Pages

11/14/2010

Ayat Permulaan Keji Hanya Mengundang Maki


Ini tulisan pertama bersama lelaki-lelaki berharga.
Maksud aku, pena dan tinta mereka sangat bernilai dan bermakna.
Orangnya?
Aku bagi kau semua nilai dan baca.

Semalam ada seorang pembaca hubungi aku. Harfiahnya, aku senang sahaja berbual dan berkongsi dengan orang tetapi bila orang mula buat ayat keji, aku hanya lebih rasa mahu memaki. Contoh ayat yang aku terima semalam (dan pastikan kau jangan guna bila mulakan bicara dengan aku jika tidak mahu mengundang tikaman)

"Awak, saya baca blog awak setiap hari. Follower tetap dan pembaca setia. Awak kerja apa ya?"
Untuk rekod, ini blog aku - Dunia Sebelah Zara.

Damn!
Kau kata kau baca blog aku, tapi kau tak tahu aku kerja apa? Sekejap, kau baca tajuk sahaja ke? Memang betul kau setia, setia baca tajuk tanpa isi. Lain kali guna akal boleh? Dan aku selalu terjumpa ayat pengenalan atau permulaan yang hanya akan buat mulut kau memaki tanpa henti.

01. Awak, jam pukul berapa sekarang? - Di tangan kanan ada telefon, di tangan kiri tersarung kemas jam tangan dan di atas kepala ada jam dinding. WTH?

02. Awak anak sulung? Kakak dan abang tiada? - Piang! Memang bodoh piang. Dah kata anak sulung, celah mana nak ada kakak dan abang? Baiklah, kita anggap dia anggap yang kita mungkin anak sulung perkahwinan entah keberapa.

03. Oh, mengajar Kimia? Sekolah rendah ke sekolah menengah? - Aku dapat soalan ni semalam. Jujurnya aku nak terajang muka orang. Sejak bila sekolah rendah ada matapelajaran Kimia? Sejak bila?! *meracau sebab tak dapat tahan nak pukul orang*

04. Kawan universiti si polan? Mana kenal dia? - Dah kata kalau di universiti, kenal di mana agaknya? Sekolah tadika kemas di hujung padang kolej terakhir ke? *mengeluh kuat-kuat*

Banyak lagi sebenarnya, cuma aku malas nak bising banyak.
Nanti bila aku mula membebel, ramai pula orang yang kurang kasih sayang (baca : serta susu ibu) yang meracau menghentam aku balik. Itu sahaja.

Noktah.
Mereka panggil aku Lord Zara bukan tanpa sebab.

10 comments:

Pejuang kesenian Extreme berkata...

awak ajar fizik kat sekolah rendah ke..
sekolah mana tu..hahaha

Secara terus terang aku jarang mengikuti blog kamu..Tapi aku tau pekerjaan kamu apa kerana lagi selesa jadi silence reader..org muar la katakan..hoho

The Poyo Me berkata...

yang aku fahamkan, LORD sebab Syed.

tp still aku tak faham kenapa Shafaza.

boleh ulas?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

PKE :

semangat kedaerahan itu agak penting. Tunggu ada masa, kita main paintball sama2~

Izzie :

nak tau ke?
nanti aku explain khas untuk kau~
:)

Azrul Hisham berkata...

seriously rasa nak bagi penampar je orang2 yg tanya soalan2 macam tu....haha

Paan Ovrtd berkata...

First post by our beloved Lord Zara!

Tanpa Nama berkata...

asal tak tanya awak blogging guna blogger.com ke wordpress? LOL

faqhrule berkata...

i heart CMH

Shahrul Tanaka berkata...

awak belajar universiti mana dulu?

Miss Shizu berkata...

ohh kakak ku...ko lagi tua dari aku kan..haha..

kakak, setiap pagi saya mesti bukak belog kakak..saye suker gmbr danbo yg kakak asek gune kat belog tuh..comelll...macam kakak..=p

aku suker ko gune ayat bodoh piang..kekekke

rabiatuladawiyah berkata...

oh ye.. maaf.. sy juge suke mjadi silent reader dlm blog Dunia Sebelah Zara..

muar gak=)
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...