11/16/2010

Trivia


Adik suka sangat main PS2. Merengek-rengek nak suruh aku belikan dia PSP. Apa gila? PSP boleh jadi separuh harga basikal aku ataupun duit kopi nak dapatkan DSLR. Bising sangat di tepi aku, kang aku ketuk meraung panggil Mak.

Adik : Along, tengah buat apa?
Aku : Tulis blog.
Adik : Trivia tu sama macam Travers ke?
Aku : Apa tu?
Adik : Katak dalam Harry Potter.
Aku : Gila ke? Travers mana datang katak?
Adik : Oh tau, trivia tu Tevez.
Aku : Keluar!

Pagi ni aku tengok depan bilik ada orang tampal kertas tulis PSP besar-besar dan lekatkan logo Argentina. Damn!

2 comments:

ifah berkata...

beli kan la. main same2. huhu

Paan Ovrtd berkata...

Hahahaha! Teringat kecik2 dulu merengek mintak mak belikan but dan cape macam superman. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...