan bermaksud bising. Bukan juga bermaksud bermain muzik noise seperti Insect Warfare. Bunkface pula bermain muzik punk rock.
Noise Ninja
Sebagai jalan penyelesaian bagi masalah ini, saya mengesyorkan satu plug-in di dalam perisian Adobe Photoshop yang di beri nama ‘Noise Ninja’ dari PictureCode LLC. Noise Ninja amat berkesan sekali melenyapkan noise-noise degil.Tetepi harus la di setting semolek molek nya semasa mengg’apply di dalam gambar agar gambar tadi nampak tidak terlalu licin dan kabur.
Untuk mendapat kan Noise Ninja ini boleh lah memuat turun nya di www.picturecode.comKebaikan dan Keburukan Noise Ninja
- Gambar menjadi lebih cantik dan bersih.
- Dapat membantu mat rempit melawakan gambar di dalam fesbuk.
- Membantu fotographer mengedit gambar dengan lebih pantas ala-ala Slipknot.
- Tiada unsur MLM.
- Pengambilan Noise Ninja dalam dos yang berlebihan akan mencacat kan gambar.
- Noise Ninja tidak di jual di kedai-kedai runcit berdekatan.
Cinta Sepi
lagu ini ditujukan pada mereka yang bercinta tapi serupa macam tak bercinta..
terimalah!
11/18/2010
Demam
Video : Lady Gaga’s ‘Bad Romance’ Yang Di-Metal-kan
Video : Pembedahan Plastik di Jepun
Ramai yang tahu bahawa Jepun, seperti juga Korea, merupakan 2 buah negara yang paling extreme dalam melakukan pembedahan plastik. Tapi ramai yang tak tahu bahawa Jepun sebenarnya dah memulakan experiment ke atas manusia semenjak perang dunia kedua lagi.
Ramai di kalangan celebrities Jepun dan Korea melakukan plastic surgeries kerana ingin mengimbangi bakat dan rupa, kononnya lah. Walhal suara tetap tersepit macam Shahrul Azri.
Apa yang menyedihkan adalah, masih terdapat di kalangan sesetengah peminat yang terlalu obses dengan plastic surgery sehinggakan akibat daripada pembedahan tu akhirnya memakan diri. Contohnya macam dalam kes Hang Mioku, seorang gadis Korea yang terlalu obses dengan pembedahan plastik.
Hang Mioku terlalu sukakan kecantikan palsunya setelah pertama kali melakukan pembedahan plastik, namun akhirnya menemui akibat yang menyedihkan setelah dia kehabisan wang untuk menambahkan lagi kecantikannya.
Apa jalan akhir? Dia suntik minyak masak. Penyudahnya muka pun dah macam keropok lemau.
Kredit :
- xiexiemike (first video)
- TheWesternCOWBOY (second video)
- stupidcelebrities.net (gambar)
11/16/2010
Korban (Cerita Lama)
1. Pengorbanan paling besar terpaksa dilakukan untuk memilih destinasi sama ada untuk pulang beraya korban dirumah mertua atau rumah famili sendiri.
2. Ramai yang terkorban di hari raya korban gara-gara pemanduan kurang sopan ketika pulang berhari raya korban..
3. Mengorbankan wang yang banyak untuk membeli baju hari raya korban.
4. Terkorban di atas katil ketika solat sunat raya korban dijalankan.
November 2009.
p/s: Disini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban.salam dari perantauan buat pembaca blogbusters..
Momokan Dongeng
Esok nak raya.
Dah terbayang mercun bola berdentam dentum di dada langit malam ini.
Terperanjat sial!
Tahulah kau banyak duit.
Tahi!
Sabar.
Bertenang.
Kan separuh daripada iman.
Menjadi teraniaya memang kegemaran orang kita. Kononnya kalau tertindas, lagi tambah kasihan. Kau tak percaya? Kau masuk Akademi Fantasia sana, pastu kau gebang kata ayah kau penoreh getah. Mak kau jual kuih.
Confirm! Minggu depan undi kau naik walau suara kau sampah. Tett (Hint : Bekas pelajar AF yang dibaling pen sebab main2 dalam kelas)
Kita dah dimomokkan dengan dongeng lama supaya no matter what, kena sabar. Aniaya lah macam mana pun, sabar. Pijak penyek macam mana pun..eh sabar lagi. Macam Bawang Putih kena dera ngan Bawang Merah ngan Mak Kundur.
Figura Bawang Putih menunjukkan orang teraniaya, lemah tak berdaya menang juga akhirnya—di akhir cerita.
Ni bukan citer, bai.
Ni reality. Tampar sikit pipi kau tu. Tampar kuat-kuat!
Bangun!
Bukan nak mengajar jadi kurang ajar. Tapi sabar ada batasnya. Takkan selama-lamanya nak cakap “Ala takpelah..sikit aje tu”
Logik la beb. Kau bukan robot!
Fikirkan..
Kemudian kita dimomokkan lagi dengan kisah anak tak pandai jaga hati emak dalam ‘Batu Belah Batu Bertangkup’
Heart wrenching one. Meh aku susun kronologinya:
1)Emak in sorrow lepas suami mati.
2)Emak sakit kerinduan suami, suatu hari pergi cari ikan.
3)Emak jumpa ikan tembakul. Muka dia macam jumpa emas bertongkol-tongkol.
4)Emak siang ikan tu. Hambek kau..jumpa telurnya. Emak telan liur..Gulp (kecurnya, mak)
5)Emak bawak balik rumah, bagi kat anak yang sulung suh goreng, while she’s taking a bath.
6)Adik kecik terbangun dek bau telur yang sedap digoreng. Kakak bagi sikit.
7)Adik merengek nak lagi. Hentak kaki macam nak mintak penerajang. Kakak tak sampai hati, dia bagi sampai habis telur ikan dimakan dengan lahap.
8)Emak naik dari mandi,siap2 nak makan
9)Bukak tudung saji. Muka emak pelik. “Aik, mana telur emak..eh mana telur yang emak suruh goreng tadi??”.
10)Kakak muka cuak. Dengan gagap2, dia cerita perkara sebenar.
11)Muka emak dah mula nak nangis, sambiil ready nak kesat air mata dengan hujung baju kurung kedah dia. Emak cakap, “Kau berdua memang tak sayang emak. Biar emak mati ditelan batu belah”
12)Emak keluar rumah. Lari2 ke batu belah yang tengah mengaum nak makan mangsa.
13)Dua beradik kejar emak. Bammmmmmmm..emak kena baham, mati kempunan telur tembakul.
Tahi!
Panjangnya!
Ok.
See?
Kerana telur tembakul, emak merajuk bawak diri ke batu belah.
Ya.Memang kita sedari kecil diajar bagaimana disuruh menghormati orang tua. Takde orang tua(mak ayah) korang jangan berangan nak yada-yada dalam dunia ni.
Tapi sebagai ibu bapa, tak perlulah nak merajuk disebabkan perkara remeh. Cuba give and take. Kadang2 anak2 tegur dengan baik lemah lembut tentang tabiat kita. Untuk kebaikan kita jugak. Merokok contohnya.
Baik budak tu cakap. Elok aje
Dah tengking2, kata kurang ajar.
Ajaran melayu dulu lebih kepada menerima. Kita digest saja apa yang orang tua cakap tanpa ada sebarang penolakan(rejection). Akhirnya jadi beginilah. Anak2 tegur benda salah, ada sesetengah ibu bapa langsung tak mahu terima.
Sudah di projectkan dalam kepala kita, orang tua2 cakap jangan menjawab. TERIMA.
Suatu lagi perkara yang ada dalam jiwa orang kita adalah terlalu bersimpati.
Wat muka sedih sikit
Kusamkan baju
Duduk tepi koridor.
Tadah bekas.
Kita hulur se sen dua.
'Tolong encik..nak makan tak ada duit'
Tengok fizikal lengkap. Sihat.
Kesian sangat kita ni kat orang.
Tapi sampai bila?
Sampai bila-bila…
Eye Candies : Can You Believe These Are Actually Flat Images?
Dilukis oleh seorang artis kelahiran Chile ber-surname ‘Fredo’, beliau merupakan seorang remaja berusia 17 tahun!
Apa yang menarik tentang lukisan-lukisan Fredo adalah objek-objek atau subjek lukisannya seolah-olah ‘akan keluar dari bingkai’, dan itu menjadikan lukisan-lukisannya seolah-olah ‘bernyawa’. Enjoice.
Pictures credit : Mighty Optical Illusion
Zaid, PKR, Anwar dan Azmin. (Dari Perspektif Seorang Yang Bukan Ahli PKR)
Trivia
Mirwana
11/15/2010
Fenomena
Eye Candies : Illustrasi-illustrasi Yang Lucu Tetapi Awesome
Chow Hon Lam merupakan seorang artis grafik tempatan (Malaysia) yang berpendapat bahawa setiap figura / objek itu mempunyai pemaksudan sama ada melalui perbuatan mahupun gambaran. Di bawah ni, aku senaraikan illustrasi-illustrasi beliau yang berjaya menambat hati aku. Enjoice.
“I guess they must have something to say … Trust me, I try to communicate with them!” – Chow Hon Lam
- Original images source : thisblogrules