Pages

11/16/2010

Zaid, PKR, Anwar dan Azmin. (Dari Perspektif Seorang Yang Bukan Ahli PKR)

1. Akhirnya, selepas berminggu-minggu menghentam proses pemilihan PKR serta menghentam kepimpinan PKR, Zaid Ibrahim akhirnya mengumumkan akan keluar dari PKR.


2. Zaid Ibrahim merupakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang meletakkan jawatan pada tahun 2008 kerana tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Akta ISA. Selepas keluar dari Umno, beliau menyertai PKR pada 2009.


3. Zaid dilantik sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat dan juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, sesuatu yang aku lihat sebagai terlalu pantas bagi seorang yang baru sahaja menyertai PKR dan belum lagi terbukti lagi kesetiaannya.


4. Pada April tahun ini, beliau dicalonkan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor menentang calon MIC, P. Kamalanathan tetapi tewas.


5. Kemudian, semasa pemilihan PKR 2010, beliau mengumumkan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden menentang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub. Di sinilah bermulalah segala-galanya, di mana beliau menuduh pemilihan dijalankan dengan tidak telus dan berlaku penyelewengan, sehinggalah membawa kepada kritikan yang menggesa Anwar dan Azmin berundur dari PKR. Kemudian ia berterusan sehinggalah kemuncaknya kepada apa yang kita semua dengar di media-media, beliau mengumumkan untuk keluar dari PKR.


6. Pada pemerhatian aku, Anwar sangat mudah mempercayai nama-nama besar yang baru sahaja menyertai parti dan kemudian memberi mereka jawatan-jawatan penting dalam parti. Contohnya, Chua Jui Meng yang baru menyertai parti telah diberi tugas mengetuai PKR Johor. Inilah kesilapan Anwar, beliau sepatutnya memastikan dahulu kesetiaan mereka terhadap parti sebelum memberikan apa-apa peranan penting dalam parti. Begitu juga dengan kes Zaid, baru mamat tu masuk parti, dah dapat jawatan penyelaras Pakatan Rakyat dan Pengerusi PKR Wilayah. Sangat tidak adil untuk mereka yang telah berjuang begitu lama dalam parti.


7. Zaid pun satu hal juga sebenarnya, pada awalnya beliau ada membuat kenyataan tidak akan merebut apa-apa jawatan semasa pemilihan PKR, tiba-tiba sahaja beliau mengubah pendirian dan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sepatutnya beliau lebih bersabar dan bermula dari bawah dulu, keputusan bertanding jawatan no. 2 parti agak drastik bagi seorang yang baru menyertai parti tidak sampai dua tahun pun. Beliau patut menumpukan kepada jawatan Penyelaras Pakatan Rakyat dan membantu mewujudkan persefahaman di kalangan parti dalam Pakatan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


8. Azmin?heh, secara jujurnya aku rasa beliau tidak layak pun bertanding jawatan Timbalan Presiden. Beliau mendapat undi yang banyak pun mungkin atas kapasiti selaku antara pengasas awal parti dan dilihat sebagai orang kepercayaan Anwar. Banyak juga cerita yang didengar tentang mamat ni, dan pada pemerhatian aku, beliau kelihatan seperti tiada identiti sendiri. Terlalu terikut-ikut gaya Anwar nampaknya, berbeza dengan Zaid yang kelihatan mempunyai identiti sendiri dan tidak terlalu terpengaruh dengan Anwar.


9. Jadi, apa penyelesaian yang sesuai buat masalah ini?Aku rasa Anwar, Azizah dan Azmin patut berundur terus dari PKR. Mereka mungkin lebih sesuai bertindak sebagai sebuah kumpulan penasihat saja dalam PKR. Memandangkan PKR sering dicanangkan sebagai harapan baru Malaysia, lebih elok sekiranya orang-orang muda yang menerajui kepimpinan parti. Apatah lagi, masa depan Malaysia pada pilihan raya majoritinya akan ditentukan oleh golongan muda. PKR sepatutnya mengambil peluang ini dengan menunjukkan mereka adalah parti yang sesuai untuk golongan muda. Buang segala sisa-sisa perangai Umno yang masih ada dan tunjukkan bahawa PKR adalah benar-benar harapan dan masa depan baru untuk Malaysia.


10. Bak kata Tukar Tiub, dunia ini adalah milik orang muda akhirnya. Jadi, berundurlah wahai orang-orang tua dalam PKR dan beri peluang kepada orang-orang muda menentukan hala tuju dan masa depan PKR. Lepas tu baru aku akan memikirkan sama ada nak masuk PKR atau pun tidak, keh keh keh.

5 comments:

Paan Ovrtd berkata...

Anwar agen freemason dowh.

deus X machina berkata...

Sumpah aku tak percaya

Paan Ovrtd berkata...

Hahahahaha!

avid berkata...

sudah sampai masanya kita tubuhkan parti sosialis baru. Parti Oldbusters Se-Malaya.

Bloggers United berkata...

avid : gua terlalu setuju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...