Pages

11/15/2010

Stereotaip Kampung

Kampung yang gua maksudkan ni bukan lah Kampung Baru atau Kampung Malaysia Tambahan ceruk-ceruk KL nuh. Sebagai warga kampung yang progresif, liberal dan tak jumud, gua nak membetulkan beberapa persepsi pasal 'kampung'. Bermula dari definisi kampung.

Sesebuah kawasan tak boleh dipanggil kampung selagi:

1. Takde najis lembu bersepai di tengah jalan.
2. Takde rumah yang jambannya di luar rumah.
3. Takde simpang jalan yang sesuai untuk budak-budak sekolah menengah/menganggur bersidai petang-petang sambil bermain gitar.
4. Takde gadis-gadis bawak adik kecik berjalan petang-petang naik motor di sekitar kampung.
5. Takde kedai runcit yang stok barangnya terhad tapi lagi mahal harganya dari kedai kat pekan/bandar.
6. Takde lembu, kambing, biawak, tupai, kera dan kadang-kadang babi hutan yang merayap sampai ke jalan.
7. Takde awek cun kerja kedai potostet/cybercafe/kedai makan.

Takde 7 elemen ni, korang tak layak panggil tempat korang 'kampung'. Korang tak layak nyanyi lagu 'Balik Kampung' tiap kali nak balik raya. Nak nyanyi gak, pergi mintak Syahir AF buat lagu raya baru 'Balik Bandar' atau 'Balik Pekan'.

Untuk pengarah filem dan drama-drama Melayu pulak, korang punya definisi pasal 'kampung' memang buat gua rasa lagi baik gua tengok Video Zonkers. Kalau korang tengok:

Mitos #1
Asal ada babak makan nasi kat rumah-rumah kampung, temanya mesti sedih-sedih. Suap nasi berterabur ke lantai. Ceduk kuah gaya tak nak makan. Lauknya pulak 1-2 jenis je. Lagu latar pulak kalau tak berseruling mesti berviolin. Bapak sedih. Padahal korang tau je la kan berapa jenis lauk korang melahap bila korang makan kat kampung?

Mitos #2
Dalam drama, makcik-makcik kat kampung mesti pakai serkup. Baju yang dipakai pun semuanya lusuh-lusuh, ada gambar bunga besar-besar yang bodoh, dan pakai kain batik. Hence, the phrase 'fesyen kampung'. FYI, mak gua selalu pakai blouse Blair Waldorf masa sidai baju, cuci longkang rumah. Jiran gua selalu baju kurung lawa masa nak ambik daun kari kat belakang rumah gua. Vogue meh!

Mitos #3
Dalam drama, pakcik-pakcik mesti bermuka 'letih'. Tak kira la Jalil Hamid ke, Nasir Bilal Khan ke yang berlakon, semua buat muka letih bila berlakon kat kampung. Balik kebun/laut/sawah buat muka letih. Balik masjid buat muka letih. Depressing sangat ke jadi orang kampung ni? Hahaha.

Mitos #4
Kalau korang perhatikan, orang kampung selalu dikaitkan dengan kepercayaan tahyul. Nak cari dukun, bomoh kena datang kampung. Zaman 80-an gua boleh terima lagi persepsi macam ni tapi tidak untuk zaman sekarang. Gua percaya ramai dah bomoh mula tinggal di pekan-pekan macam Dr. Rozmey dan AC Mizal.

Mitos #5
Selain filem-filem P. Ramlee dan siri Upin Ipin, drama-drama tempatan banyak menyebarkan gambaran sosial yang salah terhadap kampung. Dalam drama, jarang benar nak jumpa watak berbangsa Cina yang duduk di kampung. Bangsa Cina selalu digambarkan hidup di pekan, bukak kedai. Melayu duduk kampung. India duduk estet. Come on la, directors. Korang pernah pergi kampung ke tak ni?

Tuntutan gua ada dua. Buat pengarah drama-drama dan filem-filem tempatan yang mengetengahkan unsur 'kehidupan kampung' dalam karya mereka, tolong jangan anggap rakyat Malaysia ni bodoh. Dah la plot cerita bodoh, depiction from real life pun bodoh. Hilang selera gua nak tengok drama tempatan.

Dan buat rakyat Malaysia semua, tolong jangan nyanyi 'Balik Kampung' raya haji nanti kalau destinasi yang korang tujui tak memenuhi 7 elemen yang gua taip kat atas. Hahaha.

Selamat Hari Raya 'Idul 'Adha in advance.



6 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Tahi lembu banyak sangat.

Tak campur benda lain lagi.

Dag!

Faizal Sulaiman berkata...

yeah! tudiah!

mind set director dia refer buku sejarah.orang melayu misti duduk kampung.hak hak hak.

plus makcik2 kepoh mesti makcik2 kampung padahal kat bandar ada ajer.kih:P

Paan Ovrtd berkata...

The very first post from our own Avid Gunner!

PMOfficial berkata...

sebab tulah pakcik x suka citer melayu...dah dapat guess citer mcm mn n ending mcm mn... Setakat citer mcm Chinta tuh, dr awal dah guess...tgk2 betul...hahaha...
BOSAN

Razman berkata...

pasal director tu mmg btol, diorg selalu timbulkan elemen2 bodoh dalam karya. jgn kata suasana, benda2 basic mcm solat pun xbtol. aku xigt cte apa, lepas berdiri, terus sujud. nak kata sujud tilawah tak jugak sbb 2 kali. klu ye pun lakonan tu di cut, cut la part yg btol. angkat takbir tros cut ke ckup la. jgn nmpk bodoh sgt.

tp bab balik kg raya, sbnrnya kg juga merujuk kepada asal usul kita. so kalau kita mmg besar kat bndar, tak salah nyanyo blk kg. sbb kg kte kat bndar.

amboi, serius tau aku kali ni!

takky berkata...

elemen2 tadi 2 hanya ada waktu saye kecik aje...
bila dh besar elemen 2 dh x de sebab kg dh membangun....
jadi kampung tetap kampung even ianya dh membangun....
hihihihihi....^O^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...