Aku seorang pemandu.
Aku percaya semua orang pun memandu.
Tetapi ada beberapa cara pemanduan yang aku tidak boleh terima.
Darjah aku membaca 'zikir' akan lebih laju daripada biasa.
[Gambar : Kalau ada kenderaan yang lembap, bawa 20 km/j, aku harap sangat aku boleh saman orang itu]
Pemandu perlahan dengan kelajuan 20 km/j pada jam 6.30 pagi.
Biasanya aku dan Bonda akan keluar rumah awal. Jam 6.30 pagi antara waktu kami sudah berada di atas jalan raya. Masa lebih kurang satu jam aku perlukan untuk sampai ke sekolah (dengan kelajuan normal), tapi biasanya 45 minit sudah boleh tiba. Tapi disebabkan ada sesetengah kenderaan yang memandu dengan sangat 'laju' begini, memang membuatkan aku tidak sabar. Walaupun Bonda yang memandu tetapi aku yang disebelahnya yang sudah meracau keberangan.
Pemandu yang mengacah-acah untuk memotong.
Bila kenderaan sudah berderet-deret mengekori kereta yang lambat sedemikian rupa, kita memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berdoa agar kenderaan dihadapan akan memintas kereta tersebut. Ada kereta yang mengacah-acah mahu memotong, tetapi berundur semula kerana kurang yakin. Memang, kau boleh kata, gelap lagi. Tapi, kalau tak nak memotong, bolehkah anda izinkan saya memotong anda? Untuk merapatkan jurang dengan kenderaan depan.Kalau hanya ada satu atau dua kenderaan dihadapan, pasti boleh dipintas, tapi kalau sudah sembilan? Adakah mulut aku akan senyap sunyi sambil menekan telefon bimbit sahaja di tepi? Kelihatan agak mustahil di situ.
Lori tanah, lori pasir, lori simen, lori balak, segala jenis lori.
Bas sekolah, bas pekerja, bas ekspres, bas awam, segala jenis bas.
Kalaulah aku dan Bonda terlambat walaupun seminit untuk berada di atas jalan raya dalam waktu yang sudah kami tetapkan, kami harus tabah mengekori segala jenis lori yang bersaiz memenuhi jalan raya serta mempunyai muatan yang berlebihan. Hobi aku adalah mencatat nombor plat kenderaan tersebut, tidak mengira apa jenis lori dengan harapan aku akan menyerahkan kepada pihak berkuasa. Oh, ketika Bonda benar-benar berzikir menyebut kalam Allah, aku sudah terperuk menekan telefon genggam sambil menjeling geram ke arah kenderaan berat di hadapan. Sakit jiwa.
Bas sekolah lebih hebat. Berhenti tanpa isyarat. Brek mengejut. Lebihan penumpang sehingga terjuntai-juntai kaki pelajar di anak tangga. Padat, sarat dengan penumpang. Gila.
Motosikal yang terlupa mereka sepatutnya di barisan tepi.
Biasanya yang ini berlaku selepas kereta bertukar pemandu. Bonda sudah selamat tiba di sekolahnya, dan aku sudah mengambil alih pemanduan. Kadangkala, dari jauh aku fikir adalah kereta disebabkan cahaya yang terpancar adalah dua, tetapi rupa-rupanya motosikal yang dipandu beriringan dengan laju. Kebanyakan adalah pelajar sekolah. Walaupun banyak kenderaan di tepi, mereka langsung tidak berganjak dan setakat ini aku sudah merekodkan, empat buah motorsikal dibawa secara berangkai di atas jalan raya. Hajat hati memang mahu memaki, tetapi apakan daya, mereka pasti akan dapat mengenal pasti aku adalah anak Bonda. Maka aku hanya boleh marah seorang diri.
Perokok yang menambahkan kabus serta menyangka pagi adalah waktu bersiar-siar.
Ini memang membuatkan aku cukup sakit hati. Dan ya, aku pernah menurunkan tingkap dan menjerit ke arah pemandu sebegitu. Panggilah aku keji sekalipun, ini antara sebab aku marah pada orang yang tidak memikirkan orang lain juga punya urusan di pagi hari. Bawa kenderaan dengan sangat perlahan sambil menghisap rokok dan menghembuskan asap kepul tidak membantu manusia lain yang berkejar ke tempat kerja untuk mencari rezeki. Eh, kenapa nak merokok tak boleh tutup tingkap? Takut mati lemas dengan asap ke? Geram.
Kereta mahal tetapi memandu uji di waktu pagi.
Oh, ini memang buat aku membebel kuat. Kereta mahal, baru tetapi dibawa dengan sangat perlahan. Menikmati pagi yang indah memang mengasyikkan, tetapi akal pasti boleh diguna bila melihat pemandu lain sedang berkejar dengan masa. Adakah manusia begini tiada otak atau otak diletakkan di punggung? Maksud aku memandu uji di sini adalah bawa dengan perlahan, berbual-bual mesra sedangkan hon sudah bertali-tali dibunyikan oleh pemandu kenderaan lain.
Bonda : Ada orang beritahu yang Along bawa kereta laju.
Aku : Eh, mana ada Mak.
Bonda : Orang semua kenal kereta kita.
Aku : Tak laju mana pun.
Bonda : Berapa kelajuan kereta?
Aku : ........
Sebenarnya banyak lagi yang mahu aku coretkan, tetapi biarlah sampai di sini sahaja buat kali ini. Oh, ini baru kenderaan pagi. Akan ada edisi kenderaan tengah hari pula selepas ini, rasanya. Ketawa.
8 comments:
aku: 160 jer mak. bukan laju. meter suh smpai 220 kan... huhuhu
ni kes sekolah jauh sikit dari rumah la ni..
my case is different..
melalui jalan yang dipenuhi dengan pendatang asing..
berbasikal macam jalan parents diorang yang punya..
yang berjalan kaki pun tak kurang hebatnya..
kalau boleh macam berkawad tu..
tension..
chegu zara dah tak merempit di waktu magrib.. :p
kehkehkeh
Paling tak boleh consider bila kita sedang memotong, kenderaan yang dipotong meningkatkan kelajuan jugak. Dah boleh pergi jahanam dah orang macam ni.
yg pasal moto tuh aku suker..sebab aku salah sorg darinyer...hahahaha..aku ta suker ikot tepi sebab jln2 tepi tuh bukan elok sgt..haha
nice ent3... nice blog... penulisan yang menarik...
kene panggil kak otai la lepas nie....
hihihihi
maaf kak
saya perempit
kikiki
Catat Ulasan