Pages

11/23/2010

Kryptos - CIA Puzzle

Kryptos di luar bangunan ibupejabat CIA sekarang


Sekitar tahun 1980-an, Central Intelligence Agency (CIA) merancang untuk membina bangunan ibu pejabatnya yang baru. Untuk menambah nilai estetika dan memberi idea awal kepada pelawat tentang apa kejadahnya CIA buat, CIA telah menjemput beberapa orang artis untuk menghantar proposal kerja seni mereka yang bakal dibina di courtyard bangunan baru tersebut. Artis yang berjaya akan mendapat komisen USD 250 000 (sekitar USD 1.5 mil duit sekarang).

Artis yang berjaya adalah Encik Jim Sanborn. CIA terus menghantar En. Sanborn ke kursus mengkod rahsia dengan ejen CIA yang ketika itu hampir bersara, En. Edward Scheidt


En. Jim Sanborn, pencipta Kryptos


Selepas kursus tersebut, En. Sanborn terus membuat kerja seninya sambil dibantu ejen CIA tersebut. Dan, hasilnya adalah 4 buah panel kuprum yang mengandungi huruf-huruf rambang. Dan yang paling menariknya, 4 panel tersebut mengandungi 4 mesej rahsia yang digelar 'Kryptos' yang bermaksud rahsia dalam bahasa Greek!


Kryptos. Perhatikan huruf yang berwarna kuning adalah mesej keempat yang belum di-crack lagi.

Sehingga hari ini, hanya 3 daripada 4 mesej tersebut telah berjaya ditafsir (cracked). Mesej yang belum berjaya ditafsir, mesej keempat mengandungi 97 huruf dan sehingga hari masih belum berjaya di-crack oleh sesiapa. 

Kryptos kekal menjadi satu obsesi kepada code breakers. Malah, Dan Brown - penulis novel The Da Vinci Code turut mengabadikan obsesi nya terhadap Kryptos dalam salah satu chapter novelnya.

Menurut En. Sanborn, Kryptos memang agak susah untuk di-crack kerana ianya agak pendek berbanding mesej-mesej lain' which means less information to study for patterns.


Mesej pertama yang berjaya di-crack berbunyi: "Between subtle shading and the absence of light lies the nuance of iqlusion". (En. Sanborn sengaja buat misspelling untuk bagi lagi susah. LOL!)

Mesej kedua pula mengandungi kedudukan longitud dan latitud ibu pejabat CIA: "Does Langley know about this? They should: it’s buried out there somewhere. X Who knows the exact location? Only WW" (WW merujuk kepada William Webster - bekas pengarah CIA).

Mesej ketiga merupakan quote daripada Howard Carter, seorang archeologist semasa beliau membuka makam King Tut. Menurut En. Sanborn, passage ni banyak memberikannya inspirasi dari kecil lagi.  (En. Sanborn sekali lagi sengaja buat misspelling just for the sake of LOL!).

Mesej keempat yang mengandungi 97 huruf masih belum dapat di-crack. Baru-baru ni, disebabkan fed up kerana mesej ni lambat sangat di-crack, En. Sanborn bermurah hati memberi satu klu. Klu tersebut menterjemahkan huruf ke-64 hingga 69 iaitu NYPVTT kepada BERLIN

Macam mana dari situ boleh jadi berlin, jangan tanya gua. Dan kalau korang dapat crack mesej, mungkin korang boleh berenti kerja dan terus apply jadi ejen CIA.

Hint untuk mesej keempat: Here
How Jim Sanborn decoded the code: Here
(Gambar dan info: Kredit kepada NY Times)





7 comments:

Paan Ovrtd berkata...

(terus save picture)

Malam ni perah otak!

avid berkata...

haha..dpt crack karang gua roger sarah walker!

Shahrul Tanaka berkata...

freemason!

Rebelle berkata...

sudah cukup dengan segala research bagai ni..
:(

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

hee mekasih..info

avid berkata...

@ shahrul tanaka
haha...mana budak illuminati conspiracy theorists ni??

@ rebelle me
kita tgg je paan crack

@ brutalsolo
meh..don't mention it..

deus X machina berkata...

astaghfirullahalazim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...