Pages

11/14/2010

Tips : Bagaimana Untuk Menilai Sesebuah Filem / Drama Tempatan Dengan Baik

SARCASM ALERT

Most of us suka menonton filem. Tak kiralah kamu seorang pengunjung wayang yang tegar mahupun pen-download movie secara haram yang maha hebat, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda menonton sesebuah filem.

  • Jangan menonton filem seperti ‘Inception’ jika anda seorang mat rempit – anda hanya akan menyebabkan diri anda kelihatan bodoh sepanjang 60 minit terawal dan for good’s sake, dialog-dialog macho seperti “Lu ni kan… buat gua panaaaaaaas je!” tidak akan dapat anda dengari sepanjang filem berlangsung. Filem-filem seperti ini hanya sesuai ditonton oleh makhluk-makhluk nerd dan tiada life seperti Shahrul Azri.
  • Filem-filem arahan A. Razak Mohaideen adalah dikategorikan sebagai ‘wajib tonton’ – tidak ada pengarah filem yang lebih berkaliber di Malaysia nan tercinta ini selain daripada Professor Madya tersebut. Ditambah pula dengan lakonan mantap lagi dahsyat daripada Apek, setiap filem arahan Razak Mohaideen sepatutnya tersenarai dalam carta 250 great movies di IMDb dengan purata paling bangsat pun adalah 9.2 / 10 bagi setiap filem. All hail Razak Mohaideen!
  • Farid Kamil is the next big thing – tontonlah kesemua filem lakonan satu lagi produk membanggakan UiTM ini, nescaya anda akan mendapat sebuah pengalaman menonton yang patut dibanggakan. Daripada watak seorang pemandu motosikal yang mendecit seperti setan lakunya, dia mampu bertransformasi 360 darjah menjadi seorang kekasih romantis yang boleh diharap dengan hanya berbekalkan rambut gaya corn-rolls.
  • Boikot kesemua filem mahupun arahan Khabir Bhatia – last time I checked, ‘Setem’ hanya dapat ditonton di beberapa pawagam sahaja. Apa maksudnya tu? Pastilah filem-filem arahannya sucks dan tidak nendang bontot. Nur Kasih? Meh…
  • Semua adaptasi daripada novel adalah tahi kecuali bertemakan setan – apa yang kita boleh harapkan sangat daripada penulis-penulis novel di Malaysia ni? Tak ada kreativiti langsung! Jika tak ada perkataan ‘setan’ dalam sesebuah novel itu, kamu ingat boleh mendatangkan hasil lumayan ke bila diadaptasi nanti? Hah? Hah? Pergi baca semua novel Ahadiat Akashah sekarang kalau nak jadi intelek! Jangan baca Jibam, itu cuma sebuah novel untuk orang terencat dan orang kampung sahaja.
  • Lan Pet Pet adalah legenda dan ‘Katt William Malaysia’ – kalau dia tak legend, dia takkan jadi adik ipar Rozita Che Wan la dowh dowh… nuff said.
  • Garapan-garapan the late Yasmin Ahmad hanyalah provokasi dan kecaman ke atas penonton semata-mata, tak payah fikir banyak, daripada membazir duit tengok, ada baiknya kita ke i-City – the point explains itself.

8 comments:

Pais Mais berkata...

lex dlu.

faqhrule berkata...

ni entri provokasi, sinikal, sarcasm atau lehan jujur?

gua prefer baca jibam dari lagenda budak setan. bukan novel tipikal. tapi kaya dengan macam-macam yang boleh lari dari cerita cinta sedih tak kesampaian hampa kecewa. klise seh!

Paan Ovrtd berkata...

'SARCASM ALERT' was put there.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Ceh!
Kenapa ku rasa cam paan lupa letak 2 Alam?

Shahrul Azri meleleh kelenjar nak tengok.

deus X machina berkata...

Kecik hati DDR lu tak letak filem dia

deus X machina berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PMOfficial berkata...

tak minat citer melayuuu

Shahrul Tanaka berkata...

inception tiru lagu damasutra.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...