Pages

11/25/2010

Facts : Feral Child | Antara Realiti dan Kekejaman Manusia | In Tribute to ‘Stop Child Abused’ Campaign

What’s happening guys?

Aku yakin yang kamu semua pernah dengar / tonton / baca ‘The Jungle Book’ karya Rudyard Kipling. Aku sebetulnya sebelum yang versi kartun, dah baca novelnya terlebih dahulu dan aku cuma boleh katakan yang the movie version sucks! Tak sampai ‘jiwa’ penceritaannya.

Well, untuk pengetahuan kamu, ‘feral child’ merupakan suatu kes di mana seorang individu (selalunya adalah kanak-kanak) hidup tanpa pengawasan / berada dalam persekitaran yang menyebabkan interaksi yang sangat terhad antara individu tersebut dengan manusia lain. Dalam kes ini (walaupun jarang berlaku), kanak-kanak tersebut dibela dan dibesarkan oleh haiwan ataupun ditempatkan (lebih tepat lagi dikurung / ditinggalkan) dalam suasana yang tidak sesuai untuk pembesarannya.

Antara watak ‘feral child’ yang muncul dalam fiksyen adalah ‘Tarzan’ dan ‘Mowgli’. Walaubagaimanapun, kedua-dua watak fiksyen ini digambarkan mampu berkomunikasi dan memiliki daya intelek apabila tiba pada peringkat tertentu.

Realitinya, ‘feral child’ ini takde pun kemahiran sosial semacam itu. Kamu bayangkanlah ya, ditinggalkan oleh mak bapak dalam usia baru belajar bertatih, apa je kemungkinan yang boleh ditafsir terhadap budak tu bila membesar? Makan pakai sudu? Main facebook?

 

KES-KES HANGAT YANG PERNAH DILAPORKAN

Harus diingat, kes-kes seperti ni takkan boleh lari dari kontroversi, kerana masyarakat kita dikurniakan bakat mengadili situasi semenjak lahir lagi.

1. Susan Wiley a.k.a ‘Genie’

genie-wiley

Salah satu gambar Susan yang ‘normal’

  • dijumpai oleh pihak berkuasa California pada 4 November 1970, terkurung di dalam bilik tidur bapaknya yang mengalami masalah mental
  • selalu didera dan tidak dibenarkan bercakap oleh bapaknya sehingga berusia 13 tahun
  • menjelang usianya 13 tahun itu, Genie hampir bisu dan hanya mampu menuturkan lebih kurang 20 perkataan rutin sahaja seperti ‘stop it’ atau ‘no more’
  • ibunya turut mengalami penderaan fizikal oleh bapak Genie dan hampir buta, selain disebabkan penyakit yang dihidapinya

ht_wiley4_080515_ssv

Susan Wiley sekarang. Retard dowh… kesian.

  • dilaporkan berjalan ‘seperti arnab’ akibat apa yang berlaku ke atasnya
  • sepanjang tempoh terapi, dilaporkan Genie gagal dikembalikan kemanusiaannya sepenuhnya
  • kisah hidup Susan telah diadaptasi dalam filem bertajuk ‘Mockingbird Don’t Sing’

250px-MockingbirdDon'tSing1

2. Kamala & Amala

02

Antara gambar Kamala & Amala yang berjaya dirakam

  • dibesarkan oleh sekawanan serigala sejak Amala berumur 18 bulan & Kamala 8 tahun (Mowgli habis!)
  • ditemui pada 9 Oktober 1920 di daerah Mindpore, India oleh Joseph Amrito Lal Singh, seorang paderi, yang juga menamakan, menjaga dan menulis diari tentang perkembangan kedua-dua kanak-kanak itu

01

Gaya makan pun dah cenggini ha… tak kesian ke? 

  • menurut Lal Singh, ketika ditemui, kedua-dua kanak-kanak itu dijaga oleh sekumpulan serigala seolah-olah kedua-keduanya adalah anak mereka
  • walaupun Lal Singh berjaya melarikan kedua-duanya daripada serigala-serigala itu, namun kedua-dua kanak-kanak itu tidak menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak normal – mereka mencakar, tidak mahu berpakaian serta bergerak dengan 4 kaki
  • mereka juga cenderung untuk berjaga malam selain sensitif terhadap cahaya matahari

3. Oxana Malaya

6a0105349ca980970c01156fb5081d970c-320wi

  • ditemui di Ukraine pada tahun 1991 pada usia 8 tahun
  • dikatakan menghabiskan sepanjang masanya dengan sekawan anjing – mewarisi banyak sifat-sifat seekor anjing selain tidak mampu bertutur
  • uniknya, Oxana bukan diculik atau ditinggalkan di hutan tetapi akibat kesan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa yang kaki botol dan membiarkan Oxana tinggal di dalam rumah anjing dan hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah sekali sekala

oxana01

“Woof!”

  • ketika diselamatkan, Oxana langsung tidak mempunyai personaliti seorang manusia – menyalak, menderam dan bergerak seperti seekor anjing selain menghidu makanan sebelum memakannya
  • perlahan-lahan, dia berjaya dipulihkan dan kini tinggal di Baraboy Clinic walaupun doktor mengatakan dia tidak akan menjadi manusia normal sepenuhnya

LAIN-LAIN KES

- Tissa : ditemui pada tahun 1973 di Sri Lanka. Dikatakan dibela oleh sekumpulan monyet.

- Dina Sanichar : budak dari India yang tinggal bersama serigala (jugak), ditemui pada tahun 1867.

- Ivan Mishukov : budak kecil yang tinggal bersama anjing di Russia, kes yang hampir sama seperti Oxana.

- Rochom P’ngieng :  gadis Cambodian yang dikatakan tinggal di dalam hutan selama 19 tahun, ditemui pada 13 Januari 2007.

 

Ya, aku mengaku kadang-kadang aku pun tak berapa gemar budak-budak (anak-anak saudara terkecuali), tapi aku tetap tak boleh tolerate dengan penderaan ke atas kanak-kanak. Even kalau kakak-kakak aku ‘hukum’ anak-anak saudara aku pun, aku akan pastikan diorang tak berlebihan dalam mendidik anak-anak. Paling pantang, kalau aku nampak manusia-manusia bodoh yang suka ‘main kepala’ budak-budak. Macam celaka dowh perangai. The same goes to child pornography. Aku boleh terima kalau kamu seorang fetish suka tengok ‘2 Girls 1 Cup’ but never child porns. That’s just so wrong to begin with.

 

Picture credits :

Special credit to ‘Majalah G-Files’ for inspiring me.

 

STOP CHILD ABUSE

10 comments:

cik helena berkata...

omg!paling kesian susan tu :'(

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

kejahanaman orang yang dera budak2 ni~

Faizal Sulaiman berkata...

buat anak tahu, jaga tak pandai..

Unknown berkata...

thanks for this great article! :)

Paan Ovrtd berkata...

cik hel : ololololo...meh sini kita lap air mata meh...

kak zara : budak 'orang' dah ni kak. Ni dah namanya iprit.

fs : kan? Kan? Kan?

miya : welcome!

sharamli berkata...

kadang-kadang budak-budak ni jangan diberi muka sangat (anak saudara adalah terkecuali)

kah3

Tanpa Nama berkata...

budak2 kene jaga ngn kasih sayang..baru r dyowang hormat kite..bukan dengan cara mendera..
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Dr Rozmey idola hatiku"

"2.Kelebihan Ayat Ruqyah"

avid berkata...

gua nak ucapkan terima kasih kepada serigala yang jaga kamala dan amala. gua berjanji akan turut serta dalam kempen 'selamatkan serigala kita' yang akan datang untuk membalas jasa depa.

Ddila berkata...

hukk..kesian Genie..tak psl2 retard..kat Malaysia takde lagi kan cerita2 camni..

takky berkata...

serigala pun pandai jage anak manusia...
ini manusia, asik buang anak je..
g teruk dari serigala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...