Di Malaysia, sukan sepak takraw masih dianggap sukan taboo di kalangan wanita di Malaysia. Alasannya sukan ni tak feminin, tak ayu, tak jelita dan gambar perempuan main takraw tak tinggi darjah ke-whore-an nya untuk dijadikan gambar profil Facebook.
Di sisi, gua cadangkan 5 cara-cara untuk mengajak wanita-wanita bermain takraw sekaligus membolehkan kita menghantar wakil dalam acara sepak takraw wanita di Sukan Asia dan Sukan Sea kelak.
#1 Masukkan sepak takraw sebagai salah satu sub-topik dalam subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK)
Masa gua sekolah dulu, budak-budak perempuan selalu dipaksa kemas stor sukan pada waktu PJK. Budak laki sedap main bola. Bila balik kelas, badan budak laki je berpeluh. Budak perempuan siap ada bedak bertepek lagi kat pipi.
Daripada kemas stor sukan, apa kata cikgu PJK ajar budak perempuan asas-asas dalam permainan takraw seperti menimang bola. Lepas ajar asas-asas sepak takraw, suruh budak-budak tu buat folio pasal sukan sepak takraw. Folio siapa yang kurang daripada 100 mukasurat, akan diberikan status 'gagal' dalam PJK dan diminta mengulang darjah.
#2 Angkat Hero Sukan Sepak Takraw Wanita
Setiap kanak-kanak yang menceburi bidang sukan perlukan hero untuk terus bermotivasi dalam sukan yang diceburinya. Seperti bola sepak wanita yang perlukan Mia Hamm, tenis wanita yang perlukan Martina Hingis dan sukan terjun wanita yang perlukan Wayne Rooney.
Surat khabar yang tak ada idea untuk melariskan jualan akhbar selain daripada mengaitkan Islam dengan seks dan babi (ya, Harian Metro) boleh lah menerbitkan artikel yang mengangkat atlet-atlet perintis sepak takraw wanita negara dan juga atlet sepak takraw dari Thailand, China dan Korea Selatan.
Lagi elok kalau dimulakan dengan atlet sepak takraw wanita kegemaran gua. Pemain apit kanan pasukan kebangsaan Thailand, Tidawan Daosakul yang cute dan sopan santun ini.
Kredit: bangkokpost.com |
Kredit: Yahoo! |
Kredit: daylife.com |
#3 Momokkan wanita Malaysia dengan iklan propaganda
There is nothing as powerful as repetitive and exciting ads in TV. Kalau dilihat di TV sekarang, banyak iklan yang menggunakan idea yang klise dan membosankan.
Cute la pulak iklan ni. Keh keh keh
Gua cadangkan kepada pembuat iklan tuala wanita supaya memaparkan keselesaan produk mereka ketika melakukan lipat gulung semasa bermain takraw. Baru lah awesome! Ini, balik-balik keselesaan ketika tidur, keselesaan ketika dating dengan boyfriend.....zzzzzzzzzzzzz. (Bayangkan Yuna atau Stacy lipat gulung! LOL)
Boleh juga diaplikasikan pada iklan deodoran, krim pencerah kulit dan mungkin juga pada iklan tudung.
#4 Pemain takraw didrafkan secara automatik ke universiti.
Golongan wanita sentiasa enthusiastic dengan masa depan mereka. Ini tak terkecuali dengan peluang masuk universiti mereka.
Kementerian Belia dan Sukan boleh lah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya pemain takraw wanita yang berbakat mendapat slot automatik masuk ke universiti pilihan dengan syarat mendapat kelayakan akademik yang baik. Ya, macam universiti di Amerika buat untuk membentuk pasukan American Football mereka.
Dengan ini, pemain takraw wanita boleh bermain takraw dengan riang-rianya tanpa merisaukan ibu bapa; kot-kot anak mereka tak dapat masuk universiti sebab banyak main.
#5 Recycle and reuse
Dalam kes ni, gua cadangkan atlet gimnastik negara di-recycle dan dilatih supaya menjadi apit kanan berbisa. Ini kerana, seperti yang kita tau posisi apit kanan atau 'killer' merupakan posisi yang memerlukan kemahiran akrobatik di udara dan atlet gimnastik sememangnya terkenal dengan kemahiran tersebut.
Terbalikkan gambar ni 90 darjah dan letak bola takraw di kaki kanannya - kita dah dapat killer gulung wanita yang pertama. |
Lagipun, kebanyakan karier atlet gimnastik berakhir sekitar umur 20-an sedangkan umur sebegini masih dianggap 'bergetah' dalam sukan lain termasuklah sepak takraw.
Atlet 'veteran' gimnastik akan dilatih untuk membiasakan diri dengan kemahiran asas sepak takraw. Bila dah pandai menimang dan mengawal bola, mereka boleh jadi 'killer' yang berbisa. Mungkin boleh lipat gulung sehandal Tidawan Daosakul. OK, yang ni memang gua rasa merepek.
6 comments:
apa jadah video sampai berlebih-lebih width dia ni wei...!
hai,
gua seorang player takraw tegar.
bab sylibus dalam PJK mamang ada, ada teori ada praktikal, cuma perlaksanaan pada peringkat guru tu kurang. ok selalu kan cikgu pjk lu orang bagi bole sebijik main sampai habis masa kan? klise dengan subek PJK bukan?
okey,
sepak takraw ni sukan teknikal. jadinya tak mustahil nak develope kemahiran menimang, mengumpan, merejam semua tu. teknikal kan? mesti boleh belajar.
malaysia sendiri ada team takraw perempuan. taklah sehebat siam atau myanmar. tapi sekarang ni kira meningkat naik. kira ada ikhtiar jugak nak majukan takraw wanita ni.
saja nak share dengan siapa-siapa minat sepak takraw:
www.bolarotan.com
grup dalam FB:
peminat sepaktakraw malaysia.
yang benar;
suriyan peachan :P
terbaik la tips tips ko avid.awesome dohhhhh!!!!!
kena carik tuala wanita yg mempunyai kadar penyerapan yg berkapasiti besar, leh wat lipat gulung yg awesome!:))
@ faqhrule
ada grup fan Tidawan Daosakul tak agak2 nyer?
@ faizal
haha..cari la tuala yang ada wing punyer.
apsal tekong regu first malaysia ari tu makin mantap dia punya badan? ada cadangan?
@ pais
normanizam mmg cenggitu rupanya dari dulu. haha..
Catat Ulasan