11/26/2010

Penyakit Jiwa

Salam Jumaat

Malam

Aku ronda-ronda sekitar residen dengan Honda tunggangan sambil cari kedai menggunting rambut.

Melilau-lilau cari kedai, yang kebanyakannya dah tutup pukul lapan malam.

Haihh..awal benau tutup?

Pusing punya pusing, terjumpalah satu kedai. Sebelahnya kedai makan.
Aku masuk ke kedai gunting rambut tu.

“Turn ke empat ye, dik”

Aku angguk sambil mata melilau-lilau tengok di balik cermin transparent melihat sekelompok lelaki—tua—sebaya—bapa—aku duduk bersembang gebang-gebang sama mereka.

Orang tua melepak malam-malam?
Biasalah di kawasan residen aku neh.
Tapi, sejak bila term melepak hanya untuk orang muda?

Abaikan…

Benda paling piau aku nak cerita ni fasal sikap orang tua ramai-ramai tu yang sungguh tak sedar diri.

Mereka start kuarkan kertas. Few papers, kemudian tengok telefon sambil salah sorangnya menelefon. Orang didepannya plak, kuarkan duit. Hulur. Disambut dengan senyum.

Sorang pelanggan, mungkin kenalan pada orang tua ramai-ramai ni masuk ke kedai gunting rambut sambil berseloroh.

“Kena ekor la tuh!”

Aku diam. Pandang lagi scene tak sedap mata itu.

Kalini tinggal berempat. Salah sorang kuarkan kiub putih, berketul-ketul, kemudian susun memanjang atas meja sebelum membahagikannya mengikut portion yang betul kepada tiga yang lain.

Salah sorang dari mereka hulur duit dari bawah meja!

Selang setengah jam, salah sorang nampak senyum lebar, dengan duit berbagai warna dikiranya bangga.

Aku melihat scene itu seperti sampah memualkan.
Hakikat orang kita.
Islam pada nama.
Hakikatnya?

Perkara pertama dalam membentuk keluarga yang baik adalah pemahaman tentang rezeki. Dan ianya dimakan setiap hari oleh ahli keluarga.

Setitik rezeki haram, ia akan merubah segalanya.

Sanggup nak bagi makan rezeki haram pada keluarga?
Nak kaya punya pasal, sanggup main ekor, terup, mahjong semua?

Kalian sendiri mungkin pernah melihat sisipan-sisipan Sport Toto di dada-dada akhbar. Dulu aktif. Sekarang pun iya juga. Pernah jugalah orang pinjam akhbar semata-mata nak tengok result toto tuh. Mungkin itu strategi pihak akhbar, advertorial Toto apa jadah lagi namanya, mampu menaikkan sales suratkhabar.

Cuba lalu dihadapan premis Sport Toto, tengok berapa ramai orang yang sama bangsa dengan kita, sama agama dengan kita, sama bahasa dengan kita melakukan pencemaran ini.

Nak-nak pulak yang main tu orang tua.
Buatnya sedang kau asyik dengan game, tetiba nyawa Allah tarik.
Apa kau nak jawab nanti?


Makanlah (makanan) yang halal lagi baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepadamu dan takutlah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya
AL MAIDAH 88:5

Makin maju teknologi sekarang,punca rezeki semakin lama semakin diragui... Kau orang boleh tengok contohnya...

6 comments:

LORD ZARA 札拉 berkata...

Pin pin pin.....

Rebelle Me berkata...

judi itu haram..
dah tahu..
tapi serious ramai je orang-orang tua main nombor ekor..
gian kot..

Paan Ovrtd berkata...

Kak Zara : Ooopocot mak kau! Haiii...bebudak skarang...bawak moto maca pelesit! :D

Da Ma Chai, Sport Toto, 4D....errr...semua tak pernah jejak.

sharamli berkata...

islam pada nama-rebecca nur islam

kehkehkeh

Glower Cikai Dumber berkata...

perghh bagus2 entry lu :)

takky berkata...

semakin laju teknologi semakin diragui kehalalan rezki itu...
mmg patut dihayati pada semua orang di zaman ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...